4

Romance Series 15176

Tut tut tut ~~

" Oii makcik !! Daa puas daa ker ko roaming 1 hotel nie ?? Kau kat mana ?? Daa jomm balik sekarang .. aku daa settle daa dengan client aku nie .."

Kata Zack selepas Aunie menyambut panggilan darinya ..

Aunie terpaksa meninggalkan Rayyan yang sedang menikmati makanan nya sendiri dengan meminta bantuan seorang pekerja disitu untuk menemaninya makan selepas menerima panggilan daripada Zack ..

"Rayyan .. kakak kena pergi dulu yer sayang .. sebab kakak ada urusan nak kena buat .. jumpa lagii yer sayang .."

.........................................................................

" Apa semua nie ??"

Bertaburan kertas-kertas yang dicampak oleh Rayqal di hadapan 2 orang pekerjanya itu ..

"Maaf Tuan Rayqal .. tapi kami daa berunding dengan wakil daripada pihak syarikat pembangunan di Singapore tu untuk dapatkan harga bahan yang terbaik untuk projek pembangunan hotel baru kita di Singapore tu .. tapi mereka tak dapat nak bagi kat kita harga bahan pembangunan mengikut budgeting yg kita daa buat .."

Jelas salah seorang pekerja di hadapan Rayqal .. Meja di hadapannya di tumbuk kuat oleh Rayqal tanda dia marah & tidak berpuas hati dengan jawapan yg diberikan oleh pekerjanya itu ..

"Tak kan benda macam nie pun korang tak boleh nak settle !! Saya bayar gaji uolls semua bukan utk dengar jawapan basi yg macam korang bagi tu !! Lebih baik korang semua settle kan & handle benda nie dengan baik .. sebelum saya pecat awak berdua !! Fahamm !!??"

Tengking Rayqal kepada 2 orang pekerjanya itu sehingga suaranya menengking itu habis kedengaran hampir 1 office ..

Sikap Rayqal yg panas baran itulah perkara yg paling ditakuti oleh para pekerjanya .. jika ada perkara yg tidak sempurna di lakukan oleh pekerjanya .. bersiap sedia lahh mereka untuk melihat boss mereka naik hantu ... pasti akan bergegar 1 office itu dengan suara maki hamunnya ... sehingga para pekerjanyaa di situ memberi gelaran DBG (Devil Boss Gilaa) kepada Rayqal ..

"Baik boss .. kami akan cuba lagii"

Jawab seorang lagii pekerja di hadapan Rayqal .. mereka terus segera keluar sebelum hantu boss mereka itu datang merasukinya kembali ..

Begitulaa seorang Rayqal Adrian .. selagi dia tidak dapat apa yg dia mahukan .. selagii itulah dia akan terus berusaha sehingga dia berjaya mendapatkan apa yg dia mahukan. Rutin hariannya setiap hari adalah sentiasa sama .. 

Dia akan masuk bekerja di dalam officenya tepat pukul 8 pagi & selalunya dia akan bekerja sehingga larut malam .. bagi rakan-rakan yang seusia dengannya semestinya sekarang kebanyakan mereka masing-masing sudah berumah tangga & mempunyai anak-anak yg comel .. tetapi berlainan pula dengan Rayqal .. bagi Rayqal , pekerjaan nya adalah jauh lebih penting dari segalanya .. bukan dia tidak pernah berkasih dengan mana-mana wanita sebelum ini .. tetapi kebanyakan mereka tidak tahan dengan perangai Rayqal yang membosankan mereka & tidak memperdulikan mereka selain daripada pekerjaannya ..

Bak kata orang, Rayqal Adrian nie memang orang yg sangat laa workaholic .. Mama dan papanya juga sentiasa mengkhawatirkan keadaan Rayqal yang sudah meningkat usia 28 tahun ini & mereka sentiasa meminta Rayqal mencarikan mereka bakal menantu .. tetapi Rayqal sentiasa mengendahkan sahaja permintaan kedua orang tuanya & hanya fokus dengan pekerjaannya menguruskan hotel perniagaan keluarganya ini.

.........................................................................

Throwback 2 minggu yg lalu ~~

Langkah nya berat sekali untuk berjalan pergi meninggalkan tanah perkuburan itu .. selepas selesai membersihkan sedikit perkuburan itu & membacakan surah Yassin ke atas arwah ..

Tan Sri Ridzal melangkah pergi dengan pandangan sayu meninggalkan tanah perkuburan arwah isterinya iaitu Puan Sri Rohaida yg telah 10 tahun pergi meninggalkannya dahulu ..

Itulah yang akan di lakukan oleh Tan Sri Ridzal seringkali apabila dia merasa rindu akan arwah isteri kesayangannya .. Dia akan pergi keluar senyap-senyap dari rumah bersendirian tanpa membawa seorang pun pekerja atau pemandunya keluar ..

Seringkali tingkahnya ini pernah tertangkap dengan anak lelakinya iaitu Datuk Rizky apabila dia ingin keluar rumah bersendirian tanpa seorang pekerja .. tetapi tetap jugak dia melakukan perkara ini secara sembunyi dari pengetahuan anak-anaknya kerna dia suka bebas keluar bersendirian tanpa orang lain untuk menziarah tanah perkuburan arwah isterinya supaya dia dapat merasakan keberadaan arwah isterinya setiap kali dia datang menziarahi kubur isterinya sendiri ..

Tan Sri Ridzal akan mengenakan pakaian biasa iaitu berbaju kemaja kosong yang panjang berwarna putih serta berseluar hitam & membawa tongkatnya itu ketika dia ingin keluar menziarahi kubur arwah isterinya.

Selepas dia selesai menziarahi kuburan isterinya .. Tan Sri Ridzal berjalan santai dengan langkah yang perlahan seorang diri dengan memakai tongkatnya di tangan menuju ke stesen LRT yg tidak kurang jauh dari tapak perkuburan islam itu.

Walaupun usia Tan Sri Ridzal sudah mencecah 80 tahun .. tetapi penglihatan nya masih bagus & jelas .. kakinya masih kuat berjalan & badannya masih sihat lagii .. fizikalnya juga masih kuat ..

Di stesen LRT ..

Train LRT menuju ke Ampang telah tiba .. kakinya melangkah masuk ke dalam train bersama dengan penumpang yang lain .. keadaan train pada ketika itu agak ramai sehingga banyak penumpang yang terpaksa berdiri & agak bersesak-sesak sedikit dengan keadaan penumpang yang agak pack ..

Ketika berada di dalam train tersebut ... para penumpang yang duduk tidak ada yang mahu mengendahkan dgn keadaan Tan Sri Ridzal yang berada di dalam kategori Warga Emas & menawarkan tempat duduk mereka kepadanya kerana mereka terlalu sibuk & khusyuk dengan handphone mereka masing-masing sehinggakan Tan Sri Ridzak terpaksa berdiri bersama dengan penumpang yg lain ..

Pada ketika itu .. Tan Sri Ridzal memandang sebuah susuk badan seorang gadis yang kepalanya sedang terhuyung-hayang ke kiri & ke kanan sedang duduk di bahagian seat hujung sekali kerna tertidur sehingga rambutnya sudah seperti tidak terurus .. gelagat gadis itu telah mencuit hati Tan Sri Ridzal yang melihatnya ...

Gadis itu kelihatan comel sahaja dengan ikatan rambutnya yg terlepas ketika kepalanya bergerak menyikut rentak perjalanan train tersebut sambil mulutnya agak terbuka sedikit seperti orang yg sangat kepenatan semasa tidur ..

Semasa train tersebut tiba-tiba berhenti di stesen .. gadis itu tiba-tiba tersedar dari tidurnya akibat hentakan berhenti yang berlaku mengakibatkan kepalanya agak terhentak sedikit pada penghadang seat hujung itu ..

"Aduhh ... kepala aku !!"

Kata gadis itu sambil menyapu kepalanya yang terkena hentakan itu .. melihat telatah itu .. Tan Sri Ridzal kedengaran agak tertawa kecil sedikit dengan gelatah gadis tersebut ...

Sedar dari tidurnya .. gadis tersebut melihat kelibat Tan Sri Ridzal yang sedang berdiri dalam kesesakan penumpang di dalam train tersebut. Tak berfikir panjang .. terus gadis itu bangun dan memegang lengan Tan Sri Ridzal untuk membawanya duduk di tempat duduknya ..

"Ehh .. Atok jemputlah duduk yee kat tempat saya nie"

Pelawa gadis itu kepada Tan Sri Ridzal ..

"Takpe cu .. Atok okey jer berdiri nie" ..

Kata Tan Sri Ridzal kepada gadis tersebut kerana dia berasa serba salah untuk duduk di tempat duduk nya itu kerana gadis itu baru tersedar dari tidurnya.

"Mana boleh Tokk .. Atok kena duduk sebab tempat duduk tu memang untuk Atok ??"

Tegas gadis itu sambil meminta Tan Sri Ridzal duduk di tempatnya. Gadis itu berdiri di hadapan Tan Sri Ridzal setelah tempat duduknya diambil ..

"Terima kasih yaa cuu .."

Ucap Tan Sri Ridzal kepada gadis itu tanda dia bersyukur kerana selama dia berada di dalam train itu & sudah melalui 3 buah stesen .. tiada seorang pun penumpang yang mahu bangun menawarkan tempat duduk kepadanya .. hanya gadis itu sahaja yang terus bangun dari tempat duduknya setelah melihat Tan Sri Ridzal yang sedang berdiri.

Stesen berikutnya Ampang !!
Next station Ampang !!

Pengumuman untuk station Ampang telah kedengaran .. Tan Sri Ridzal bersiap sedia untuk turun ke station itu.

Setibanya di Stesen Ampang, Tan Sri Ridzal berjalan keluar dari pintu train & menuju keluar dari stesen itu. Sebuah teksi di tahan oleh Tan Sri Ridzal & dia menaikinya untuk menuju pulang ke rumahnya ..

Ketika dalam perjalanan menuju pulang .. Tan Sri Ridzal mahu mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar nya yang sebelah kanan .. tetapi sepertinya handphone nya seperti tiada .. poket sebelah kirinya pula di periksa tetap sama handphone nya tetap tiada .. bila dia menyentuh poket bahagian belakang seluarnya juga .. alangnya terkejutnya dia bila mendapati bahawa dompetnya juga sudah tiada ..

Selepas itu baru dia teringat bahawa besar kemungkinan handphone & dompetnya telah di ambil oleh penyelup saku ketika dia sedang berdiri di dalam train tadi di kalangan penumpang yang ramai ..

Meter teksi terus meningkat naik & perjalanan menuju rumahnya juga masih lagii jauh .. jika dia pulang & meminta bayaran teksi daripada orang-orang di rumahnya .. pastinya dia akan kantoi & di bebel oleh anak cucunya atas kedengilannya yg masih keluar bersendirian secara sembunyi-sembunyi tanpa membawa seorang pekerja .. mahu tak mahu Tan Sri Ridzal terpaksa meminta pemandu teksi tersebut untuk berhenti kerana dia tidak mempunyai sesen pun wang untuk tambangnya ..

" Maaf yee Encik .. boleh tak Encik tolong turunkan saya sekarang sebab saya tak boleh nak bayar duit tambang teksi Encik nie sebab baru saya perasan yang dompet dgn hp saya daa hilang masa dalam train tadi ??"

Pinta Tan Sri Ridzal kpd pemandu teksi tersebut .. alangnya terkejut & marahnya pemandu teksi yg dalam anggaran usianya sekitar awal 30-an itu apabila mengetahui orang tua yg menjadi penumpangnya itu rupanya tiada duit .. terus teksinya diberhentikan di tengah jalan & menghalau keluar orang tua itu keluar dari dalam teksinya

"Keluar kau orang tua .. menyusahkan orang jer .. daa tahu takde duit tu tak payah laa berlagak nak naik teksi !! "

Tan Sri Ridzal di tinggalkan sendirian di tengah-tengah divider jalan setelah diherat keluar oleh pemandu teksi yg tidak bertimbang rasa itu tadi ..

Bertapa terkilannya hati orang tua itu apabila di perlakukan dan ditinggalkan sendirian di tengah-tengah jalan oleh pemandu teksi muda itu .. mujur saja jalanraya disitu agak lengang & tidak banyak kenderaan lalu .. sekarang Tan Sri Ridzal hanya perlu melintas ke seberang dari divider jalan itu sahaja untuk meneruskan perjalanannya menuju rumah.

Ketika sedang melintas jalan mahu sampai ke seberang jalan .. tiba-tiba ada sebuah motor yang agak laju ditunggang oleh seorang penunggang motor lelaki remaja &  hampir melanggar Tan Sri Ridzal yg sedang melintas jalan mengakibatkan Tan Sri Ridzal terjatuh melutut gara-gara cuba mengelak di langgar oleh penunggang motor tersebut.

Melihat keadaan orang tua itu yang terjatuh melutut di tepi jalan .. membuatkan remaja yg menunggang motor itu cemas & terus sahaja memecut laju motornya meninggalkan orang tua itu kerana bimbang akan ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menunggang motor secara merbahaya.

Tan Sri Ridzal cuba menjerit untuk meminta pertolongan dari situ .. tetapi malangnya penglihatan matanya pula makin kabur kerana sepertinya dia mahu pitam setelah terjatuh melutut di tepi jalanraya itu dan akhirnya penglihatannya terus gelap ...

Penglihatannya yang gelap kini mulai terang & tatkala dia membuka mata .. siling & lampu terang yg nampaknya agak kurang familiar membuatkan dahi Tan Sri Ridzal berkerut kerana terkejut dgn keadaan tersebut.

Apabila dia menoleh kesebelah kanannya .. dia melihat  seperti ada seorang gadis yg sedang tidur di tepi katilnya dan seperti sedang menunggunya sedar. Susuk badan itu seperti dia pernah nampak sebelumnya tetapi dia tidak pasti di mana ..

Tiba-tiba gadis itu mengangkat kepalanya & menyelak helaian rambutnya ketepi telinganya selepas tersedar lagii dari tidurnya di tepi katil Tan Sri Ridzal ..

Alangkah terkejutnya Tan Sri Ridzal  apabila melihat itu adalah gadis yg sama ditemuinya membantunya memberi tempat duduk kepadanya semasa di dlm train tadii ..

"Kenapa budak nie ada dekat sini ??"

Soal hati kecil Tan Sri Ridzal tatkala gadis itu menyedari akan dirinya yang baru tersedar dari pengsan ..

Anak mata Tan Sri Ridzal jugak masih liar memandang suasana sekeliling nya kerana dia tidak tahu sekarang dia ada di mana .. apa yang ada di ingatannya cuma dia telah jatuh melutut ditepi jalanraya tadi kerna hampir di langgar motor.

"Atok daa bangun ??"

Soal gadis itu yg kelihatan teruja melihatnya tersedar .. gadis itu terus bangun dari duduknya & terus lari mendapatkan seorang doktor kepadanya.

Doktor memeriksa anak mata & tekanan darah Tan Sri Ridzal & memberi tahu sesuatu kepada gadis itu

"Sekarang Cik tak payah risau daa yee sebab Atok Cik daa sedar & daa boleh discharge kejap lagii .. nasib baik Cik cepat bawak Atok Cik nie ke Wad Kecemasan nie .. kalau tak .. tak tahu apa jadi??"

Kata doktor yg telah selesai memeriksa Tan Sri Ridzal .. kelihatan air muka kegembiraan di muka gadis itu & dia sangat berterima kasih kepada doktor tersebut ..

"Encik .. kejap lagii Encik daa boleh dicharge dari hospital nie & luka-luka Encik yang berdarah di lutut tadi tu Nurse daa tolong bersihkan .. kesian saya tengok muka cucu Encik nie tadi time dia datang kelam kabut bawak Encik ke Wab kecemasan .. siap nak marah lagii staff yg tak nak bawak dulu Encik jumpa dengan doktor taw sebab dia risau sangat dengan keadaan Encik tadi .. beruntung Encik dapat cucu yg prihatin & baik macam dia nie ??"

Terang doktor yg telah merawat Tan Sri Ridzal itu tentang bagaimana gadis itu sedaya upaya telah membantunya tadi .. tidak lama kemudian, doktor itu berlalu meninggalkan mereka berdua di katil tempat Tan Sri Ridzal di rawat.

Gadis itu datang mendekati Tan Sri Ridzal dengan mukanya yg seperti agak bersalah dan berkata ..

"Atok .. saya mintak maaf sangat-sangat dengan Atok sebab saya terpaksa menipu masa nak daftar pesakit kat kaunter tadi .. saya terpaksa menipu yang Atok nie adalah Atok saya supaya Atok boleh terima rawatan segera tadi .. sebab saya tak jumpa dompet Atok atau apa-apa kad yang menunjukkan identiti diri Atok ?? "

Kata gadis itu kepada Tan Sri Ridzal .. bertapa bersyukurnya Tan Sri Ridzal dapat ditemukan lagii dengan gadis baik sepertinya .. jika bukan disebabkan berkat pertolongan gadis tersebut .. mungkin dia sudah tidak boleh bangun seperti itu lagi ..

Tan Sri Ridzal tersenyum gembira melihat air muka gadis itu yg kelihatan comel dengan rasa serba salah nya kerana terpaksa menipu ..

"Takpe cu .. Atok gembira sangat sebab cucu Atok nie daa tolong bawak Atok ke hospital .. terima kasih banyak-banyak yee cuu .."

Air muka gadis itu terus bertukar berubah menjadi lega apabila Tan Sri Ridzal tidak memarahinya kerana telah menipu tadi ...

"Jomm saya tolong Atok bersiap-siap yee .. lepastu kita discharge & saya hantar Atok balik yee ??"

Jelas gadis itu sambil membantu Tan Sri Ridzal bersiap & bangun dari katilnya menuju kaunter bayaran dengan menggunakan wheelchair hospital.

Semua charge perubatan Tan Sri Ridzal di bayar semua oleh gadis tersebut & selepas itu dia menolak wheelchair Tan Sri Ridzal menuju ke luar hospital untuk menunggu teksi.

Semasa sebuah teksi telah datang , gadis itu cuba membantu Tan Sri Ridzal masuk ke dalam teksi tersebut kerana dia ingin menghantarnya pulang ke rumah .. akan tetapi Tan Sri Ridzal pula menolak bantuan gadis itu menghantarnya sampai kerumah .. tetapi dia malah meminta bantuan lain sahaja kepada gadis tersebut ..

"Cuu .. Atok rasa cucu Atok nie tak payah laa susah-susah nak hantar Atok sampai rumah Atok .. Atok boleh balik sendiri dgn teksi .. tapi boleh tak kalau Atok nak mintak tolong bagi balik resit bayaran hospital Atok dgn duit tambang teksi sedikit dekat cucu Atok nie .. nanti balik rumah Atok akan bayar balik yee cuu "

Pinta Tan Sri Ridzal kepada gadis tersebut kerana tidak mahu lagi menyusahkan diri gadis tersebut .. lagian dia tidak mau jika ketahuan akan kejadian yg menimpanya hari ini kepada anak cucunya jika mereka melihat gadis ini menghantarnya sampai kerumah ..

"Ehh .. takpe laa Atok .. saya ikhlas sangat tolong Atok hari nie & pasal tambang teksi nie .. Atok masuk jer dalam teksi nie & saya akan bayarkan tambang teksi Atok kat driver kalau Atok taknak saya hantar sampai rumah .. Atok tak payah susah-susah nak bayar balik kat saya .. saya ikhlas mungkin hari nie hari saya bantu orang .. mana tahu besok lusa saya susah .. ada orang lain pulak yg dapat tolong saya kan .. Atok hati-hati yee balik rumah & insya allah ada rezeki kita jumpa lagii "

Kata gadis itu sambil menutupkan pintu teksi Tan Sri Ridzal & memberikan wang tambang teksi terus kepada driver teksi tersebut ..

Sebelum teksi Tan Sri Ridzal bergerak jalan .. Tan Sri Ridzal sempat mengeluarkan sebuah kotak usang dripada kocek baju kemejanya & diberikan kepada gadis tersebut .. belum sempat gadis itu untuk menanyakan kotak apakah itu .. Tan Sri Ridzal terus menyuruh driver teksi tersebut bergerak meninggalkan gadis itu yang terpinga-pinga sendiri ditepi hentian teksi hospital itu ..

Bersambung .....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience