BAB 7

Romance Completed 2336

Dayya hanya turuti arahan Zareef lalu duduk di atas katil...dan bangun semula untuk sediakan baju untuk Zareef..sekarang Dayya adalah isteri sah pada Zareef jadi tanggungjawab sebagai isteri harus digalas oleh Dayya walaupun Zareef tak menerima Dayya.

Zareef genggam erat tangan Dayya sewaktu turun ke bawah untuk menemui Puan Epah di meja makan... Dayya hanya menurut malah debaran hatinya makin tidak keruan, Sedikit pun Zareef hanya sekadar berlakon namun itu sudah membuat Dayya bahagia walaupun sebentar..

"Selamat pagi mempelai merpati dua sejoli.” Ucap Puan Epah pada anak dan menantunya....

"morning mama" serentak Zareef dan Dayya menjawab.

"mama, Zareef ingat nak pindah, boleh ke mama?" ujar Zareef selepas beberapa minit mereka di meja makan.

"huh? pindah?..tapi kenapa Zareef, Tak selesa duduk dengan Mama lagi ke? rumah ni besar, siapa nak tinggal sini?" Tanya Puan Epah, kenapa Zareef mahu pindah sedangkan mereka selesa duduk sebumbung selama ini..

"bukan apa Mama, Dayya dan Zareef kan pengantin baru, sudahnya kami perlu privasi. kami perlu tempat yang boleh bantu pupuk perasaan cinta. Tak begitu sayang,” pujuk Zareef sambil memandang sinin Dayya. Sayang? Panggilan hipokrit untuk mengaburi mata.

"Benar tu mama, kami perlukan masa untuk saling mengenal hati masing-masing.." Senyum Dayya Kelat sungguh tetapi terpaksa juga senyum supaya perlakuan mereka tidak dihidu mama.

Ya di depan semua orang lagak mereka persis pasangan baru kahwin yang manis dan bahagia hakikatnya Dayya dan Zareef saja yang tahu drama hipokrtit yang mereka lakonkan sekarang ini.

Zareef dan Dayya telah berpindah ke rumah baru, Rumah yang dibeli oleh Puan Epah sebagai hadiah perkahwinan mereka, setelah puas memujuk Puan Epah membenarkan merka berpindah akhirnya berhasil juga.. ini semua kerana kerjasama yang diberikan oleh Zareef dan Dayya... masing - masing bijak berlakon depan mama, berlakon sebagai pasangan pengantin baru yang bahagia... kerana ini Puan Epah memberi keizinan pada Zareef dan Dayya...

"Yang kau termenung itu dah kenapa pula Dayya? cepatlah masak aku lapar ini, tolong buatkan aku makanan. !"Hilang semua kata- kata sayang, awak dari mulut Zareef depan mama boleh lah dia berkata begitu tapi bila dah berdua dengan Dayya rasa janggal pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience