Chapter #8

Drama Series 2348

"Rumah anak yatim Khalifah...."

Aira melihat sebuah papan iklan yang terpapar di hadapan sebuah surau kecil.

"Assalamualaikum~"

Airil tiba-tiba muncul di hadapan mereka.Mata dia seperti tidak tidur semalam.

"Airil....Kau dah makan ubat ke belum"

Lutfi bertanya .Airil mengunci matanya pada Aira.

"Bawak Aira pergi !"

Dengan itu ,Airil menghilangkan diri.

"....Abang Ari okay ke Abang Lutfi...."

Aira memandang ke arah Lutfi dan yang lain.Riak muka mereka bingung sehingga....

"Apelah kau ni ,Bo---"

Zairul menutup telinga Aira.Dua orang remaja muncul dari tepi koridor bangunan tersebut.Empat lelaki bujang itu membawa Aira ke sebuah bangsal dibelakang rumah tersebut.

"Kak Aza , Mak Tam .Apa khabar,"

Aira sering di cium dan dipeluk oleh wanita-wanita tersebut.Walaubagaimanapun soalan yang sama masih berkeliaran di dalam otaknya.

Belum sempat dia tanya Nik telah membawa dia kedalam bangunan yang mereka lalu itu tadi.

"Aira main dengan kawan-kawan ya,"

Dengan itu Nik meninggalkan wanita kecil itu.

Bilik tersebut dihias dengan pelbagai barang bertemakan hari raya.Ramai juga kanak-kanak umurnya di situ.

"Hi adik,"

Seorang wanita muda ,mungkin sebaya dengan lima orang lelaki yang sentiasa berada bersama Aira (except now).

"Nama akak Sarah.Awak?"

Aira memperkenalkan dirinya. Kenalan baru Aira juga turut menceritakan serba sedikit tentang dirinya.
. .
. Aira teringat tentang soalan awalnya dan bertanyakan kepada Sarah mengharapkan jawapan.

"Kakak...kenapa abang Nik dengan yang lain bawak Aira ke sini....diaorang nak hantar saya ke..."

Sarah tergelak sedikit.

"Haah,diaorang nak tinggalkan Aira.Aira tak gembira ke?Kat sini dapat main dengan kakak..."

Sarah memberi senyuman lebar sambil menunjukkan peace menggunakan tangannya.

"umm...best...tapi Aira lagi suka duduk dengan diaorang..."

Mata Aira mula berair tetapi terkejut apabila mendengar wanita di sebelahnya itu tergelak.

"Akak gurau jelah.Diaorang tu sayangkan Aira like obsessed.Mustahil diaorang sanggup biarkan Aira kat sini."

Sarah menyubit pipi Aira lalu mengusap air mata Aira.

"Untuk jawab soalan Aira ,sebenarnya diaorang tu anak yatim jugak .Diaorang dah berkawan sejak kecil lagi.Sampai sekarang diaorang tak dapat dipisahkan.Airil kena hantar sini sebab ibu ayah dia kemalangan.Qayyum ,mak dia meninggal waktu gave birth .Ayah dia dah bercerai dengan mak dia sebelum dia lahir lagi.Lutfi datang sini lambat sikit.Sebelum tu dia dah kena adopted dah...tapi kena hantar semula ,semula dan semula.penjaga dia tu hati batu ,biasalahkan budak-budak kan selalu hyper active ...Eh ,sorry ,sorry ....terlajak pulak...Zairul kena halau dengan nenek dan mak dia lepas kematian ayahnya...Nik masuk paling lambat.Dia hidup mewah sebelum tu .Yelah nama dia pun dah buktikan dia keturunan ,Nik Danial bin Nik Kamil.Malangnya...semua tu hilang dalam sekelip mata."

Sarah terhenti .Dia melihat Aira ,mukanya terkejut.Mungkin sebab dia perlu proseskan semua itu.

"Lepastu?"

Sarah senyum , memang Aira ni sama macam Aira yang Airil bagitau semalam.Curious ,Smart and Cute.

"Rumah dia terbakar ,waktu tu dia baru balik sekolah rendah"

Sarah menamatkan penjelasan menepuk tangan lalu bangun untuk pergi memeriksa budak-budak yang bertugas menghias kawasan luar.Dia terhenti,rupa-rupanya Aira telah memegang lengan bajunya.

"Macam mana akak boleh tau semua ni?"

"Akak dah berkawan dengan diaorang dari kecik lagi.Plus akak anak manager rumah anak yatim ni.Tak ada cerita menarik pun pasal akak"

Aira melepaskan lengan Sarah dan melambai kepadanya dan melihat Sarah melangkah keluar bilik itu.

"Lagi ramai orang yang lebih susah daripada aku...."

Aira bisik pada dirinya.Sebuah senyuman terukir pada mukanya.

"Untung aku berjumpa dengan diaorang semua..."
. .
. .
. ---------~*~-----------
Chapter ni mungkin bebelit sikit.Tapi orang malas nak betulkan .Gomen.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience