Prolog #1

Drama Series 2348

Saat yang ditunggu-tunggu buat Aisya Humairah ialah saat Future Family dia masuk dari pintu bilik tunggu dan membuka tangan mereka untuk menerima pelukan dari Aira(Aisya Humairah).

"Comelnya anak mama ni," Wanita itu membalas pelukan Aira lalu menyium pipi perempuan kecil itu.

"Mama"Aira membisik pada dirinya. Selama ini dia tidak pernah sebut perkataan itu, dia hanya mendengar rakan-rakan dia sahaja menyebut perkataan itu.

" Mama!"Aira memberi senyuman yang paling lebar mampu dia buat.

" Hah, lepas ni Aira kenalah tolong mama dekat dapur, "Wanita itu sambung sambil melihat Aira lalu melihat lelaki yang sedang berdiri di pintu." Itu pula Papa Aira, "Lelaki itu memberi senyuman kecil.

" Papa! "Aira mula melangkah lalu memeluk kaki lelaki tersebut. Lelaki tersebut mengusap kepala Aira.
" Tuan, Puan kami perlu tuan dan puan tanda beberapa borang lagi sebelum dibenarkan membawa dia pulang, "Wanita yang berkhidmat di rumah anak yatim itu memberi senyuman manis kepada tidak lama lagi ibu bapa official Aira tetapi Aira tahu sangat itu senyuman itu everything selain ikhlas kerana wanita itulah punca Aira benci tinggal di rumah anak yatim itu.

Aira sentiasa dituduh melakukan setiap kesalahan kerana kanak-kanak yang lain tahu bahawa Puan Idra(wanita tadi) tidak suka akan Aira, jadi mereka menggunakan Aira sebagai bahan lindungan daripada dimarahi singa.

Bukan itu sahaja, punca Aira benci duduk di situ juga kerana dia sentiasa bersendirian. Rakan-rakannya semua telah di ambil sewaktu dia masih 3 tahun. Mereka juga berpindah meninggalkan dirinya sendiri selama 2 tahun hinggalah hari bertuah ini.

Semasa Aira mengenang zaman dia selalu bermain dengan empat orang rakannya 'mama dan papanya' telah siap dengan urusan mereka tadi.

"Aira sayang....,"

"Jom,"
. .
. .
------~*~-------
Prolog part 1 sudah siap. Harap-harap menarik lah cerita ni buat korang.

P/S cerita ni tak ada romance. Dia cuma tentang family relationship.... kinda... kalau 5 orang lelaki bujang dan 1 orang budak perempuan tu dikira keluargalah ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience