BAB 1

Romance Completed 8062

ADA beribu-ribu benda yang aku fikirkan sekarang dan perasaan aku? Jangan cakaplah aku. Sebenarnya aku memang menyesal participate dalam hal ni. Tak pernah aku terbayang nak jadi AJK Majlis Anugerah Dekan. Sambut pelajar-pelajar yang berjaya dapat dekan untuk keputusan peperiksaan semester lepas. Dan alhamdulillah nama aku pun tersenarai. Kiranya, aku sambut diri sendiri..? Errr..

Actually, aku saja nak cuba jadi AJK. Tak tahulah pulak akan jadi sesibuk ini. Sekali dalam seminggu mesti kena attend meeting. Kalau tak, mahu mampuih hang kena sembur dengan ketua AJK. Itu belum pengarah program yang sembur hang. Okay, belum sampai presiden MPP yang sembur hang. Haha.

Aku geleng kepala perlahan. Nak mengeluh, takde guna. Majlis lagi tiga minggu. Follow the flow sahaja Inn.

“Inn, malam karang temankan aku pergi dobi.” Dee merayu. Tahu sangat dia takut nak keluar malam-malam macam ni.

“Malam ni aku ada meeting. Kau tahu ajela senior Akram tu. Asyik nak aim aku aje. Penat doh.” Rungutku. Terkadang seram membayang wajah Akram tenung aku macam nak telan.

“Alohh. Lupa pulak kau ada meeting malam ni.” Dee menepuk dahi sendiri.

“Takpela.. aku ajak Maria temankan.” Sambung Dee lantas tersenyum. Faham benar akan kesibukan sahabat baiknya itu.

Aku tersengih. “Thanks Dee.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience