KENINGNYA terjungkit melihat Kasih yang asyik mengikutinya dari tadi. Hairan dengan perangai Kasih yang tiba-tiba menjadi pelik.
“Kau ni, dah kenapa? Buang tebiat?”
Kasih hanya tersengih. Dia terus sahaja mengikuti Hafiz tanpa berfikir panjang.
“Kau ni, daripada kau macam begitu saja. Baik kau tolong aku.”
Hafiz melabuhkan punggungnya di birai katil. Matanya memandang tepat ke arah gadis bisu itu.
“Tolong tanggalkan stokin yang ada kat kaki aku tu. Boleh?”
Kasih memandang ke arah kaki Hafiz. Dia sedikit teragak-agak untuk melakukan perkara itu.
“Kalau kau nak tinggal sini masih, ikut arahan aku!”
Kasih mengangguk kepala tanda fahama lalu mendekati kaki Hafiz. Perlahan-lahan dia menarik stokin itu dan ditanggalkan daripada kaki lelaki itu.
Hafiz tersenyum puas. Suka melihat gadis itu seperti lembu dicucuk hidung.
Kerana asyik melihat gadis bisu itu, fikiran Hafiz mula dirasuki sesuatu.
Kasih tersentak apabila selendang yang dipakainya tertanggal, memperlihatkan rambutnya. Laju dia menarik semula selendang itu menutupi kepalanya. Matanya sempat menangkap angkara siapa itu.
Hafiz?
Dia sudah mula aneh melihat perubahan Hafiz. Semakin dia ingin menarik selendang itu untuk menutupi kepalanya, semakin kuat tarikan Hafiz untuk membuka selendang itu daripada kepalanya.
Hafiz!
Suara hatinya terjerit apabila selendang itu ditarik dan tubuhnya mula diangkat ke katil. Membuatkan Kasih ketakutan akan sesuatu yang buruk Hafiz lakukan kepadanya.
“Asal kau ni? Aku bukan buat apa-apalah.”
Kasih laju menggeleng kepalanya. Dada lelaki itu laju ditolak daripada mendekatinya.
Kasih sudah mula menangis teresak-esak. Dia sudah lemah mempertahankan dirinya.
Kelopak mata Kasih sedikit terbuka. Tak! Kau tak boleh lemah, Kasih! Kau kena kuat!
Kasih mencuba untuk mencapai sebuah pasu atas meja di tepi katil. Dengan sekuat tenaga yang masih bersisa, kepala Hafiz dipukul menggunakan pasu tersebut.
Erangan kesakitan lelaki itu diabaikan. Pantas dia meloloskan diri daripada genggaman Hafiz.
“Kau pergi mana, budak sial!”
Kasih mulai gentar mendengar suara itu. Anak tangga pantas dituruninya. Walaupun beberapa kali dia terjatuh, namun sakit itu hanya dibiarkan. Yang penting selamatkan diri dahulu!
“Kasih Maisarah!”
Pintu rumah dibuka oleh seseorang dari luar. Hal itu menyebabkan Kasih terus terduduk akibat terkejut.
“Kasih? Kenapa ni? Apa dah jadi?” soal Datin Erma dengan cemas. Tanpa berfikir panjang, tubuh wanita itu dipeluk erat oleh Kasih. Tangisan dilepaskan dengan kuat.
“Kasih, apa dah jadi?” soal Dato Taslim pula.
“Kasih!” Serentak Dato Taslim dan Datin Erma menoleh ke arah Hafiz.
“Ya Allah, Hafiz! Apa dah jadi ni? Kenapa kepala kamu tu?”
Hafiz memandang Kasih dengan tajam. Sebuah keluhan dilepaskan. Muka berpura-puranya dimainkan.
“Salah faham je, mama.”
Tipu! Kasih menjerit kuat dalam hatinya.
Terima kasih! Harap bersabar menunggu bab seterusnya.
Share this novel