BAB 4

Romance Completed 12412

Mata dibuka perlahan-lahan. Kepala dia rasa berat semacam. Badan pun rasa lenguh teramat.

“kat mana ni?” Ash pandang sekeliling. Bilik siapa ni? Dia cuba duduk. Tapi sakit kepala menyebabkan dia terbaring semula. Matanya meliar kesekeliling bilik.

Ya Allah tolong aku!

Dalam fikiran dia dah mula fikir bukan-bukan. Atief! Mana dia?

“Wow! Dah bangun dah puteri sorang ni” Atief bersuara ceria. Dia yang baru keluar dari bilik air hanya memakai tuala separas pinggang je!

“Kenapa aku kat sini?” Ash rasa nak menangis. Dia takut apa yang dia fikirkan selama ni betul. Tidak! Bahasa dia pun dah tukar aku-kau dah.

“Kau pengsan semalam. Jangan nak fikir bukan-bukan pulak. Ni rumah aku. Tapi ni bilik aku. And one more thing, aku tak usik kau pun!” Atief terus bergerak keluar dari bilik dia lepas mengambil pakaian dalam almari dia. Alhamdulillah.

‘ek? Macam mana aku boleh pengsan? Bukan semalam aku mengantuk je ke?’

Ash keluar dari bilik Atief. Dia keruang tamu. Apartment Atief memang cantik. Perabotnya semua berwarna gelap. Disesuaikan pula dengan campuran warna tema coklat-krim. Memang menepati citarasa Ash.

“Aku tak rasa aku boleh pengsan. Sebab semalam aku rasa mengantuk jer.” Ash memberitahu Atief yang sedang memasak diruang dapur. Siap pakai apron lagi. Sumpah lawak.

Atief toleh kearah Ash. “Kau rasa mengantuk sebab kawan aku ada letak ubat tidur kat dalam air kau semalam. Air aku pun dia letak juga. Nasib baik aku tak minum.”

Ash terkaku.

Baru je dia nak bukak mulut nak bertanya lebih lanjut kata-kata Atief, dia terdengar ada orang bagi salam. Atief melangkah ke pintu.

“Assalamualaikum” suara orang dari luar memberi salam.

“waalaikumsalam, ya ada apa?”

“Kami dari pencegah maksiat…”

Hah? Ash yang berada di meja dapur segera kepintu bila mendengar kata-kata tu.

Atief dan dia saling berpandangan sebelum Ash rasa kepala dia sakit sangat dan rebah kelantai.

Atief yang masih terpinga-pinga dengan pencegah maksiat tu bertambah terpinga-pinga bila Ash rebah sebelah dia.

Atief dengan segera mendukung Ash dan diletakkan di sofa. Sebelum dia pergi semula ke pintu.

“Encik, saya dengan dia tak buat apa-apa. Encik tak nampak ke sekarang ni saya tengah pakai apron. Encik! Saya tengah masak la.” Atief beria-ia menyakinkan pencegah maksiat yang berkumpul depan pintu rumah dia. Makin bertambah malu bila jiran-jiran pun ada dua tiga orang yang nak menyibuk sekali.

“Sila jelaskan nanti di pejabat kami.” Pendek je pencegah maksiat tu cakap. Yang selebihnya dia kena beri kerjasama dengan pencegah maksiat tu dengan memberi contact keluarga terdekat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience