Bab 3

Horror & Thriller Series 1634

Fitri bergegas turun dari biliknya selepas mendengar ketukan pintu di tingkat bawah"sekejap"katanya selepas mendengar ketukan semakin kuat."tercabut jugak pintu bapak aku tu"

Fitri membuka pintu langsung rizal memasukinya seperti dikejar hantu."kau dah bagi tahu"

"Dah"nafas rizal turun naik dengar pantas.

"Kau kenapa,nak mampos ke apa"

"Bapak dia.Seram,seram"jantungnya masih berdegup laju.

"Siapa?bapak wilma"

Rizal menganguk

"Kan aku dah kata,mana lisa wilma"

"Kemas baju"

"Bapak dia bagi!"

Rizal menganguk sekali lagi."aku tak bernafas kau tahu masa cakap dengan bapak dia.tak senyum."

"Bapak dia memang macam tu,murung..."

"Kau dah kemas baju ke"

"Dah,bila kita gerak ni"

"Pukul 12 jadi pagi sampai"

"Kau okey ke pandu malam-malam,jalan licin,sekarang musim hujan bro"

"Aku okey,aku okey."kata rizal dalam kepenatan

Hujan mula turun dengan perlahan,wilma mengengam tangan lisa naik ke kereta manakala fitri pula sibuk mengeluarkan bagasinya dari rumah lalu mengunci pintu rumahnya.Memandangkan sejak dua menjak ini rompakan sering terjadi dia harus memastikan yang rumahnya dalam tahap keselamatan yang tinggi.

"Lisa teriak abang awak supaya laju sikit boleh"

"Tak boleh,lisa mengantuk lah abang rizal"

"Kasihan adik abang,tidurlah sayang,nanti kitaorang kejut kalau sampai."

Tanpa berkata banyak lisa baring di riba wilma dan fitri pula siap untuk memulakan perjalanan."okey sedia"

"hujan dah turun so apa lagi let's go"Dengan ucapan bismillah mereka memulakan perjalanan dimalam hari yang dingin.

Wilma lena begitu juga lisa dan fitri sudah mulai layu dalam perjalanan yang sudah jauh dari kawasa perumahan mereka.

"kau nak drive terus ke atau..."

"Ya aku drive sampai kundasang kau rehatla."

"Takpa ni"

"Tak...aku okey"beritahu rizal yang mula menguap lebar.

"Jangan lupa kalau penat betul berhenti.Pahala aku masih sikit bro."

"Okey..."

Fitri membiarkan rizal ditemani radio inggeris yang dari tadi memainkan muzik hit terkini.

"Bangun!bangun!"Fitri merasakan ada sesuatu dalam mimpinya yang menyuru agar dia bangun kembali ke alam realiti.Dia enggan tapi ketika bisikkan itu menerja dia terjaga dengan cemas.

Kereta tak berjalan dan sedang berhenti di tmepat letak kereta sebuah stesen minyak.arghhh mana rizal ni.

Disebabkan tulang temulangnya begitu derita kerana sudah sejam duduk dalam kereta dia mengambil keputusan untuk keluar meregangkan badan sementara menunggu rizal yang hilang entah ke mana.

Lisa masih nyeyak baring dalam pelukan wilma di tempat duduk belakang yang sudah menjadi katil buat mereka berdua.

fitri melirik jam tanganya pukul 2 pagi.Dia menunggu,berjalan Kehulu-kehilir lebih 10 kali rizal masih belum muncul fitri mula risau dan bergerak mencari kawanya itu.

"Rizal,kau kat dalam tak"tanya fitri yang sedang berdiri di hadapan pintu tandas lelaki.

"Bukan rizal"salah seorang memberitahu dari dalam.

"Oh sorry"

"Okay"

Fitri terus melirik di setiap arah.Manalah agaknya si bendul ini pergi,fitri kembali ke kereta dan rizal masih belum memunculkan dirinya.

Arhhh.fitri melihat ke dalam kedai jualan stesen minyak itu mencari-cari jika ada kelibat rizal tetapi hampah.Sosok tubuh yang dicarinya juga tiada dalam kedai tersebut

"Rizal!"teriak fitri.

Siapa pulak culik dia ni...Aduii..nak kata dia banyak duit tak la banyak sangat.Duit mamak dia jugak dia rembat."rizal..rizal"panggil fitri sekali lagi.

Fitri masuk dalam kereta ketika dia berasa malu terjerit-jerit seperti monyet di kawasan yang begitu luas.Dia termenung buat seketika memikirkan nasib jika rizal diculik tetapi,tanpa sengaja dia melihat lampu biru berkelip-kelip tidak jauh dari tempat rizal meletakkan kenderaanya.oh tuhan ada kejadian berlaku di sana ramal fitri sebaik saja melihat lampu ambulance dan kereta polis sedang menyala yang sebelum ini langsung tidak dilihatnya.

Dia berjalan sejauh 300 meter dan tiba di motel kecil yang kini memgumpul ramai wartawan fac dan twitter."kenapa ni bang"tanya fitri kepada salah seorang lelaki yang berjambang sebaik saja tiba di tempat kejadian.

"Ada orang mati,kena tikam"jawab selamba abang berjanggut lebat yang fitri syak menginap di motel itu.

Fitri terkejut matanya membesar hatinya bergetar.Tolong jangan rizal."lelaki perempuan bang"

"Lelaki."

Sekali lagi fitri terkedu,tanpa banyak bicara dia menuju kehadapan dan mencari sosok mayat itu.

Ya allah tolong jangan rizal, tolong.tiba dihadapan sekali fitri melihat dengan mata kepalanyanya sendiri keadaan lelaki yang sudah dibalut itu."boleh saya lihat muka dia"

Permintaanya tidak diendahkan.

"bang polis boleh saya lihat muka dia"sekali lagi dirinya tidak dipeduli.

Fitri nekad dia hendak melintasi garisan yang telah disediakan tetapi dihalang oleh abang polis yang berlagak pekak tadi.

"aku nak lihat mayat tu"

"Tak boleh budak!"

"Sekejap je.aku cuma nak tengok"

"Tak boleh"mata abang polis itu membesar.Tanda amaran kepada fitri agar jangan bertingkah bodoh.

Keadaan tidak dapat dikawal fitri hilang akal hendak merempuh abang itu tetapi dihalang oleh seorang akak dipertengahan usia."ni gambar mayat tu.maaf tak terang. Itu je akak dapat gambar"

Fitri Fokus melihat gambar itu dan sesuatu terkeluar dari mulutnya"Ya tuhan..."fitri bergetar "zal.."dia rasa hendak pengsan lalu keluar dari kerumunan orang ramai itu.

"Itu rizal"katanya lagi tidak percaya.

Fitri duduk membantu.Tidak percaya yang rizal sudah mati dibunuh,dihari ketika mereka hendak bercuti."tidak itu bukan dia bukan..."seseorang datang kepadanya."kau kenapa"

Fitri masih terkejut tidak ingin melihat wajah orang yang hendak membantunya itu tetapi sesuatu telah terjadi."dah jom jangan nak berdrama, lama wilma dan lisa tunggu tu"

Fitri cepat-cepat mengangkat kepalanya.Celaka."rizal!"Teriak fitri lalu bangun memeluk kawan baiknya itu.

"Wow.kau dah kenapa.mintak puji erk.dah lepaskan aku"fitri lepaskan pelukanya dari rizal,rizal lemas.

"Aku pikir kau dah mati sial."

"Apa!mulut kau"

"...aku cari kau di seluruh stesen tak jumpa aku datang sini abang tu cakap ada budak mati lelaki aku ingat kau."

"Dan kau ingat aku mati"

"Ya selepas akak bagi tengok gambar mayat tu"

"Sama ke muka aku"

"Ya sama gila."

"Dahlah jom balik ke kereta nanti aku cerita sama kau apa yang terjadi dalam tandas motel tu, seram gila"

"yang kau pergi tandas motel tu kenapa"

"Tandas petronas tiada air bro"

Lisa menikmati roti yang sempat rizal belikan tadi di stesen minyak yang mereka singgah.Selepas itu kepalanya pening semula dan terpaksa tidur dari menikmati perjalanan yang memenatkan itu.

"Bro apa cerita yang kau nak cerita sangat tadi tu."

"Kau sedia nak dengar kawan"

"Celaka.fikir aku siapa perempuan."

"Tak,tadi masa aku tengah sedap mengeluarkan najis dalam badan aku,tepat di sebelah bilik air tu ada orang masuk."

"Kenapa.dia kacau kau...intip kau rakam kau ke."

"Tak lah dia masuk macam orang dikejar nak dibunuh tu.kau tau kan.seram gila.macam aku nak keluar je masa dia masuk tu.tapi aku tunggu dan...."

"Oh shit.kau nampak pembunuhnya"

"Tak aku cuma dengar.dia ditikam bro...dengan telinga aku sendiri."

"Gila.."reaksi wajah fitro berubah.

"Aku dengar bunyi tusukan tu.wei meremang bapak bulu roma aku."beritahu rizal yang mengigat kembali kejadian tadi.

"Tapi aku pelik...sebelum dia ditikam tu,dia ada buat panggilan dan misteri gila.kau tau apa dia cakap."

"Apa"

"Tolong dia ambil sekaligus orang dalam rumah aku.dia bawak lari.dia nampak aku tapi aku lari.tolong selamatkan aku.tolong"

"Dia cakap begitu"

Rizal membesarkan anak matanya lalu ketawa kecil."takdelah dialog tu aku reka je"

"Celaka kau,aku fikir apa tadi..seriuslah bro."

"Tak,yang aku dengar tolong,dia culik keluarga aku dengan perkataan tanah.itu je,dia cakap laju sangat."

"Kau hilang tadi.kau bagi keterangan dengan polis la ni"

"Ya aku kat dalam tandas tu masa kau bercengkerama sendirian meratapi kematianku."

"Celaka"ketawa kecil fitri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience