BAB 8

Romance Completed 12412

“Sayang, saya datang lagi. Sebab saya kan dah janji tak nak tinggalkan awak. Mama, papa, ayah dan ibu kirim salam pada awak. Mama kirim peluk cium kat anak tunggal kesayangan dia ni. Meh sini sayang, saya pelukkan dan ciumkan awak.” Atief bangun dari kerusi. Dia peluk badan kaku Nashrin. Pipi dan dahi Nashrin turut dicium.

“Zita dah lama maafkan awak. Dia cuma masih tak boleh terima saya dah jadi milik awak. Heee. Untungnya saya ramai peminat. Tak macam awak. Dia dah pergi overseas. Awak, cepat la bangun. Saya rindu awak. I need you now. Sebab nanti saya dah nak start kerja pula. Saya nak semangat dari awak. Awak cepat la sedar. Nanti kita boleh kerja sama-sama, rawat orang sakit sama-sama. Hahaha. Saya jadi Dr Atief. Awak jadi Dr Nashrin. Comel je dengar.”

Atief redha. Bukan diluar kemampuan manusia untuk mengubah masa lalu dan menentukan masa hadapan yang sesuai mengikut impian sendiri.

Air mata Nashrin mengalir keluar dari matanya yang tertutup rapat. Walaupun Ash masih koma. Tapi, setiap kali Atief datang dan berborak dengan dia. Air mata Ash pasti tumpah. Seperti Ash sedang menyatakan sesuatu.

Atief mengesat air mata itu dari terus mengalir. “Saya maafkan awak” Atief faham. Ash mungkin meminta maaf atas segala kesalahannya sebagai isteri. Sekiranya Ash pergi tinggalkan dia, dia dah lama mengampunkan kesalahan isterinya. Dia faham keadaan yang terjadi sekarang. Kerana dia pun bakal menjadi doktor. Isterinya tak ada harapan. Semua bergantung kepada usaha Ash sendiri untuk terus hidup.

Tangan Ash yang bergerak dan erat membalas pegangan tangan Atief menyedarkan Atief. “Doktor!” butang kecemasan ditekan berkali-kali.

Ash dah sedar. Tapi sejak semalam dia hanya berborak dengan family dia dan mertua tanpa menghiraukan Atief yang berada disisi dia. Muka Atief pun dia tak pandang.

‘Benci sangat ya awak pada saya, Ash’ terdetik kata-kata ni dihati Atief. Atief bangun meninggalkan bilik wad itu. Tak sanggup lagi dijadikan seperti mannequin disebelah Ash.

‘I’m a bad guy that only has a heart, Ash’

“Atief, mana menghilang? Kenapa tak jenguk Ash?” Ayahnya yang sedang bersarapan bertanya Atief yang nampak tidak terurus. Atief diam. Dia membawa diri. Tapi dua hari tak jenguk Ash rasa rindu tu membukit.

“Pergilah jenguk dia. Hari ni dia dah boleh balik. Kamu pergi ambil dia.”

Kata-kata ayahnya dipandang sepi. Ash dah boleh keluar! Atief segera mengambil kunci kereta dan bergegas ke hospital.

Dua hari Atief menghilang tak jenguk aku. Baru sekarang dia nak datang?

Geram! Nashrin Hagia geram dengan Atief.

“Dah sihat? Muka pucat awak dah nampak berseri sikit hari ni. Jom saya hantar balik” Atief mengambil beg baju Ash sebelum bergerak kepintu.

“Mana awak pergi?”

Atief menoleh. Wajah Ash yang mula nampak kemerah-merahan dipandang.

“Don’t look at me! Awak kata tak nak tinggalkan saya. awak tipu!” Air mata Ash yang mengalir deras dipipi diseka kasar oleh tangan dia sendiri. Dia berdiri untuk ketandas. Tak mampu nak pandang muka Atief yang nampak terkejut.

Langkahnya mati bila badannya ditarik kedalam pelukan Atief. Atief peluk dia dari arah belakang.

Atief bisikkan sesuatu ditelinga Ash. “Because I don’t even have the right to look at you. I love you more than anyone else in this world but I can’t hold your hand because I might give you only tears. Stop crying, sayang. It’s hurt me a lot.”

Ash tergamam. Dia memusingkan badan untuk menatap mata bundar Atief. Dia tenung sehingga kedasar hati lelaki itu. Dia jumpa sinar duka dalam mata bundar milik Atief. Dia kesat air mata Atief yang mengalir.

“You have the right to look at me. Because you are my husband, right? Saya sayang awak. Saya perlukan awak untuk teruskan kehidupan kita.”

Air mata Atief makin giat mengalir. Ya Allah, Terima kasih untuk semua ini.

‘ Sesungguhnya kebahagiaan ada dalam diri kita. Maka janganlah cari ditempat lain kecuali didalam diri sendiri. Aku akan cuba untuk menjadi isteri yang boleh membahagiakan Atief tanpa mengalirkan air mata duka di mata lelaki itu lagi’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience