2

Romance Series 15176

Di pejabat ...

"Haii uolss ... good morning ~~ ... sorry wehh lambat sikit breakfast korg sampai hari nie .. kelam kabut aku bungkuskan order korang tadi .. " kata Aunie selepas mengah berlari-lari anak masuk ke dalam office nya sambil membawa beberapa bungkusan pesanan Nasi Lemak & Bihun goreng yang di pesan oleh teman sepejabatnya untuk sarapan pagi mereka.

"Kau nie kan Aunie buat kitaorang nie semua dlm office rasa kebuluran daa taww tunggu ko bawak breakfast kitaorang " kata Zack kpd Aunie iaitu salah seorang teman sepejabatnya yg berkarekter agak lembut-lembut ala-ala Nyahh gituu.

"Daa ... cepat semua kumpul kat Pantry kita makan breakfast kita sebelum boss masuk " kata Zaza iaitu seorang lagi teman rapat Aunie di dlm office nya itu.

Setiap hari Aunie akan mengambil pesanan untuk sarapan daripada teman-teman sepejabatnya untuk membantu jualan Nasi Lemak ibunya & teman-teman sepejabatnya jugak akan memesan menu yg sama kepada Aunie kerana mereka sangat suka dengan rasa masakan Macik Nur yg simple tapi rasanya memang susah dilupakan .. hehehehee ~~

Begitulah rutin harian Aunie .. dia bekerja di dlm Marketing team  disebuah syarikat kecil yg membekalkan alat-alatan Hospital.

Setiap hari dia akan membawakan makanan sarapan  pagi kepada rakan sepejabatnya & dia juga akan membawa bekal makanan dari rumahnya untuk sarapan & makan tengaharinya kerana baginya adalah sangat penting untuk sentiasa berjimat demi kepentingan keluarganya.

Jika hari-hari biasa .. Aunie akan bekerja di pejabatnya sambil membawa Nasi Lemak untuk dijualkan kepada rakan sepejabatnya ... jika hari minggu pula Aunie akan membantu ibunya membuka gerai Nasi Lemak kerana itulah rutin hariannya sejak dia berada di bangku sekolah lagii & punca pencarian rezeki mereka sekeluarga .. sewaktu di bangku sekolah juga Aunie sering membawa Nasi Lemak & menjualnya kepada guru-gurunya di sekolah .. sehinggakan Aunie sentiasa menanamkan niat & angan-angan di hatinya untuk membukakan sebuah restoran untuk ibunya & mempunyai beberapa orang pekerja.

" Lepas habis breakfast nie .. kau ada keluar pegi mana-mana tak Aunie " tanya Zack yg sedang sibuk mengunyah Nasi Lemak telur matanya.

" Aah .. aku nak keluar pegi hantar stock barang yg Sister Hospital Pakar An-Nur tu daa order  semalam.. kenapa ?? Ko nak teman aku ker ?? " jawab Aunie sambil sama menguyah sarapan paginya ..

"Owhh sama laa .. kalau macam tu kita gerak sama-sama jelaa... boleh saving minyak kereta sebab aku pun ada nak jumpa client dekat Hotel Bangi berhampiran situ .. so lepas aku teman ko hantar stock kat Sister tu .. ko pulak kena teman aku jumpa client aku .. okey .." kata Zack yg memberi cadangan kepada Aunie ..

" Okey babe .. good idea .. aku ON jer " kata Aunie yg bersetuju dengan cadangan Zack itu.

.........................................................................

Setelah selesai meeting bersama Marketing Team .. Rayqal segera bergegas keluar dari bilik mesyuarat & turun ke hadapan Lobi hotel untuk pergi ke Hotel nya yang terletak di Bangi untuk schadule nya yang seterusnya iaitu menghadiri Majlis minum petang bersama Anak-anak yatim dari Yayasan Al-Rahim pada pukul 4 petang pula.

Helmi bersiul-siul dgn santai sambil setia menunggu ketibaan boss nya iaitu Rayqal di hadapan lobi hotel sambil bersandar pada pintu kereta. Setelah terlihat kelibat Rayqal yg baru keluar dari perut pintu lif di lobi utama hotel itu .. Helmi terus membetulkan pakaiannya & membukakan pintu kereta setelah Rayqal tiba di hadapan keretanya. Enjin kereta dibunyikan & mereka menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Hotel Bangi pulaa ..

" Boss .. baju yg Boss akan pakai kejap lagi utk Majlis Minum petang tu daa siap .. ada kat bahagian seat sebelah boss .. nanti sampai hotel boss terus pegi salin laa pakaian tu kat dalam bilik persalinan sebelum majlis start "  kata Helmi yang sedang memandu kereta sambil anak matanya memandang Rayqal yang duduk di seat belakang melalui cermin tengah kereta mereka.

" Hurmmm ..." jawapan ringkas dari Rayqal sambil melihat set pakaiannya yang kemas tergantung di seat sebelahnya ..

.........................................................................

Selepas menghantar stock barang hospital yang di pesan oleh Sister di Hospital Pakar An-Nur itu .. Aunie & Zack terus bergegas pula ke Hotel Bangi untuk bertemu dengan seorang client Zack yang ingin bertemunya di sana.

" Kenapa client ko nak jumpa kat Hotel pulak ?? " tanya Aunie kpd Zack yang sedang memandu keretanya sambil mencari tempat parking kereta setibanya mereka di parking lot hotel tersebut.

" Owhh ... sebab client aq nie keje kat dalam hotel nie & dia nak tengok sample produk kita untuk mak dia yang baru lepas buat operation .. so aku nak kena tunjuk & terangkan cara pemakaian produk kita nie kat dia sebab time nie jer dia ada masa " terang Zack kpd Aunie.

Aunie & Zack menuju ke restoran yang ada di dalam Hotel tersebut untuk menunggu client yg mereka hendak temui di sana.

" Wehh Zack ... aku nak pegi toilet dulu lahh .. tapi kalau agak-agak aku tak muncul-muncul tu .. ko harap maklum laa yer " kata Aunie yg tersengeh-sengeh   macam kerang busuk kepada Zack sambil memakai beg silangnya bangun dari kerusi di restoran hotel itu.

" Hurmmm ... aku dah tahu daa kau .. kalau daa acah-acah kononn nak pegi toilet tu .. tentu lepas tu kau sibuk gedik nak pegi roaming kat satu hotel nie kan .. aku daa masak betul daa dengan kau nie Aunie" perli Zack yang paham sangat dengan perangai Aunie kerana dia tahu kalau setiap kali dia ada bertemu dengan client nya & membawa Aunie bersama .. pasti Aunie akan meninggalkannya bersama client nya untuk memberi ruang kepadanya membuat closed sale.

"  Hahahahaaa ~~ ... tau takpe .. alaa nanti kau call jelaa aku kalau kau daa settle dengan client kau .. nanti aku datang laa kat kau balik " kata Aunie sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Zack yg paham sangat dengan perangainya .. dia bersyukur & gembira sekali mempunyai seorang rakan kerja seperti Zack yg sangat memahami nya & jugak masuk air dengan orang sepertinya ..

........................................................................

Rayqal bergegas menuju ke ruang persalinan khas bagi mengganti baju nya yg akan dipakai pada Majlis minum petang di Hall utama hotelnya itu bersama Anak-anak yatim dari Yayasan Al-Rahim yang sudah tiba & hanya menunggu majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Rizky & Rayqal selaku pihak penaja bagi majlis pada petang itu.

Tiba-tiba kelibat seorang gadis yang seakan sedang mencari-cari sesuatu telah mencuri pandangan Rayqal yg sedang bergegas ke ruang persalinannya. Gadis tersebut kelihatan seperti sedang keliru & kelam kabut mencari sesuatu. Tanpa sebab, Rayqal terus ke arah gadis tersebut.

" Mana toilet hotel nie ?? Berpusing-pusing daa aku duk cari nie .. signboard pun takde .. aku kat tingkat berapa sekarang nie pun aku tak tahu !!" bebel Aunie sendiri yg dari tadi mencari toilet di hotel itu tapi masih tidak di temui ...

" Maaf Cik .. Cik ada masalah ke yg boleh saya bantu ?? " kata Rayqal sopan kepada gadis tersebut untuk mencari tahu apa yang membuatkan air muka gadis tersebut seperti tidak keruan & agak kelam kabut seperti mencari sesuatu.

Baginya sebagai pemilik hotel tersebut .. pelanggan merupakan keutamaannya & dia akan memberikan layanan & service yg terbaik utk semua pelanggan nya walaupun sebenarnya dia merupakan seorang yg berhati dingin & tidak suka mempedulikan orang lain .. tetapi jika orang itu adalah pelanggan hotel nya .. sudah pasti dia akan melayaninya dengan sehabis baik.

" Owhh ... awak staff kat hotel nie ke ?? Nie saya dari tadi duk cari toilet kat hotel nie .. tapi tak jumpa-jumpa .. daripada tadi lagii saya duk menahan nie !! " kata Aunie direct tanpa berkias-kias kepada seorang staff hotel yg menegurnya.

Muka Aunie memang sudah seperti muka orang yg betul-betul tak boleh tahan nak membuang & air mukanya benar-benar dah tak boleh nak di cover daa sebab mana tidaknya ... daa 3 botol air yang dia minumnya sejak dari office nya lagii dengan keadaan sejuk aircon di dalam hotel itu pula betul-betul membuatkan dia perlu ke tandas jugak !!

" Owhh .. Cik cari toilet ker ?? Cik kena turun di tingkat bawah nie & jalan terus sampai ke hujung lepas keluar dari lif nie .. kat situ ada toilet nya Cik " terang Rayqal iaitu orang yg di anggap sebagai staff biasa oleh gadis yg ditegurnya itu. Sekarang baru dia tahu kenapa gadis tersebut seperti tidak keruan lagak nya.

" WHATT !!! NO NO NO ... please awak boleh tak tunjuk kan saya toilet yg paling terdekat dari sini ... toilet lelaki pun toilet lelaki laa ... saya rempuh jer masuk sebab sekarang nie saya betul-betul daa tak tahan sangat daa nie .. awak jangan sampai saya terkucil kat sini ... " pinta gadis tersebut sehingga membuatkan Rayqal tidak sampai hati melihatnya menahan rasa ingin menunaikan hajat nya itu.

Tanpa membuang masa, Rayqal terus membawa gadis tersebut & membuka pintu ruangan khas persalinan nya yang tidak jauh dari tempat mereka berada kepada gadis tersebut kerana di dalam ruangan tersebut adalah seperti sebuah bilik hotel yg biasa nya khas digunakan oleh Rayqal & keluarganya jika mereka datang mengunjungi hotel tersebut kerana ianya merupakan salah satu hotel milik keluarganya. Rayqal membenarkan gadis tersebut menggunakan toilet yg ada di dalam bilik itu .

Tanpa sebab .. terukir sedikit senyuman & Rayqal sedikit tergelak melihat telatah gadis tersebut kelam kabut berlari menuju ke pintu toilet di dalam bilik itu.

"Kelakar betul perempuan nie .. muka tu tak boleh nak cover elok sikit ker kalau iyaa pun tak tahan nk jumpa toilet "  kata Rayqal yg bermonolog sendiri sambil menggeleng kepala melihat telatah gadis tersebut.

" Hufttt .. legaa pun ~~"
Akhirnya setelah selesai .. Aunie keluar dari toilet & bertembung dgn staff lelaki yg membawanya menggunakan toilet disitu ..

"Excuse me .. thanks yaa daa tolong saya .. by the way cantik jugak ek public toilet kat hotel nie .. bagus bagus .. saya suka saya suka .. heheheheee ~~ .. owhh tentu awak tengah busy kan nak hantarkan baju tu kat bilik pelanggan hotel nie ... hurmm~ kalau macam tu saya mintak diri dulu yee .. sorry ganggu awak kejee ... thanks ek ??" Aunie terus melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan staff lelaki tersebut dan mencari lif untuk turun ke tingkat bawah.

Rayqal terpaku & tergamam mendengar kata-kata gadis tersebut tatkala gadis itu telah menyangka bahawa dia cuma seorang staff bawahan yang hanya bekerja untuk menghantar pakaian kepada pelanggan hotelnya... Mana tidaknya .. gadis itu tentu menyangka set baju yang kemas tergantung di dalam cover beg pakaian yg di pegang oleh Rayqal itu mesti milik salah seorang pelanggan di hotel itu ... di tambah pula dengan baju kemeja putih & tali leher berwarna hitam yg dipakai oleh Rayqal dari office hari ini lagi menampakkan seperti dia adalah pekerja bawahan di hotel itu. Rayqal terus memerhatikan langkah gadis itu keluar dengan selambanya dari ruangan bilik persalinan khas nya tanpa menoleh semula kearahnya yg terkedu melihatnya ..

" Haa !! Dia cakap toilet bilik aku nie macam public toilet dia kata .. toilet aku tu punya laa mewah siap ada jakuzi bagaii .. dia boleh kata nie public toilet !! Yang tak boleh blah nyaa .. boleh-bolehnya perempuan tu kata aku nie staff keje sini .. rupa aku ada macam muka room service ker sampai dia cakap macam tu.." bebel Rayqal yg tidak berpuas hati dengan kata-kata gadis tadi sambil menuju ke arah sebuah cermin besar di dalam bilik nya .. Rayqal tergelak kecil tatkala melihat dirinya di hadapan cermin itu ..

" Patutlaa perempuan tu ingat aku room service" kata Rayqal yg baru menyedari penampilannya yg agak tidak terurus sedikit kerana sepanjang hari ini dia terlalu sibuk dengan schedule nya yang agak pack itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience