BAB 4

Romance Completed 2336

"mama kenapa buat semua ini?"Zareef meminta penjelasan Puan Epah..kenapa mama nya paksa dia kahwin dengan Dayya..Kawan yang dia sudah anggap seperti keluarga sendir.. dan sekarang mama ugut mahu ambil semua kemudahan Zareef..Zareef lemas...lemas dengan hajat Puan Epah yang ingin Dayya jadi Isterinya... bagaZareef a dia mahu hidup dengan Dayya kalau tiada cinta?

"mama mahu Zareef bahagia, Mama tak rasa Ila boleh bahagiakan Zareef sebagaZareef a Dayya bahagiakan Zareef, percayalah sayang, mama tahu Zareef boleh sayang dan hidup dengan Dayya walaupun Zareef tiada rasa kasih pada Dayya, nanti selepas kahwin Cinta pasti tiba...”

Akhirnya Zareef dan Dayya Akur pada Puan Epah, Mereka di tunangkan tanpa rela....Zareef berubah....Dayya Juga...Zareef banyak berdiam...Dayya juga...kedua mereka seperti orang asing bila bertemu...dan hanya bercakap bila perlu..

Sejak di tunangkan Zareef tetap keluar dengan kekasih hatinya... Dayya hanya memendam rasa... adakah dia yang bersalah kerana terima lamaran Puan Epah ? Adakah dia perampas teman lelaki perempuan paling gedik itu...kejamkah dia rosakkn hubungan persahabatan selama ini terjalin hanya kerana ingin memuaskan hati Puan Epah dan membalas jasa Puan Epah ?

"weyh kau nie termenung fasal apa hah? orang tunang juga tak da lah angau macam kau..." Tersedar Dayya dari lamunan yang entah bila akan berakhir....

"Bukan lah Ain, aku fikirkan hurmm hurmmm... mampukah aku jadi isteri Zareef, kau tahu kan Zareef tak cintakan aku pun..aku je yang ada perasaan pada dia selama ini sorang-sorang ermmm.." Mengeluh Dayya memikirkan nasibnya.... bahagiakah dia nanti bila sudah bergelar isteri kepada jejaka yang tidak pernah anggap Dayya lebih dari seorang kawan....

"Dayya, aku sebenarnya kesian dengan kau, yelah Zareef nama je tunang kau tapi aku tengok dia bercinta lagi dengan Ila, kau tak sakit hati ke Dayya ?..." Soal Ain kepada Dayya.. Ain kasihan pada Dayya kerna terpaksa di tunangkan sedangkan Zareef tak ambil berat langsung tentang Dayya... kalau dulu mereka berdua sentiasa bersama-sama sekarang seperti orang asing pada pandangan Ain..

"Aku kisah Ain, tapi siapa aku nak halang Zareef terus jumpa Ila, Zareef sayang Ila bukan aku....Salah aku juga...sebab jatuh hati dengan kawan sendiri..Ain aku kejam kan..kejamm" menangis Dayya di depan Sahabat karibnya.... dia tidak mampu menahan perasaan sedih dalam hati... akhirnya mengalir jugak airmata Dayya sebab Zareef... kekasih hatinya yang tak pernah sedar kewujudan Dayya.....

"apa kau nie nak salahkan diri pula...weyh kau kena ingat kau tunang dia tau, kau ada hak nak halang Zareef dari terus jumpa perempuan gedik itu, kalau Zareef itu untuk kau,Zareef jumpa beratus -ratus perempuan sekali pun dia tetap datang pada kau juga...Dayya aku nak kau bahagia, sudah jangan nangis lagi okay" Ain memeluk Dayya dan seakan tidak percaya Dayya menangis sebab Zareef.. sebelum ini Dayya adalah seorang perempuan yang kuat hatinya..sepanjang perkenalan mereka ini lah kali pertama Ain lihat Dayya menangis.. nampaknya Dayya begitu sayangkan Zareef.....(seloroh Ain)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience