Pemandangan di ruang taman Hotel Bangi itu cukup membuatkan pengunjungnya merasakan ketenangan & santaii dengan dekorasi landskapnya yang simple tetapi cukup menyamankan.
Tempat yg tenang seperti ini cukup dapat membuatkan pelanggan di hotel itu untuk berjalan-jalan dengan santai sambil mendengar bunyi air terjun buatan yg di buat khas untuk dekorasi khas hotel itu bagi membuatkan pelanggan dapat merasa seperti berada di dalam hutan yg kecil berhampiran dengan air terjun .. untuk mereka yg mahu menenangkan beban fikiran semasa bekerja memang best & sesuai untuk meluangkan sedikit masa disitu.
Beberapa jarak dari situ .. terdapat sebuah taman permainan kanak-kanak yg cukup menarik untuk pelanggan hotel tersebut yang membawa anak-anak kecil untuk beriadah.
Taman permainan itu kelihatan agak kosong pada ketika itu mungkin kerana kurang pelanggan yang membawa anak-anak mereka bermain. Tiba-tiba terdengar sebuah suara anak kecil yg menangis berhampiran taman tersebut.
"Huhh .. apa tu ?? Kenapa aku macam ada dengar suara budak menangis ar ?? "
Bisik hati kecil Aunie yang pelik kerana dia seperti mendengar suara anak kecil yang menangis tatkala dia sedang melalui taman permainan itu. Berkerut muka Aunie sambil mencuba untuk benar-benar fokus untuk mendengar semula suara tangisan yang di dengarnya .. Aunie melihat sekeliling kawasan taman permainan itu yang memang terang-terangan tiada kelibat orang .. inikan lagi kelibat kanak-kanak .. tetapi dia benar-benar yakin seperti dia benar-benar mendengar suara tangisan anak kecil.
Aunie terus mengikuti arah bunyi suara tangisan yang di dengarnya. Apabila Aunie memanjat naik ke atas permainan gelongsor itu .. suara tangisan itu semakin jelas kedengaran di telinganya .. Aunie terus mencari arah suara itu & alangkah terkejutnya Aunie apabila dia benar-benar ternampak seorang kanak-kanak lelaki yg kecil dlm lingkungan umur 4 tahun sedang menangis teresak-esak sambil memeluk lututnya di dalam terowong kecil yang ada di atas permainan gelongsor itu ..
" Adikk .. kenapa adik nangis ?? Adikk sesorang jer ke kat sini ??"
Sapa Aunie yang menegur kanak-kanak tersebut.
" Adikk ... jangan laa nangis .. mana mama adik ?? "
Tanya Aunie lagii kepada kanak-kanak itu ..
"Huhuhuhuuu ~~ abang Haikal tinggalkan Rayyan .. Rayyan takut .. huhuhuhuu ~~ " kata kanak-kanak itu kepada Aunie & makin lama suara tangisannya semakin kuat kerana ketakutan.
Tidak tahu kenapa timbul perasaan kesian & simpati di hati Aunie apabila melihat kanak-kanak itu menangis dan dia berasa seperti ingin mendakap kanak-kanak itu untuk menenangkannya dari terus menangis.
Pakaian kanak-kanak itu kelihatan sangat cantik .. dia memakai baju melayu berwarna hijau bersama kain sampin & berkasut hitam. Rambutnya curl & comel memakai songkok di kepalanya..
" Rayyan ... mehh kat Kakak sayang .. Rayyan jangan takut yee .. nanti kakak bawak Rayyan cari abang Haikal dgn mama Rayyan yee .. "
Panggil Aunie sambil menghulurkan tangannya kepada kanak-kanak itu yang masih duduk memeluk lututnya di dalam terowong gelongsor itu tanda untuk menolong kanak-kanak itu keluar dariĀ dalam terowong itu.
Rayyan memandang tangan yang dihulur oleh Aunie kepadanya. Entah bagaimana, kanak-kanak itu terus berhenti menangis dan memegang tangan Aunie untuk keluar dari terowong itu. Aunie terus mendakap dan menenangkan Rayyan dalam pelukannya. Kanak-kanak itu terus berasa tenang dan mendiam setelah berada dalam dakapan hangat Aunie.
" Rayyan .. macam mana Rayyan boleh ada kat sini sayang ?? Mana mama dengan abang Haikal Rayyan ?? "
Tanya Aunie sambil memandang muka Rayyan yang baru sudah tenang dari pelukannya .. air mata di pipi Rayyan disapunya lembut dengan jarinya.
Rayyan memandang Aunie & menjawab ...
"Abang Haikal ajak main sorok-sorok dengan Rayyan .. lepas tu abang Haikal tak datang kat Rayyan kat situ .. abang Haikal tinggalkan Rayyan kat situ .. huhuhuu ~~ Rayyan takut .. "
Jelas kanak-kanak itu kerana pada mulanya Rayyan & abang sepupunya iaitu Hairul bermain sorok-sorok di kawasan taman permainan itu .. tetapi kerana gagal menemukan tempat persembunyian Rayyan .. Haikal telah pergi meninggalkannya sendirian yang bersembunyi di dalam terowong diatas gelongsor itu.
Mendengar penjelasan kanak-kanak itu .. Aunie tersenyum & menenangkan Rayyan dengan mengajaknya untuk mencari mamanya.
Aunie memegang erat tangan Rayyan untuk turun dari gelongsor permainan itu .. tetapi melihat gelongsor itu .. Aunie tiba-tiba teringin ingin bermain & mengajak Rayyan untuk turun bergelongsor sahaja dari situ.
"Rayyan nak main gelongsor turun dengan kakak tak ??" tanya Aunie yg terlebih excited pula untuk turun bergelongsor drp situ daripada Rayyan.
" Nakk !! "
Jawab Rayyan excited apabila Aunie ingin bermain dengannya ... Aunie meletakkan Rayyan duduk di hadapannya & mereka terus bergelongsor turun dengan gembiranya dari gelongsor itu .. Rayyan tergelak riang apabila turun bergelongsor bersama Aunie ..
" Kakak .. Rayyan nak main lagii boleh ?? "
Tanya Rayyan yg excited selepas turun bergelongsor dari gelongsor itu bersama Aunie .. mana tidaknya , dia suka sangat bila ada orang yang mahu bermain dengannya ..
"Okey .. tapi sekali jer tau .. sebab kita nak kena pegi cari mama Rayyan nie .. nanti mama Rayyan risau cari Rayyan macam mana ?? .. kesian mama Rayyan "
Pujuk Aunie supaya Rayyan tidak kelamaan bermain di situ risau akan mamanya yang pasti akan mencari anaknya ..
" Okey .. tapi jomm laa kakak main dengan Rayyan jugakk "
Rengek kanak-kanak itu sambil menarik tangan Aunie untuk naik semula ke atas gelongsor itu untuk bermain dengannya .. Aunie hanya melayankan sahaja kehendak Rayyan & mereka turun dengan riang gembira dari gelongsor itu ..
" Daa jomm sayang .. kita pegi cari mama Rayyan yee .. kesian mama nanti risau cari Rayyan"
Pujuk Aunie sambil memegang erat tangan Rayyan dan berjalan menuju ke kaunter pertanyaan yang ada di dalam hotel tersebut untuk meminta bantuan membuat announcement supaya ibu bapa kanak-kanak itu segera mengambil anak nya di situ.
" Excuse me miss ... boleh tak mintak tolong buat kan announcement untuk panggil parents budak nie datang ambik anak dia kat sini ?? "
Tanya Aunie kepada staff yang sedang bertugas di kaunter pertanyaan hotel itu .. staff tersebut melihat ke arah Rayyan yang didukung oleh Aunie & kelihatan agak terkejut ..
"Maafkan saya yaa Cik jika bertanya .. boleh saya tahu dekat mana Cik jumpa kanak-kanak nie ??" soal staff tersebut kepada Aunie selepas melihat mereka ..
" Owhh .. saya jumpa budak nie tengah main sorang-sorang tadi dekat taman tepi hotel nie .. kenapa yaa "
Jelas Aunie kepada staff tersebut kerana dia hairan dengan reaksi yang di beri oleh staff itu.
" Owhh .. sebab tadi ada sorang Puan nie yang tengah mencari anak dia yang lebih kurang seperti ciri-ciri budak nie .. Puan tu pesan kalau ada orang yg terjumpa dengan budak yang ada ciri-ciri macam anak dia .. suruh orang tu datang kat Hall Utama hotel nie .. nama Puan tu adalah Puan Radyiah .. Cik cuba bawak budak nie ke sana .. Cik terus jer dari lorong nie sampai hujung .. lepas tu belok ke kanan akan ada Hall Utama kat situ "
Jelas staff tersebut sambil menunjukkan arah ke Hall Utama hotel tersebut kepada Naura.
" Owhh arah sana yaa miss ?? Okey baik .. terima kasih yee "
Kata Aunie selepas jelas akan penjelasan staff itu kepadanya. Aunie menurunkan Rayyan dari dukungannya & memegang erat semula tangan Rayyan & terus berjalan menuju ke Hall Utama hotel itu untuk mencari mama Rayyan.
Sesampai di Hall Utama hotel itu .. kelihatan seperti ada majlis yang sedang berlangsung di dalam Hall tersebut & kedengaran bunyi suara kanak-kanak dari dalam dewan tersebut.
Aunie melihat sekeliling kawasan luar Hall itu & kelihatan terdapat beberapa banner yang tertera Majlis Minum Petang bersama Anak-anak Yatim Yayasan Al-Rahim di hadapan pintu Hall Utama itu.
"Owhh .. so bermakna budak nie tentu salah sorang anak-anak yatim dalam majlis nie kowt .. " kata Aunie yang bercakap dengan dirinya sendiri disitu apabila mengetahui akan hal tersebut.
Aunie memasuki Hall Utama itu sambil masih memegang erat tangan Rayyan & menghampiri seorang kakitangan di dalam dewan itu untuk bertanya ..
"Excuse me Sir .. boleh tak saya nak mintak tolong carikan saya orang yang bernama Puan Radyiah dalam dewan nie .. sebab anak dia ada pada saya sekarang"
Pinta Aunie yang meminta bantuan kepada seorang kakitangan lelaki yang kelihatannya seperti seorang Manager di dalam Hall tersebut.
Lelaki tersebut terus sahaja menuju kearah seorang wanita bertudung yang berpakaian jubah moden sedang berlegar-legar didalam ruangan tersebut seperti mencari sesuatu yang hilang. Wanita itu kelihatan cantik & elegen. Bajunya sama warna dengan baju melayu yang dipakai oleh Rayyan.
Tidak lama kemudian .. wanita tersebut terus berlari-lari anak bersama kakitangan tersebut dan kelihatan seperti bergegas meluru menuju ke arah Aunie yang sedang berdiri menanti di hadapan pintu Hall tersebut bersama Rayyan yang masih dipegang tangannya dengan kemas.
Setibanya wanita tersebut di hadapan Aunie .. wanita itu terus memeluk kanak-kanak tersebut dengan wajah yang gembira & kelihatan seperti bersyukur kerana telah menemui anaknya.
"Rayyan anak mama !!" bertapa eratnya pelukan wanita itu tatkala memeluk Rayyan ..
Aunie kelihatan agak terkejut melihat mereka kerana dia masih menyangka Rayyan adalah salah sorang daripada anak-anak yatim yang berada di dalam Majlis minum petang itu.
" Rayyan pegi mana sayang ?? Puas mama cari Rayyan .. kenapa suka buat mama risau nie ?? " soalan wanita tersebut selepas melepaskan pelukkan nya daripada Rayyan ..
" Abang Hairul dengan Rayyan main sorok-sorok laa mama dekat taman tu .. lepas tu abang Haikal tinggalkan Rayyan sorang-sorang dalam terowong .. kakak nie datang lepas tu dia pun main dengan Rayyan tadi .. best main dengan kakak nie tau mama .. "
Jelas Rayyan kepada wanita tersebut dengan wajah yang ceria .. Wanita itu memandang kearah Aunie dengan wajah yang sangat bersyukur ..
"Cik .. terima kasih banyak-banyak yee sebab daa tolong bawak anak saya dengan selamat ke sini" ucap wanita itu kepada Aunie ..
"Ehh takde apalah Puan .. saya cuma kebetulan jer tengah jalan-jalan kat taman tadi then tiba-tiba terdengar macam ada suara budak kecik tengah menangis .. nasib Rayyan nie budak yang bijak & pandai jaga diri dia tadi ??" jelas Aunie kepada wanita tersebut ..
Wanita tersebut tersenyum gembira melihat Aunie ..
"Nama Cik apa yee ??" soal wanita tersebut kepada Aunie ..
"Nama saya Naura Aunie .. boleh panggil saya Aunie jer .. Puan nie Puan Radyiah ke ??" Soal Aunie yang masih tertanya-tanya akan gerangan siapa wanita tersebut.
"Yee betul .. saya Puan Radyiah .. mama kepada Rayyan " jelas wanita itu kepada Aunie ..
Aunie ketika itu baru menyedari bahawa kanak-kanak yang di bawanyaa itu tadi ternyata bukan salah seorang anak-anak yatim di dalam majlis tersebut. Pantasan sahaja warna baju Rayyan dengan wanita itu sama .. rupanya anak-beranak ..
"Hari nie hotel kami ada buat sedikit Majlis minum petang bersama anak-anak yatim nie .. Cik Aunie marilah jemput join kami sekali kat sini sama-sama meraikan bersama anak-anak yatim nie .. jemput laa jamu makanan yang hotel kami sediakan sedikit kat sini " pelawa wanita tersebut kepada Aunie ..
Radyiah bersyukur kerana Aunie telah membantunya menemui anaknya Rayyan yang tiba-tiba menghilang ketika majlis perasmian itu bermula tadi.
"Ehh takpe Puan .. small matter jer tu .. terima kasih atas pelawaan Puan .. tpi saya kena pegi nie sekarang .."
Jawab Aunie yang terpaksa menolak pelawaan wanita itu kerana dia berasa dia sepatutnya tidak perlu ada di dalam majlis tersebut kerana siapalah dia di situ .. bukan siapa-siapa pun .. janggal rasanya apabila tiba-tiba berada di majlis orang yang tidak dikenali ..
Tiba-tiba ..
"Kakak .. jomm laa teman Rayyan makan .. Rayyan lapar laa kakak .. Rayyan nak makan .."
Tangan Aunie kuat ditarik oleh Rayyan & meminta untuk menemaninya ke kawasan buffet makanan .. terkejut Aunie apabila tangannya di tarik oleh Rayyan ..
"Rayyan nak makan dengan Kakak Aunie ke ??"
Tanya Puan Radya kepada anaknya yang mahu Aunie menemaninya untuk makan .. Rayyan hanya menganggukkan kepalanya dengan pertanyaan mamanya & masih lagi menarik tangan Aunie untuk menemaninya pergi mengambil makanan di Buffet side ..
Radyiah hanya tersenyum lebar melihat gelagat anaknya sambil meminta agar Aunie menemani Rayyan untuk mengambil makanan diĀ Buffet side .. melihat gelagat Rayyan yang masih menarik-narik tangannya .. Aunie terpaksa melayankan sahaja permintaan Rayyan & menuju ke Buffet side ..
.........................................................................
Matanya dikecilkan untuk lebih fokus melihat wajah seorang gadis yang kelihatan seperti familiar baginya .. habis berkerut-kerut dahinya tatkala cuba untuk mengingat & melihat wajah gadis yang berada di hadapan pintu utama Hall itu ..
" Macam pernah nampak perempuan nie .. tapi kat mana ek ??"
Soal hati kecil Rayqal yang masih lagii sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis minum petang bersama anak-anak yatim di dalam Hall Utama itu tetapi matanya pula tertangkap dengan kelibat wajah seorang gadis yang berdiri sendirian di hadapan pintu utama Hall itu sambil matanya liar melihat sekeliling di dalamnya ..
Ketika itu Rayqal berada di meja makan utama bersama papanya iaitu Datuk Rizqy & mamanya Datin Aida bersama dengan tetamu-tetamu VVIP yg turut hadir di majlis mereka pada petang itu .. disebabkan jarak yang agak jauh itulah yg menyebabkan penglihatannya terhadap kelibat gadis itu agak terhad. Sekilas sahaja kelibat gadis tersebut tiba tiba menghilang dari pandangan matanya ..
Share this novel