Mimpi Ngeri(Nik)

Drama Series 2348

Chapter ni ialah side story.Mungkin saya akan buat sidestory untuk diaorang.Mungkin.
______
. .
. .
. Beberapa minggu sebelum kedatangan Aira...

Pukul 3.00 pagi, semua sedang lena dibuai mimpi ...kecuali Nik.Untuk seorang yang dianggapkan seperti seekor kucing dia selalu tidur lewat .Masa lapangnya itu biasanya digunakan untuk menonton video (mostly funny cat compilation) ...dan kadang-kadang dia hanya duduk bersila dia atas katilnya menenungkan kegelapan.Pada suatu malam dia terlelap sambil menonton videonya.Dia mendengar jeritan ,tangisan dan suara adik kesayangannya semakin menghilang.Bunyi siren semakin kuat ,dia melihat rumah yang dipenuhi kenangan indah mula roboh.Setiap sudut telah dimakan api.Tangisan dapat dirasakan pada pipinya.

"Allahhuakbar!"

Nik terjaga.Dadanya berdegup kencang.Dia merasakan pipinya basah .

"Aira..."

Nik menyebut nama adik kesayangannya.Adiknya yang diberi nama panggilan sama diberi kepada
Aisya Humairah.

'Dah sepuluh tahun dah Nik, lupakan, kau cuba sedaya upaya pun kau takkan dapat bawak Aira balik.Dia dah takde!'

*Tok,tok*

Nik tidak beranjak.

"Nik, kau okay tak?"
Suara Lutfi menyedarkan Nik yang lemas dalam fikrannya sendiri.

Dia pun berdiri ,tetapi tidak sampai pun ke pintu yang memisahkan dia dan rakanya dia terhenti.

Di sebalik pintu itu.

Airil dan Lutfi sahaja yang terjaga.Mungkin kerana bilik mereka bersebelahan Nik.Mereka berdiri dihadapan pintu bilik rakan mereka itu.Lutfi mengetuk pintu berulang kali ,memanggil bestfriendnya.Airil menyuruh Lutfi untuk berhenti dan senyap.

Kedengaran bunyi Nik yang sedang menahan tangisan.Mereka merenung pintu yang terkunci dihadapan mereka, ingin sahaja lutfi memecahkan pintu itu .

"Nik,bukaklah.Kitaorang dah tinggal dengan kau lebih 15 tahun dah," Airil memanggil rakannya .

Nik masih mendiamkan diri tetapi perlahan-lahan membuka pintu biliknya.Lutfi terus memeluk Nik tanpa mengatakan apa-apa.

"Jom tengok movie,"

Airil berkata sambil menepuk belakang Nik.Walaupun Nik masih mendapat mimpi ngeri itu dia pasti rakanya akan sentiasa berada di mana-mana.(bapak cheezy)
. .
. .
________
Ohohoho, Iman ni ,Selepas setahun akhirnya update juga ,Sorey ye.
Jujurnye Im x minat sngat novel tu lah sebabnye x sambung. tapi lepas bace balik 'novel ' ni tetiba ade motivation nak sambung,
Either way, inshaallah Im update constantly form now on ,Peace.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience