BAB 2

Romance Series 4173

Deringan alarm dari handphone amat membingitkan telinganya mana taknya malam tadi tidur pukul 2 pagi haih nasib harini hujung minggu kalau tak confirm lambat pergi kerja.

"whaaaaa"amboi menguap macam bunyi puntianak je sambil menggeliat apabila bangun dari pembaringan hish tak senonoh betul,kalau mak mentua nampak confirm kena reject

haih sebut pasal mak mentua teringat pulak pasal perkara semalam adakah umi dan walid baik-baik je?

rindu sudah menguasai dirinya ,manakan tidak dia jarang berjauhan dengan umi dan walidnya
almaklumlah anak tunggal kan, kalau tinggalkan rumah pun hanya pergi kem ke sekolah atau ke luar negeri apabila dia perlu melawat tapak projek ,boleh dikira dengan jarilah bila dia tidak bermalam di rumah

"haish lapar la pulak"kataku sambil mengusap perlahan perut apabila telah mengeluarkan isyarat lagu yang menandakan minta diisi

perlahan-lahan aku menuruni katil menuju ke bilik air untuk membersihkan diri serta berwudhuk.
Selepas menunaikan solat subuh aku menyiapkan diri untuk mencari makanan.

****

"uish ramainya orang kat kedai ni"ujarku apabila melihat ramai mengunjungi kedai tersebut yang nama Warung pak mail sedap sangat ke sampai beratur

"hmm nak pergi tak?" soalku tapi ramai la better cari kedai lain.

mataku melilau mencari Kedai makan
lalu mataku tertancap warung mak timah

"pergi sini je lah"ujarku sambil kaki melangkah menghampiri warung selepas parking kenderaan

"ye kak nak makan apa?"soal budak perempuan yang berumur linkungan 17 tahun bagus budak ni habis SPM cari kerja sambilan sementara tunggu result keluar .Bukan budak sekarang tahu main handphone je lepastu minta duit kat mak bapak.
eh tiberr tak ada kena mengena pun hehehe

"bagi akak roti canai banjir,nasi lemak sotong sambal ,laksam and air sirap" ujarku sambil tersengih mana taknya budak tu pun terkejut badan kurus tapi makan banyak hehehe ni semua pasal malam tadi tak sempat pun makan lepas balik kerja.

"okay kak"kata remaja itu berlalu pergi

Sedang leka aku bermain handphone seseorang jerkah dari belakang

"woii"

apalagi memang keluarlah keterunan melatah aku

"omak kau terbang "ujarku aduuuu malu wei ramai tengok kot lalu aku memandang muka yang berani jerkah aku

"kau!!buat apa kat sini? " kataku terkejut macam mana Syaf ada kat sini aku baru nak lari dari semua orang

Syaf hanya tersenyum mendengar pertanyaan aku sambil menarik kerusi di hadapanku ini
lalu duduk menghadapku

"HAHAH lawak la muka cantik tapi melatah "

"kau nak kena tumbuk ke?"ujarku

"hehehe ok ok gurau je ,tadi kat simpang sana aku nampak kereta kau tu yang singgah cari ,oh ye kenapa semalam aku call 20 kali kau tak jawab ha?"

aduhh apa nak jawab ni haish cerita je la lagipun syaf ini merupakan kawan baik aku dari kecil sehingga sekarang kerana kedua ibu bapa syaf kawan walid dan jiran rumah aku.

"ohh ye ke battery phone aku habis la sorry "

"kau jangan nak menipu eh macam la aku tak tau yang kau kena paksa kahwin" kata syaf

"macam mana kau tahu ni? aku tak cerita pun lagi" ujarku dia ni ahli silap mata ke sampai tahu pulak

"hehehe walid kau cerita ni pun walid kau yang suruh aku cari kau"

macam mana aku boleh lupa pulak ni walid dan umi memang anggap Syaf macam anak mereka sama macam papa dan mama Syaf anggap aku.

"ni kak makanan dah sampai" ujar remaja itu sambil meletakkan makanan di atas meja

"ok terima kasih ye adik" ujarku sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kananku

" mak oi kau bela saka ke ? uishh sapa makan ni banyaknya makanan "ujar Syaf

" amboi sedapnya mengata aku bela saka kalau ya pun kau la saka tu memang sesuai dah muka kau by the way aku lapar sangat la meh la kongsi dengan aku"

"yela kita ini kan buruk tak macam kau lawa"rajuk Syaf sambil memuncungkan mulutnya macam itik pencen je aku tengok

"jangan nak mengada sangat tak ada masa aku nak pujuk kau lebih baik aku makan ,kau nak tak?meh la kongsi sama" kataku sambil menarik target utamaku pinggan roti canai banjir

"uish memang confirm la nak makan"ujar syaf sambil tersengih ,orang tua kata rezeki dah depan mata jangan ditolak lagipun dia tahu sangat Mia ni mana tahu pujuk orang just pandang lepastu diam haih nasib dapat kawan macam ni acapkali kalau aku nangis dahulu dia buat derk je .

******

"alhamdulillah kenyang aku harini orang belanja la katakan " ujar syaf sambil menyiku lengan sahabat baiknya

"kau untung dapat kawan baik macam aku ni dah la lawa baik pulak tu" ujar Mia haih ni angkat bakul sendiri nampak

"oh my god please lah nak muntah makanan yang aku makan tadi " Syaf menjeling sambil buat gaya nak muntah

"eh itu fakta okay" ujarku sambil membuka pintu kereta

" eh kau nak pergi mana ?kau tidur mana malam tadi? kau tahu malam tadi aku tak cukup tidur disebabkan kau lepastu orang call tak angkat nasib umi kau aku sayang kalau tak aku biarkan je " bebel Syaf , apa la kawan aku ni kena kahwin je itu pun nak lari rumah , amboi Syaf kalau kau kena paksa kahwin pun lagi teruk kau buat bukan setakat lari rumah terus pindah negara bisik hati kecil Syaf

" adalah kau pergi balik rumah papa sibuk je kat sini aku dah belanja makan kan" ujarku sambil melihat Syaf tengah sandar di kereta BMW putihnya gaya dah macam model je aku tengok

" kau halau aku? aku tak kira aku nak kau cerita dari A hingga Z sekarang "

" hish ye la jom pergi hotel aku" aku mengalah kalau dengan Syaf ni memang tak boleh rahsia confirm kena cerita juga almaklumlah kawan dari kecil kot mandi sesama dulu kena marah pun sesama ,sehati sejiwa betul la katakan hehehe

"alright boss " ujar Syaf sambil buat tabik spring

*****
" apa dengan abang Naufal !!!! " jerit Syaf apabila aku mencerita A hingga Z habis bergegar bilik ni dibuatnya

" pekak telinga aku , yang kau menjerit kenapa?,aku yang kena paksa kahwin kau pulak yang over"

"hehehe sorry beb aku terkejut dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ini mama kau pilih abang Naufal jugak " kata Syaf

"hmm tulah sudah naik pening kepala aku dibuatnya "

" tapi aku rasa umi and walid kau buat macam tu sebab nak kekalkan silatur-rahim dengan abang Naufal so that's why dorang nak kahwinkan " ujar Syaf

"tapi aku anggap abang macam adik beradik tak lebih dari tu"

" bertabah la kawan lagipun mana tahu lepas kahwin perasaan kau terhadap dia bertukar menjadi cinta? kita tak tahu " ujar Syaf sambil tangan mengelus lembut belakang badan Mia

" kau cakap memang...." belum habis aku berkata pintu diketuk dari luar ,mataku terus tertancap kepada Syaf

"aku tak bagitahu sesiapa kau kat sini " ujar Syaf seakan tahu maksud pandangan tajam itu

"habis siapa ? jom la pergi tengok" ujarku sambil kaki melangkah menuju pintu bilik diikuti Syaf dibelakang

pintu dibuka , hampir terganga aku melihat gerangan yang berada dihadapanku ini yang sedang memandang tajam dan romantis ke arahku , eh romantis? ini bukan romantis tapi pandang aku macam harimau nak makan orang je garang betul

" abang Naufal !! ma..ma..macam mana abang ada..ada kat sini? bukan abang balik esok ke ?" ujarku gagap haish sejak bila aku gagap ni Syaf dibelakang hanya menundukkan muka

"abang yang patut tanya Mia kenapa tak balik rumah ? and for your question I know this place from your friend" ujar Naufal sambil jari telunjuk dihalakan kepada Syaf

aku terus berpaling ke belakang dan memandang tajam Syaf yang menundukkan muka

" oh my god Syaf kau ni memang ...." belum sempat ku berkata abang Naufal memotong percakapanku

" Not now if you all nak bergaduh balik rumah dahulu and you Iva Mia kemas barang balik now!! walid dan umi dah risau kat rumah " kata Naufal tegas dia memandang tajam Mia yang berada dihadapanya

" nope Mia tak nak balik" ujarku sambil tangan memeluk dada

" I said now "

" abang siapa nak paksa Mia ? suka hati Mia la nak balik ke tak" ujarku geram sibuk je nak paksa orang

" you ask me who I am? abang ialah abang Mia sekarang ambil barang Mia kat dalam " kata Naufal yang sedang menahan marah

"but you not my biological brother and abang tak ada hak " ujarku tanpa sedar aku terus menutup mulut apabila menyedari kelancangan mulutku berkata

" Mia apa kau cakap ni " marah Syaf yang sedari tadi mendiamkan diri

raut muka Naufal berubah apabila mendengar perkataan yang meluncur laju keluar dari bibir mulus Mia , selama dia berusia 4 tahun hingga 29 tahun ketika walid dan umi menjaganya Mia tidak pernah berkata begitu

" yes I know abang bukan abang kandung Mia and tiada hak pun but sekarang walid dan umi tengah risau kat rumah balik sekarang !! " ujar Naufal sambil menarik tangan Mia untuk balik

"eh apa abang ni lepas la handbag Mia ada kat dalam " ujarku sambil berusaha melepaskan tangan Naufal nasib baik berlapik

" Syaf ambil barang Mia and terus balik rumah Syaf jangan nak merayau macam Mia ni " kata Naufal memberi arahan

"ouh okay abang Naufal " sepantas kilat Syaf mengambil handbag Mia dan terus berlari anak menuju ke abang Naufal dan Mia yang berada di dalam lif , takut dia tengok muka abang Naufal yang dah bertukar macam hulk tu

Tingg

lif terbuka Naufal terus menarik tangan Mia menuju ke kereta,tidak dihiraukan mata-mata yang memandang mereka

"no abang lepaslah Mia naik kereta sendiri " ujarku cuba memujuk sebenarnya nak lari dari balik rumah

"nope kereta Mia nanti abang suruh orang ambil , sekarang Mia balik dengan abang macamlah abang tak tahu Mia nak lari "ujar Naufal sambil membuka pintu kereta

" masuk " kata Naufal tegas

" tak nak "

"kenapa Mia ni degil sangat baru seminggu abang tak ada Mia dah buat perangai kan " kata Naufal pelik melihat perangai kebudak -budakkan
Mia haih nasib aku sayang

" suka hati la Mia tetap tak nak masuk kereta "

Syaf yang melihat hanya tersenyum sweet pulak nampak sorang macam kanak-kanak ribena sorang lagi hero malaya hehehe.

"okay Mia tak nak masuk abang akan dukung Mia supaya masuk mana satu Mia nak ? "

"abang ni kan suka sangat paksa orang "ujarku sambil terus masuk kereta pintu ditutup dengan sekuat hati,nak tunjuk protes la tu

terkejut Naufal dan Syaf dibuatnya

"Syaf jangan merayau balik terus rumah abang tahu abang sampai rumah Syaf pun kena sampai juga faham " ujar Naufal sambil membuka pintu kereta

" alright abang ,Syaf ni budak baik " ujar Syaf sambil tersengih

keadaan di dalam kereta sunyi sepi yang kendengaran hanya suara dj radio bercoleteh.
Naufal memandang sekilas wajah Mia yang sedang memunjung itik itu , tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman melihat wajah cemberut
Mia

" dah sampai rumah jom masuk " ujar Naufal apabila kereta berhenti di ruang kenderaan yang tersedia di halaman banglo 2 tingkat ini

" hmm tak nak la "

" kenapa pulak ? Mia jangan sampai abang dukung suka sangat suruh abang ugut kan"

" nak kena tumbuk dengan Mia berani la dukung " ujarku geram
Naufal mengukir senyuman hmm dia fikir tapak tangan kecil itu boleh menumpaskanya? penumbuk kecil yang diangkat oleh Mia hanya dipandang sepi

" okay now tell me kenapa Mia tak nak masuk ? "

" Mia takut kena marah dengan walid dan umi " ujarku

Naufal tersenyum mendengar
" tahu pun takut yang lari rumah buat apa? ya la jangan risau nanti abang backup Mia okay "

"betul ni abang tolong kalau kena marah dengan walid dan umi? "soalku

"ya dah jom masuk,duduk lama dalam kereta walid dan umi fikir bukan-bukan pulak "

" assalammualaikum " ujar Naufal

" waalaikumussalam " ujar umi sambil membuka pintu matanya terus tertancap kepada Mia yang berada di belakang Naufal puan Zaiton terus meluru mendakap anak daranya

" ya Allah risau umi Mia pergi mana malam tadi kenapa tak balik rumah sayang? " ujar umi sambil menangis

Mia yang berada di dalam pelukan puan Zaiton hanya mendiamkan diri rasa bersalah menguasai dirinya apalagi melihat air mata yang gugur pada raut wajah uminya ya Allah apa aku buat ni ?

"Mia minta maaf umi Mia tidur hotel malam tadi umi jangan la nangis Mia minta ampun " ujarku sambil memeluk bidadari hatiku ini

" sudah la tu Zai jom masuk rumah buat drama air mata kat depan rumah kenapa ? " ujar walid

umi terus menjeling suaminya orang tengah sedih boleh pula dia buat lawak tangan Mia dipimpin memasuki rumah

" marah la tu walid cakap macam itu kena pujuk la jawabnya , dah jom masuk Naufal" kata walid sambil tersengih

Naufal yang mendengar hanya mampu tersenyum dia suka melihat kemesraan walid dan umi ditambah dengan perangai walid yang suka mengusik walaupun umur menginjak tapi kasih sayang tetap utuh di dalam hati mereka
adakah dia dapat mengecapi kebahagiaan itu ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience