EPILOG

Short Story Series 2018

Ke hadapan abangku yang tercinta, Syed Hafiz.

Pertama sekali, Kasih nak mengucapkan terima kasih kepada abang kerana menerima Kasih di dalam hidup abang.

Abanglah, abang yang paling terbaik Kasih pernah jumpa! Kasih gembira sangat-sangat dapat mengenali dan menjadi salah seorang ahli keluarga abang.

Kasih tahu Kasih banyak melukakan hati abang. Kasih memohon maaf kepada abang atas segala kesilapan yang Kasih buat kepada abang.

Kalau Kasih pergi dahulu, Kasih nak minta satu permintaan untuk abang tunaikan.

Kasih nak abang gembirakan papa dan mama. Jangan pernah melukakan hati papa dan mama. Tolong bahagiakan papa dan mama.

Kasih harap sangat-sangat abang boleh tunaikan permintaan terakhir Kasih. Terima kasih abang!

- Kasih Maisarah -

HAFIZ mengesat air matanya. Hatinya dilanda sebak selepas membaca surat terakhir Kasih untuknya.

"Ma ... maafkan aku, Kasih..."

Pengorbanan Kasih sangat besar kepadanya sehingga sanggup meragut nyawanya sendiri demi menyelamatkan Hafiz.

"Aku gagal jadi abang angkat kau. Aku gagal untuk semuanya. Maafkan aku, Kasih. Aku lemah, lembab dan bodoh!"

"Aku sedar, selama ni kau cuba nak pulihkan hubungan keluarga kami yang retak. Tapi, semua usaha kau jadi sia-sia disebabkan aku. Sampailah kau tinggalkan kami semua."

"Abang minta maaf. Abang gagal jadi abang yang baik kepada Kasih. Abang tak berniat pun nak lukakan hati Kasih."

"Maafkan abang, Kasih."

Terima kasih!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience