BAB 4

Romance Completed 8062

“So, apa cerita kau dengan Hafez??” tanya Dee sengaja buka topik cerita anugerah dekan minggu yang baru sahaja melabuhkan tirai minggu lepas.

Aku duduk menongkatkan dagu dengan tangan. “Tak ada cerita. Aku tak pernah nampak dia. Kau pernah nampak?” tanya aku pula.

Dee menggeleng kepala. See? Dia ni wujud ke tidak sebenarnya?? Maria menarik-narik lengan aku.

“apa?” soalku malas.

“Tu, tengoklah sana. Dekat café.” Ujar Maria. Aku malas-malas memandang ke arah bahagian café.

Hafez.

“Erk.. Dia.” Aku bersuara perlahan.

“Dia datang sini.” Bisik Dee.

Aku berlagak selamba. Konon tak nampak. And you know what? He sits behind me. Walaupun lalu sebelah, langsung dia tak pandang aku. Dukacita aku dibuatnya. Masing-masing buat tak kenal. Atau dia memang tak dapat cam aku? Yela.. Masa majlis hari tu, aku pakai selendang. Dekat kampus aku pakai tudung bawal bidang 60. Hmm. Takpela. Kalau tak cam, nak buat macam mana,kan? Minat dari jauh ajela yang mampu. Heh.

***

Alhamdulillah.. Akhirnya cuti sem. Hip hip hurrey!

“Yay! Paper dah habis!” aku, Maria dan Dee berpegangan tangan sebaik sahaja keluar dewan. Gila kentang semangat jawab paper terakhir. Haha.

Sekilas aku terpandang wajah Hafez. Huu. Pandang je, dia bukannya kenal aku. Aku dah kerap sangat nampak dia sejak akhir-akhir ni. Tapi takdelah nak pergi tegur direct macam malam majlis hari tu. Huh, buatnya dia tak kenal aku ?? Buat malu sahaja.

Dia datang dekat.

“Inn?” dia bersuara.

Aku terkejut. Dia tahu aku? Dia kenal aku?? Aku terkebil-kebil mata.

“Haa..ya.” aku cuba kawal gugup. Dia tersenyum. Senyuman maut. Bikin hati tak terkawal. Jantung berdegup pantas tiba-tiba.

“How’s paper?” tanya dia.

“So far.. Alhamdulillah.” Ujarku. Ikhlas. Ya.. Alhamdulillah dapat jawab.

“Oh.. Kenapa sombong?” tanya dia. Tiba-tiba.

“Ha..??”

Dia tersengih. “Takde apa. Happy cuti sem. Assalamualaikum.” Ujarnya. Lantas cepat melangkah meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga.

Perlahan.. Tangan kananku dibawa ke bawah bibir. Sengih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience