Badan aku rebahkan di atas katil perlahan-lahan bantal busuk kesayangan aku capai dimasukkan dalam pelukan sambil mata merenung siling memikirkan perkara yang dibincang oleh keluarga mereka tadi hatiku menjadi gusar
" lain kali Mia jangan buat macam ini faham" kata umi tegas selesai aku duduk di atas sofa
" ya umi Mia tak buat lagi "
" memandangkan Naufal dan Mia ada disini mari kita teruskan " ujar walid
" teruskan apa walid ? " kataku seakan tidak sabar , janganlah perkara malam tadi diungkit
" hmm... tentang perkahwinan Mia dan Naufal yang akan berlangsung lagi tiga bulan dari sekarang "
terganga aku dibuatnya serta-merta mataku dihalakan di hadapan memandang tepat walid no aku tak mahu
" walid kan Mia sudah kata Mia tak mahu kahwin umi dan walid tolonglah faham "
" Mia kami lakukan ini untuk kebaikkan kamu"ujar umi lembut
" apa kebaikkannya umi,walid ? "
" hanya abang Naufal yang kami percaya untuk menjaga kamu bila umi dan walid menghadap ilahi ,Mia kami percayakan Naufal lagipun ini merupakan amanah arwah papa dan mama sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir iatu untuk Naufal mengahwini kamu " suara walid yang tegas menjadi lembut dan mendamaikan
aku tatap wajah walid yang berubah kendur dapatku lihat matanya penuh dengan kesedihan
meratapi pemergian kawan baiknya walaupun bertahun sudah berlalu . Aku terdiam kaku mataku dihalakan menatap wajah abang Naufal yang berada di hadapan bersebelahan walid
wajahnya tenang dan mendamaikan , ketika aku asyik menatap wajahnya mataku bertembung dengan mata hijaunya jantungku berdegup dengan kencang serta-merta aku mengalihkan wajah melihat umi
" baiklah berikan masa untuk Mia fikir " ujarku
" baiklah umi dan walid faham perkara ini sukar untuk kamu hadapi tetapi kami mengharap jawapan yang akan menggembirakan kami" ujar walid wajahnya yang kendur tadi bertukar ceria setelah mendengar perkataan yang dikatakan oleh Mia walaupun ia bukanlah jawapan
Tok Tok Tok
Hilang segala apa yang kufikirkan tadi , mata melihat pintu
" siapa tu ? " soalku namun tiada sahutan haish siapa pulak ni aku baru nak tidur mimpi salman khan.Kaki menapak menuju pintu untuk membukanya
" eh abang Naufal? nak apa? "ujarku jarang abang ketuk pintu biliknya
matanya masih tertancap memandangku kenapa pulak dia ni ? apabila teringatkan sesuatu serta-merta tangan meraba atas kepala , wahh nasib baik aku pakai tudung
" abang!! "jeritku
" ha ye ye kenapa "ujarnya gelabah haih la Naufal kau ni dah kenapa ? tenung anak dara orang macam nak terkam , eh aku tak tenung Mia la aku tengok patung arnab kat atas katil Mia tu sambil kepala digeleng kiri kanan
" abang ni dah kenapa dia yang datang bilik orang tetiba boleh pulak tanya kita pastu tergeleng-geleng macam orang gila "
amboi mulut Mia ni suka hati je kata aku gila
" janganlah marah wahai puteri kayangan abang datang sebab umi ajak makan dari tadi panggil Mia tak turun-turun abang ketuk pintu macam nak pecah baru Mia buka "
Mia mencebikkan bibirnya apabila mendengar perkataan puteri kayangan elehh nak bodek la tu
" ye ke abang ni tak dengar pun umi panggil "
" eleh dia yang berangan tak dengar nak tuduh abang pulak "
" ye la tu"
" Mia ,Naufal kenapa lama sangat cepat turun makan " jerit umi
" Mia la ni lambat dah jom turun makan " ujar Naufal sambil ketuk kepala Mia
" ish sakitlah abang ni " marahku kaki melangkah kejar Naufal yang tengah lari terkedek-kedek hendak turun tangga untuk membalas dendam hmm comelnya abang Naufal lari hehehehe
ish apa kau melalut ni Mia
"apa korang ni main kejar-kejar pulak umi nak letak lauk ni sana la Naufal " marah umi apabila abang Naufal menyorok di belakang badanya
" oo abang dah ketuk kepala Mia nak lari pulak ? memang tak dapat lari dari Mia meh sini kepala abang " kataku sambil berusaha capai kepala abang Naufal yang tengah menyorok kat belakang umi ,dia fikir badan dia kecil ke ?
tinggi pun 185cm ada hati nak menyorok kat umi yang hanya 157cm tu
" ahhh sakit sakit Mia " kata Naufal mana taknya rambut dia dah kena tarik kuat pulak tu hampir tercabut rambutnya dari akar
"ya Allah Mia lepaskan sakit abang kamu tu" kata umi sambil mengetuk tanganku menggunakan senduk
" adoi umi sakitlah , abang yang mulakan dulu " kataku tangan masih memegang rambut Naufal
tak dapat kepala rambut pun jadi la
" ok ,ok ,ok abang minta maaf " ucap Naufal
"betul ni ? janji abang tak buat lagi "
" ye ye abang janji "
umi yang memerhati hanya menggeleng umur dah tua pun masih perangai masih macam budak-budak
" Ahhhhh sakitlah " ujar Naufal , sebelum Mia lepaskan tangannya dia menarik kuat rambut Naufal hmmm ada juga la rambut yang tercabut melekat kat tapak tangannya uish confirm sakit tu , jahat betul kau ni Mia
"hish apa bising-bising ni walid nak tengok tv pun tak senang " kata walid sambil kaki menapak menuju meja makan, sedapnya ikan merah masak kari
isteri yang melihat hanya menjeling apa la suaminya ini anak tengah bergaduh boleh pula cedok nasi kat pinggan
" abang tu gedik nak ketuk kepala orang "
"abang ketuk je yang Mia tarik rambut abang sampai nak tercabut kenapa? " kepalanya masih digosok dengan tangan , sakit weii
"abang la mulakan dulu "
"Mia yang mula dulu "
"abang "
" Mia "
" haish dah la tu walid dan umi nak makan ini kalau nak gaduh sila pergi dari sini tahu la dah nak kahwin " ujar walid siap buat tangan menghalau lagi
"walid!!" jeritku ish bukan nak tenangkan suruh gaduh lagi ada la
" apa ? " soal walid sambil cedok ikan merah kari kedalam pinggan
"haih dah dah la tu jom makan sekarang " kata umi kalau layankan suaminya ini mahu suami ikut sekali join mereka bergaduh tinggal la dia sorang jadi pemerhati
aku terus menarik kerusi bersebelahan umi sambil memuncungkan mulut
" Mia jangan buat muka itik walid tak nak layan
lagi bagus walid makan kari superb umi kamu ini"
"eii walid ni Mia tak nak kawan dah " kataku sambil menyuapkan nasi kedalam mulut , eh tadi bukan merajuk ke ?merajuk juga tapi kalau dah depan mata ada makanan makan je la
" hahaha padan muka " Naufal menjelirkan lidah ke arah Mia kesian tak ada orang pujuk ish ish ish
" diamlah " ujarku sambil menunjukkan penumbuk ke arah Naufal
" kan umi dah cakap makan!! tak elok gaduh depan rezeki " kata umi sambil memberi jelingan maut haih umi ni tak penat ke dari tadi asyik jeling je yang si Mia pula asyik tunjuk penumbuk je , pelik-pelik keluarga ini
" alright captain " ujar kami berdua serentak , umi dah bagi jelingan lebih baik stop kalau tak mahu kepala mereka sakit diketuk oleh senduk umi kat dapur tu
Share this novel