BAB 3

Romance Completed 8062

Sesi terakhir, sesi bergambar. Aku dan rakan kelas berpusu-pusu mengambil gambar bersama pensyarah. Gaya macam tak dapat jumpa untuk semester depan. Haha. Padahal aku ada lagi dua sem di sini. Dalam duk sibuk bergambar, aku terpandang Hafez yang sedang berborak dengan dua orang rakannya yang lain. Yang aku pelik, dua orang rakannya tu aku kenal. Tapi Hafez? Tak pernah pulak aku nampak dia sebelum ni? Aik..??

Perlahan aku mendekati dia. “Erk.. Hai?”

Dia tersenyum.”Hai.”

“Jom ambil gambar??” tanya aku. Adus. Sejak bila kau jadi macam ni Inn???

“Ha..?”

Aku menayangkan gigi. Sengih. Malu. Semua bercampur.

“Ambil gambar.. Buat kenangan?”

“Oh.. Sure.”

Dia setuju? Walaweh. Dah setuju tu.. Kita on sajalah. Aku suruh Maria tangkap gambar aku dengan Hafez. Selesai sahaja, aku ucap terima kasih kepada Hafez.

“Tahniah..” ucapku.

“Awak pun. Tahniah jugak.” Balasnya.

“Hope dapat jumpa lagi anugerah semester depan.”ujarku teruja. Iyelah. Teruja nak duduk satu meja dengan dia. Wahaha!

“InshaAllah..”

Dan kami, berpisah sebaik sahaja keluar dari dewan majlis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience