3

Short Story Series 2018

KASIH memandang sekitar halaman rumah banglo tersebut. Sudah seminggu Hafiz tidak balik ke rumah ini. Rasa bersalah mulai bersarang di dadanya. Lagi-lagi apabila melihat Dato Taslim dan Datin Erma yang agak tertekan mencari keberadaan Hafiz.

Kasih termenung sendiri. Adakah disebabkan kehadiran dirinya menyebabkan keluarga ini menjadi kucar-kacir?

Keluhannya dilepaskan dengan perlahan.

“Kasih, buat apa dekat sini? Kenapa ni?”

Suara Dato Taslim mengejutkan Kasih. Pantas dia menoleh lalu menaip sesuatu di telefon pintarnya.

‘Tak ada. Kasih tengah tunggu abang Hafiz balik. Kasih nak minta maaf dekat dia.’

“Tak payahlah Kasih tunggu dia. Dia datang sendiri tu juga. Papa dah potong kad kredit dengan segala apa yang dia perlukan. Dia mesti balik punya kalau papa dah buat macam tu.”

Kasih mengangguk kepala faham. Bibirnya mula mengukir senyuman.

“Hafiz tu, kalau dia marah memang macam tu. Papa pun tak faham kenapa dia macam tu. Sejak Kasih datang ke keluarga ni, Hafiz terus berubah jadi macam tu. Dia jealous sangat dengan Kasih.”

“Tapi, papa percaya. Mungkin pintu hati Hafiz terbuka satu hari nanti. Dia akan terima Kasih sebagai adik dia. Papa sangat harap-harap kan begitu.”

Jari Kasih laju menaip sesuatu di telefon sebelum ditunjukkan kepada papanya.

‘Papa, kalau Kasih ada buat salah, Kasih minta maaf ya.’

“Kasih mana ada pernah buat salah dekat papa. Kasih anak yang baik. Papa percaya Kasih tak pernah buat apa-apa pun salah dengan papa dan mama.”

Kasih hanya tersenyum mendengar kata-kata Dato Taslim itu tadi. Hatinya terasa gembira apabila semua orang disekitarnya boleh memaafkannya.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi enjin yang masuk ke pekarangan rumah itu. Bibirnya mula mengukir senyuman dan mendekati kereta itu selepas kereta itu selesai diparkir. Hafiz keluar dari dalam perut kereta itu lalu menanggalkan kaca mata hitam nya itu.

“Mama!”

Hafiz terkejut apabila disergah oleh seseorang. Bibirnya diketap geram melihat gadis bisu di hadapannya tersenyum kambing kepadanya itu.

“Kau memang tiada kerja lain ke huh? Asyik nak kacau hidup aku je. Pi main jauh-jauh.”

Kasih mencebik. Laju dia menaip sesuatu lalu ditunjukkan kepada Hafiz.

'Awak pergi mana? Risau saya tau!'

“Apa hal kau risaukan aku ni? Kau suka aku kan?”

Kasih terdiam. Dia terpaku mendengar apa yang diperkatakan oleh Hafiz itu.

“Aku tahu kau sayang aku. Dahlah, aku masuk dulu.” ujar Hafiz lalu meninggalkan Kasih disitu. Kasih mendengus kasar lalu mengekori Hafiz memasuki rumah itu.

Terima kasih! Harap bersabar menunggu bab seterusnya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience