BAB 3

Romance Completed 12412

‘Zita memang la menyusahkan! Ada ke patut tinggalkan aku dengan mamat ni je sebab abang dia datang ambil dia and terus balik rumah!’

Ya Allah, dah la tadi Atief yang ambil diorang kat asrama, dan boleh diterima akal Ash ni lagi sebab Zita ada sekali. Tapi sekarang! Zita dah blah macam tu je and suruh Atief hantar dia balik.

Kalau la tadi dia berkeras tak nak ikut si Zita ni pergi date dengan Atief mesti tak jadi macam ni. Zita la punya pasal ni, paksa jugak pergi sebab nak tunjukkan sikap sebenar pakwe dia yang dikatakannya baik hati sangat and caring. Uh! Please la.

Mama! Tolong Ash!

“Saya balik dulu” Ash bangun dari kerusi. Dia sangup balik sekarang sebab takut taxi tak ada pulak kalau dah lewat sangat. Jam dah tunjuk pukul 10.30 malam. dia kena cepat. Seram pulak balik sorang-sorang.

Atief terkejut. Ash datang dengan dia. So, Ash kena balik dengan dia jugak!

“Eh, awak, biar saya hantar awak balik” Atief sabar tangan Ash. Ash tergamam. Selamba dia je pegang tangan aku!

“Tak apa.”

“please! Kan dah lewat ni. Macam mana saya nak cakap kat Zita nanti kalau apa-apa terjadi kat awak. Please. Tunggu kejap je. Kawan saya datang kejap lagi. Nanti saya hantar awak balik. Boleh?” Atief buat muka comel. Penuh mengharap.

Ash terkaku lagi. Ya Allah mamat ni! Kenapa hati dia jadi lembut dengan mamat ni.

Perlahan-lahan Ash menganggukkan kepala. Atief bersorak gembira.

Dah sejam Atief berborak dengan kawan-kawan dia. Ash kat sebelah macam tunggul je dibuatnya. Mengantuk satu hal, bosan satu hal. Dah berapa kali matanya ditahan. Menyesal aku setuju!

Ash berlalu pergi ke tandas untuk membasuh muka. Tak sampai 10 minit Ash keluar semula. Atief masih rancak berbual.

Ash minum air yang Atief beri bila Atief tengok air Ash dah lama habis. Mahu tak habis nak dekat 1jam setengah dia duduk tercongok kat situ. Ash terdengar Atief kata dia nak hantar Ash balik kat kawan-kawan dia. Bersyukur gila Ash. Nampak katil je sekarang ni.

Masuk je dalam kereta, Ash rasa mengantuk sangat. Sampai nak bukak mata pun tak mampu. Rasa macam kat mata ni ada orang bergayut dan kena gam rasanya. Ash pandang Atief yang leka memandu. Tidur la kejap walaupun sebenarnya dia takut nak tidur bila duduk sekereta dengan Atief. Tapi tetap jugak nak kena tidur sebab mata betul-betul tak boleh bukak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience