8

Romance Series 15176

"Memalukan betul !! Kenapalah ko bodoh sangat nie Rayqal pegi tanya soalan macam tu kat staff kau !! Dalaa bini orang ..punya merah lagii color inai dia tu , tapi kau bodoh pegi tanya lagii dia ada bf ker tak ... Aduihhh ... serabut .. serabut "

Ngomel Rayqal sendiri yang baru lepas keluar dari lif tadi .. makin serabut kepala otak nyaa lepas daa tanya soalan bodoh itu tadi kepada staffnya .. nie kalau bukan gara-gara Atoknya .. benda nie tak akan terjadi ..

Disebabkan terlalu serabut .. dia perlu menenangkan kepalanya dengan berasap dahulu di sebuah taman yang kelihatan agak tenang di tingkat 5 hotelnya itu .. sebatang rokok dikeluarkan daripada poket seluarnya & pemetik apinya dinyalakan ..

Sambil dia menghisap batang rokoknya di situ .. tiba-tiba ..

Pangg !!

Seperti ada sesuatu benda tajam yang terkena dahi sebelah kanannya ..

"Auwww !!"

Hanya ayat itu yang terkeluar dari mulut Rayqal apabila tiba-tiba dahinya terkena sesuatu ..

Laju tangan kanannya memegang dahi sebelah kanannya yg terkena sesuatu itu .. batang rokoknya jugak terus terjatuh ke tanah dari tangan kanannya ..

Rayqal memerhatikan sekeliling untuk mencari tahu benda apa yang tiba-tiba terpelanting sampai ke dahinya itu .. rupa-rupanya ada sebuah tin Milo yang sudah rata di kemekkan & benda itulah yang mengena pada dahinya ..

Berang Rayqal disitu .. terus di pungut semula tin kemek itu & memusing melihat sekeliling kawasan taman itu untuk mencari tahu siapa orang yang sengaja membuatkan tin kemek itu sampai terkena dahi nya ...

Rayqal merasa agak sedikit pedih di bahagian dahinya & dia dapati ada sedikit luka di bahagian itu apabila dia melihat ada secebis darah yang melekat di tangan kanannya ..

"Darah !! "

at?erkejut Rayqal melihat tangannya yg ada secebis darah dari dahinya ..

"Oiii !!"

Laung Rayqal kepada satu kelibat wanita yg seperti mahu melarikan diri di sebalik tumbuhan pokok bunga yang tingginya paras dada Rayqal tidak jauh dihadapan tempatnya berasap ..

Setelah beberapa kali Rayqal melaung ke arah wanita itu .. baru wanita itu berpaling kearah nya .. Rayqal menjadi bertambah bengang apabila wanita itu boleh-bolehnya buat muka blur & buat-buat tak bersalah ..

Tanpa berfikir panjang, Rayqal terus menarik pergelangan tangan wanita itu walaupun dia sendiri tidak tahu mahu diheret kemana wanita itu .. semua kerana perasan berangnya kepada wanita itu yang sesuka hatinya menyepak tin itu sehingga mengakibatkan dahinya tercalar & berdarah ..

Langkah Rayqal terhenti mengheret wanita tersebut apabila tangannya lagi kuat ditarik oleh kudrat wanita itu .. malah tanpa sedar dia sendiri mengikuti langkah wanita itu & duduk dihadapannya apabila disuruh ..

Matanya tidak berkedip melihat tingkah laku wanita yg berdiri dihadapannya itu lebih-lebih lagii apabila tiba-tiba dahinya diubati oleh wanita itu dengan melekatkan pelekat luka di dahinya ..

Rayqal sendiri tidak tahu kenapa perasaan berangnya tadi terlalu cepat reda apabila melihat wanita itu ... selepas wanita itu beredar dari situ pun .. Rayqal masih terduduk disitu & seperti orang yang dipukau sahaja ..


Truttttt ~~

Bunyi vibrate hp Rayqal bergetar di dalam poket membuatkannya baru tersedar dari situ .. rupanya panggilan dari PA nya Salina yang sedang mencari keberadaannya .. Rayqal menuju ke toilet dahulu sebelum masuk ke pejabatnya semula ..

Pelekat luka yg melekat di dahinya di perhatikan di hadapan cermin toilet ..

"Dasar perempuan giler betol .. macam mana dia boleh buat don't know jer dengan kau Rayqal ?? How come seorang Rayqal Adrian dia tak tahu siapa !! .. boleh-bolehnya dia ignore buat bodoh macam tu jer kat kau !! "

Hahahahahaaa ~~.. memang dasar perempuan giler !!.. tapiii kenapa muka dia macam familiar jer ar ?? Aku pernah jumpa dia ker ?? Tapi kat mana ekk ??"

Rayqal bermonolog sendiri di hadapan cermin sambil melihat pelekat luka di dahinya ..

Dia seolah-olah speechless dengan apa yg berlaku tadi .. dia seperti tidak menyangka ada jugak perempuan yang seperti itu bisa ditemui ..

Sambil dia bermonolog sendiri .. tiba-tiba dia jadi terimbas kembali saat wanita itu mengubati luka dahinya .. dia terasa seperti ada something dengan wanita tersebut .. tapi dia sendiri tidak tahu ..

.........................................................................

"Wehh .. petang nie lepas daa settle kemas barang Exibition nie .. jomm karokk !! Ajak dorang yang lain .. lama giler daa wehh tak lepak karok macam nie lepas keje .. lagi pun besok sabtu cuti kan "

Ajak Zaza kepada Aunie & Adibah yang sedang sibuk mengemas barang Exibition mereka untuk pulang ..

"Kau jangan menyesal ajak aku Zaa ... anda pasti dengan pilihan anda mengajak saya ?? Kau jangan bising kalau tak dapat Mic kat kau "

Perli Aunie kepada rakan karibnya itu ..

"Iyaa tak menyesal .. kau kan tahu .. aku nie just backup singer kau jer .. so kau tak payahh risau .. yang penting kita semua enjoy & lepaskan penat beban keje kita seharian hari nie .. aku yang penting nak tengok Zack bergelek nyanyi lagu Senggol-senggolan dia dengan kau jer sebelum dia bertolak Outstation besok pegi Sarawak .. hahahaa "

Kata Zaza semula kepada Aunie kerana dia tahu .. kawannya 2 orang ini iaitu Aunie & Zack memang pantang di ajak karaoke .. tentu lajuu jer diorang ON .. sampai kadang diaorang nie siap boleh berebut Mic lagii sebab masing-masing sibuk nak perform katanya ..

Itu yang membuatkan Zaza sangat suka berkawan dengan mereka berdua kerana tanpa mereka berdua .. memang sunyilah rasanya office mereka kerana mulut 2 orang makhluk nie jela yang selalu paling heboh dekat 1 office sampai kadang suara mereka nie kalau bercerita boleh sampai ke tingkat 1 bunyinyaa .. apatah lagii kalau mereka berdua bergelak ketawa .. memang macam orang kena sampuk jerr .. bak kata orang tua-tua, kalau gelak macam tak ingat dunia betul daa ...

"Okey set ek .. aku nak Watsap dalam group kita nie bagitahu yang lain plan kita petang nie .."

Kata Adibah yang menawarkan dirinya untuk memberitahu kawan-kawan mereka yang lain mengenai plan mereka selepas habis kerja di dalam Whatsapp group ..

"Okey diorang yang lain ON jer wehh .. so kita jumpa kat Karaoke Loud Speaker jela dengan diorang "

Excited Zaza apabila melihat reply di dalam group Whatsapp mereka yg menyatakan diorang yang lain ON jer dengan plan petang nie ..

"Alaaa ... tapi sorry laa korang .. aku tak dapat nak join korang sebab ada hal "

Jelas Aunie yang terpaksa menolak untuk tidak join mereka sekali kerana dia bimbing dia tidak cukup duit untuk membayar masuk kerana tempat karaoke tu kira ikut per kepala .. lebih baik dia gunakan duit itu untuk dia beli makanan dalam sehari 2 nie .. lagi-lagi sekarang nie daa masuk pertengahan bulan .. memang masa untuknya berjimat ..

"Alaaa ... kau apasal tak nak join pulakk .. aku tahu kau saja buat alasan ada hal kan konon .. pasal duit nak masok tu kau jangan risau .. kali nie aku belanja kau sebab daa lama aku tak dengar suara kau nyanyi .. lagipun kalau kau takde .. siapa nak duet dengan Zack bersenggol-senggolan ? .. tak best laa acara karaoke kita kalau kau takde .. tak kan nak dengar suara Zack sorang jer nyanyi .. mahu bernanah telinga kitaorang nanti "

Kata Zaza yang memujuk Aunie untuk turut serta bersama mereka ..

Hahahahaha ...

Habis tergelak-gelak mereka bertiga menyembang di situ sambil membayangkan gaya Zack bergelek apabila berkaraoke lagu dangdut .. dengan gayanya yang lembut & pinggulnya yang lentik membuatkan Zaza, Aunie & Adibah tidak berhenti-henti tergelak ....

.........................................................................

11 malam ...

Jam di dinding office nya diperhatikan .. Rayqal terus mengemas dokumennya yang baru selesai disiapkan itu tadi & menutup laptop berjenama Apple nya dengan rapi ..

Beg kerja & blazer nya di ambil dari atas sofa office nya lalu dia keluar meninggalkan pejabatnya untuk pulang .. kelihatan memang hanya tinggal dia sahaja yang masih bekerja sehingga larut malam kerana seluruh ruang pejabatnya sudah gelap & tiada orang ..

Inilah dia seorang Rayqal Adrian yang sememangnya orang yang sangat workaholic .. dia banyak menghabiskan masanya di pejabat & bekerja sehingga ke malam .. selalunya dia akan bekerja paling lewat pun sampai pukul 8 malam .. tetapi jika dia mempunyai masalah atau stress dia akan bekerja lebih masa sedikit kerana begitulah caranya untuk mengurangkan tekanan & melupakan bebanannya ..
mungkin disebabkan tekanan daripada Atoknya inilah puncanya bekerja lebih masa hari ini ..

Rayqal memandu keretanya menuju pulang ke kondonya .. tiba-tiba sebuah kereta Perodua Myvi kuning memintas jalannya dengan agak laju ..

"Oii !! Giler ker apa driver dia nie .. bawak kereta macam jalan nie bapak dia punya jer !! "

Bebel Rayqal seorang diri di dalam keretanya kerana dia terkejut tiba-tiba ada kereta lain memintasnya laju ..

Setelah kereta Myvi itu memintasnya .. tiba-tiba ada pula kereta lain yang sama memintas laju jalannya .. kereta itu seperti sedang mengejar kereta Myvi yang mula-mula tadi memintas jalan Rayqal ..

"Nie lah budak-budak zaman sekarang .. malam-malam buta macam nie mula laa nak racing bawak kereta laju-laju .. esh esh esh ~~"

Bebel Rayqal lagii seorang diri sambil terus memandu keretanya.

Tidak lama kemudian .. Rayqal menjadi agak terkejut apabila kereta Perodua Myvi kuning yang laju memintasnya tadi itu tiba-tiba dia temui terbabas melanggar sebuah pokok besar di sebelah kiri jalan selepas dalam 2km dari tempat kereta Myvi itu memintasnya tadi ..

Kereta itu kelihatan berasap dari bahagian depannya & sepertinya kemalangan itu baru sahaja berlaku .. Rayqal terus segera parking keretanya dibahu jalan & terus lari turun dari keretanya menuju ke arah kereta Myvi kuning itu ..

"Encikk .. tolong saya .. please tolong selamatkan sayaa ~~"

Mangsa kemalangan itu terus pengsan selepas matanya makin kabur & dia hanya mampu sempat meminta tolong kepada Rayqal sebelum sepenuhnya pengsan ..

Rayqal kelihatan sangat terkejut melihat mangsa kemalangan itu adalah seorang gadis & kelihatan gadis itu mengalami kecederaan di bahagian kepalanya ..

Rayqal berasa agak cemas dengan kejadian itu .. dia cuba untuk mahu meminta pertolongan daripada mana-mana kenderaan lain yang lalu di jalan itu .. namun malangnya tiada satu pun kenderaan lain yang muncul lalu di jalan itu .. Rayqal berfikir dia harus segera membantu gadis itu untuk keluar dari dalam keretanya kerana keretanya itu sudah mulai mengeluarkan asap daripada enjin kereta di hadapan nya & dia takut jika bila-bila masa sahaja kereta itu boleh terbakar ..

Rayqal menghampiri semula kereta Myvi kuning itu & cuba membuka pintu di bahagian pemandu untuk mengeluarkan mangsa daripada tempat kejadian .. gadis itu bernasib baik kerana badannya tidak tersangkut atau tersepit di mana-mana bahagian seat keretanya & memudahkan Rayqal untuk menolongnya keluar dari situ ..

"Cik .. bangun cik .."

Kata Rayqal sambil menampar lembut muka wanita yang dia baringkan di atas ribanya selepas selamat dia keluarkan dari dalam keretanya ..

Malangnya gadis itu tetap tidak tersedar dari pengsan nya .. Rayqal terus segera mendukung gadis itu dengan kedua tangan nya & di bawanya masuk ke dalam keretanya bersama beg tangannya yang sempat di ambil oleh Rayqal dari dalam kereta wanita itu tadi ..

Kereta Rayqal di pandu laju menuju ke sebuah hospital yang berdekatan .. Sesampai sahaja di hospital .. gadis itu terus di rawat dengan segera oleh doktor selepas Rayqal menghantarnya ke Wad Kecemasan ..

"Macam mana keadaan dia Doktor ?? Is she's fine ???"

Muka Rayqal cemas ingin mendengar pengesahan dari doktor yang merawat mengenai keadaan gadis yang di bawanya ke Wad Kecemasan itu ..

"Don't worry Sir .. your girlfriend is just fine .. nothing to worry .. nasib baik nothing serious happen & luka di bahagian kepalanya juga cuma luka kecil yang biasa sahaja .. cuma your girlfriend akan mengalami sedikit trauma atas kejadian nie jer .. so I hope you will help her to calm down & try to control her emotion supaya trauma dia jadi kurang .. "

Jelas doktor itu kepada Rayqal ...

Rayqal agak terkejut apabila doktor itu mengiranya adalah boyfriend kepada gadis itu & gadis itu adalah girlfriend nyaa .. Rayqal cuba untuk menjelaskan kesalahfahaman doktor tersebut tentang hubungannya dengan mangsa wanita yang dia bawanya itu .. tetapi tidak berjaya ..

Selepas doktor tersebut selesai menjelaskan mengenai keadaan wanita tersebut .. hati Rayqal terasa sangat lega seperti bebanan yang dipikulnya mulai terasa ringan ..

Rayqal terus menuju kearah katil tempat gadis itu di rawat untuk melawatnya .. kelihatan ada balutan yang membaluti bahagian kepala gadis itu kerana dia mengalami sedikit kecederaan ringan di bahagian kepala kesan daripada hentakan semasa keretanya melanggar sebuah pokok besar di sebelah kiri jalan ..

Wajah gadis itu ditatapi oleh Rayqal dengan jelas & wajah gadis tersebut seperti seseorang yang agak familiar baginya ..

Yaa !! memang dia !!

Memang yakin & jelas !!

Ini adalah gadis yang sama siang tadi !!

Dia adalah gadis yang sama yang telah ditemui oleh Rayqal siang tadi di taman tingkat 5 hotelnya !!

Dialah gadis sama yang membuatkan dahinya berdarah gara-gara sekeping tin kosong yang telah dikemekkannya & disepak sampai berdarah dahi Rayqal dibuatnya !!

Dialah gadis sama yang telah melekatkan pelekat luka di dahinya !!

Dialah gadis sama yang telah di bawa olehnya bergegas ke Wad Kecemasan !!

Dan dialah gadis sama yang sedang terbaring terlantar di atas katil hospital selepas diselamatkan olehnya ..

Why this is all happen ?? Why in this whole day hanya muka nie sahaja yang di temuinyaa ?? Whyyy ??

Bersambung ........

Bersambung ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience