BAB 10

Romance Completed 2336

"Zareef kenal Dayya dah lama...cuma tak sangka Dayya..."Zareef tak mampu meneruskan kata-katanya..dia tidak menyangkal Dayya ada hati dengannya sejak mereka bergelar sahabat karib..kerana Dayya tidak pernah pula menunjukkan tanda seperti seorang perempuan menyukai seorang lelaki.."Dayya kenapa tak pernah bagi tahu Zareef pasal perasaan Dayya pada Zareef selama ini" Terang Zareef,Zareef berdiri dekat Dayya.. dia perlukan penjelasan dari Dayya...benarkan apa yang di perkatakan Ain semasa mereka terserempak dia JayaJusco... Zareef secara tak sengaja memberitahu bahawa dia sudah boleh menerima Dayya sebagai isteri dan di situ lah semuanya terbongkar...Ain telah memberitahu semuanya tentang perasaan Dayya dan paling menyakitkan hati Zareef..Dayya pernah menangis sebab Zareef.....

"Zareef tak perlu tahu, biar lah semuanya berlalu..."Dayya tidak sanggup memandang Zareef kerana jarak mereka terlalu dekat.. Dayya sekadar menundukkan kepala....

"Apa yang berlalu? kenapa Dayya seksa jiwa Dayya macam ini.kenapa tak berterus terang?"Arghh sekali lagi Zareef menyeksa Jiwa Dayya....

"Zareef, semua itu benda lama, jangan lah ungkitkan kembali.."Air mata mula membasahi wajah ayu Dayya...Zareef segera menyeka Air mata Dayya..kerana enggan melihat wajah itu dihujani kesedihan yang sudah lama..

"Dayya Jangan nangis please, Zareef tak bermaksud nak buat Dayya menangis lagi.."Suara Zareef sungguh menenangkan hati Dayya, tangisan terhenti sebentar..."jadi betul lah Dayya cintakan Zareef selama ini? betul ke sayang?"Zareef genggam erat jari jemari Dayya dan mengucupnya dengan lembut...Dayya hanya merenung perbuatan Zareef..dalam hatinya terasa bahagia..sepanjang berkahwinan ini kali pertama Zareef berbuat demikian....Dayya tersenyum...

"Dayya nak tahu tak?"sambung Zareef, dia sudah mula terima Dayya dalam hidup dan hatinya..Ila kekasih lama sudah lama terkubur..dan sekarang hatinya hanya perlu di isi oleh benih cinta Dayya... dia sebenarnya merasa gembira bila Ain memberitahu perkara sebenar...maknanya Dayya pun sayangkan dia cuma dia sahaja yang belum menyintai Dayya sepenuhnya kerana keliru dengan ikatan sayang atas sahabat atau isteri...dan sekarang dia yakin..debaran yang selalu getar dalam hatinya saat Dayya senyum, bercakap, lirikan mata Dayya mengusik naluri lelakinya..mana mungkin dia boleh sebilik dengan wanita secantik Dayya tanpa rasa apa-apa..lagi -lagi Dayya sudah bergelar isterinya...

"Tahu apa?"jari jemari Dayya masih dalam genggaman Zareef... Dayya selesa di lakukan sebegitu... walaupun malu tapi dia bahagia...

"Zareef sayangkan Dayya....tipulah kalau tak ada secebis rasa sayang pada Dayya dalam hati Zareef..Zareef dah mula rasa cinta ini semakin mekar sayang.."Zareef mengelus lembut pipi Dayya sambil senyum...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience