Fitri berdiri di hadapan pintu menunggu rizal yang akan menjadi pemandu grab menghantar ibu bapanya menuju lapangan terbang.
"Fitri lama lagi tak rizal ni,nanti mak lambat la nak"
"Kejap mak,dah nak sampai dah"
Fitri galau,diambil telefon dalam seluar ingin menghubungi rizal tetapi tepat pada masanya kereta viva hitam dengan laju berhenti dihadapan rumahnya.
"Assalammualaikum sahabat"
"Kenapa lambat kawan,lampu merah banyak sangat ke"
"Tak,aku tolong warga emas tadi melintas"
"Bullshit!"
" Fitri tolong angkat beg mak,rizal kenapa lambat"
"Maaf lah mak cik ada hal tadi."
"Dah semua,jom jom"arah ayah fitri yang tidak keruan takut kelewatan.
Lapangan terbang sesak dengan pengunjung yang masuk dan keluar serta orang tempatan yang balik dan pergi bercuti hujung tahun.
"lisa dengar cakap abang ya nak,jangan kuat nangis,jangan lawan abang,jaga abang tau."
"Lisa nak ikut,bawalah lisa mak,mak"pinta lisa dengan kesedihanya yang nyata.
"Tak boleh,mak tak boleh bawa lisa"
Ayah fitri yang melayani drama keluarga itu cepat-cepat menyembunyikan kesedihanya dengan mengeluarkan dompet dan memberikan duit kepada fitri.
"Jaga adik kamu,jaga rumah,no parti liar no maksiat.faham"
"ayah,jangan gurau lebih la"
Ayah fitri ketawa."dahla jaga adik kamu,lisa sini"panggil ayah fitri selepas budak itu tidak mahu melepadkan pelukan erat ibunya.
"Fitri jaga adik kamu,jangan asyik nak tidur je faham"beritahu ibunya yang masih sedih hendak meninggalkan lisa
"Faham mak,kenapa mak sedih sangat ni.Mak balik jugak kan"
"Wilma jaga diorang dua ya nak"
Wilma mengangguk.
"Jom kita dah diarahkan naik ni"
"Bai sayang bai"
"Mama!!!!"teriak lisa sekuat hati menggegarkan lapangan terbang itu.
Kapal terbang menuju laju menaiki ke ruang udara lama kelamaan ia menjadi kecil seperti burung yang berada kauh di atas awan.
"Jom balik,dah jangan sedih abang kan ada,kak wilma ada"
Lisa terus menangis menutup mukanya yang malu dilihat orang.
"dah"tanya rizal yang menyedari kehadiran mereka dari suara tangisan lisa
Melihat rizal galau tidak tentu arah fitri bertanya "Dah, kau kenapa sibuk sangat,dah jadi usahawan ke apa"
"Aku ada something nak cerita"
"Apa dia"
"Nanti aku ceritakan."
Perjalanan pulang pada tengah hari itu sangat memenatkan,tiupan angin sejuk dalam kereta rizal melenakan fitri tapi tidak lama sebelum sekumpulan mat rempit lalu disebelah mereka.
"Celaka,pagi-pagi pun ada mat rempit"
"Diorang konvoi tu"
"Bising gila."
"...Wei aku hampir lupa,ingat pasal cerita yang aku kata tadi"
"Apa dia"
"Ada hotel baru buka kat kundasang dia buat promosi jom"
"Mak aku baru pergi bercuti lisa nak dijaga,kau gila"
"Bawala lisa, kita pergi bercuti.Amacam."
"Aku malas la bawa lisa jalan,bahaya bro.lagipun kalau mak aku dapat tahu.Aku habis."
Rizal kecewa tapi seperti biasa dia tidak akan mengalah."Alah takda apa lah.Kita bercuti jalan-jalan takkan tak boleh"
"Nantilah aku fikir"
"Ke kau nak Tinggalkan dia dengan wilma"
"gila aku nak tinggalkan lisa"
"Habis tu,wei hotel tu bukan biasa-biasa bro lima bintang tu ,promosi murah habis 3 hari cuma 3 hari kita kat sana habis tu kita balik"
"Nantilah aku fikir,aku pun dah lama tak cuti ni."
"Yes itu aku nak dengar,"
Fitri berfikir sejenak,"tapi kita dua je ke"
"Ha?,wilma adik kau bukan orang"
"Tak maksud aku,kita dua budak-budak lain tak ajak"
"Kekasih aku esok nak pergi kl..."
"Yang mana dina,si sewel tu"sampuk fitri
"Iyalah mana lagi,ingat aku hensem ke nak pasang banyak-banyak"
"Tahu takpe"
"...adin kerja tiada masa katanya roji sibuk tiada cuti,puteri kat kl sekarang dan hidayah...dia kena jaga anak buah dia"
"Ha dah jadi menteri semua ya kawan kita"
"Hahah mestilah"
"Rindu masa muda-muda dulu"
Lama Fitri termenung memikirkan kembali kenanganya diwaktu muda sebelum dirinya memaksa kembali dia tidur. "Okey aku rasa lama lagi nak sampai jadi nanti bangunkan aku ya sahabat"
"Arahan diterima."
Satu demi satu memori lama, fitri mainkan semula dalam mimpinya,kenangan mereka bercuti ketika masih dibawa tangunggan ibu bapa.Belanja tidak ingat dunia dan suatu suara kedengaran.
"Fitri dah sampai..."
"Oh...Yang ni laju,aku rasa baru dua minit aku pejam mata"
"Biasa dominic its here"
"Lisa wilma mana"
"Diorang dah turun"
"Hmmm,okey bro..ada apa apa call"
"Malam nanti aku pergi rumah nak tahu keputusan."
"Okey-okey"
Fitri tidak berlengah di luar untuk melambai kawanya seperti biasa.Dia mengantuk dan perlukan masa untuk tidur,dia masuk ke dalam rumah dan terserempak dengan wilma yang berada dihadapan pintu.Mata mereka berdua bertembung jantung fitri berdegup kencang.Tidak ingin lama-lama dibuai perasaan fitri menidakkan usaha tersebut.
"Hei wilma nak balik"
Wilma mengangguk
"Oh okey hati-hati"
Melihat wilma jalan dengan begitu ayu menuju rumahnya fitri tersenyum.Wow seram sejuk hati aku.Lelaki yang merasakan dia sedang disukai banyak gadis itu menuju ruang tamu dan baring disebelah lisa yang masih nyeyak tidur.
Fitri yang selesai menikmati makan malamnya sendirian di ruang tamu tersenyum memandang lisa yang masih monyong, makan dengan tidak tenteram dihadapan wilma.budak manja itu masih belum dapat melupakan perkara yang berlaku tadi pagi.ketika dia ditinggalkan oleh ibu kesayanganya.
"Wei apa khabar,jadi tak jadi"
Lamunan fitri terhenti,dia yang tidak perasaan kehadiran rizal dihadapannya berasa pelik
"Kenapa kau senyum,dah gila"
"Tak, bila kau masuk?"
"Kau bukakkan aku pintu aku belikan kau nasi bungkus tanya bila aku masuk.logik"
"Oh okey aku lupa...ha bila kita pergi"
"Okey kalau kau on khamis nanti kita gerak"
"Berapa nak dibayar,ayah aku tak bagi banyak ni"
"Dont worry aku ada orang dalam kat sana,dia akan aturkan kita mana yang patut dan berita baiknya kita cuma bayar seratus lepas tu enjoy the show"
"Oh god.Patutlah kau beria nak pergi"
"Yes...aku nak makan stik sampai perut aku pecah dan...."
Rizal kaku."tengok ni"katanya lagi sambil menunjukkan telefonya kepada fitri.
"Lagi kes mati yang berlaku di daerah kundasang."
"So apa cadangan kau"
"cancel senang cerita.aku tak nak..."
"Kejap kita mesti pastikan berita ni sahih,mana remote buka tv,cepat"rizal mencapai remote tv yang berada dimeja kecil berdekatan denganya dan membuka siaran berita tempatan.
"hmmm aku dah agak kes pandu tak cermat.4 orang nyawa melayang akibat tidak memandu dengan cermat.tengok remaja masih kot"
"Jangan risau ya kawan kita selamat"
"Aku rasa macam tak sedap hati la zal"
"Takda apalah.Kau tenang biar aku yang kawal okey."
"Berapa hari kita kat sana aku takut nanti mak aku"
"Mak kau balik bila"
"Rabu depan."
"Tepat.percaturan aku tepat,kita pergi hari khamis balik ahad malam.Perfect bukan"
Fitri mengangguk."lisa pula macam mana"
"ajak wilma sekali"
"Gila!Kau nak jumpa ayah dia.aku taknak"
"Sudah aku kata,kau tenang biar aku yang jalan okey."
"apa kata kita bincang dulu dengan dia"
Fitri memandang wilma lalu memanggilnya dengan malu-malu kucing.
"Wilma khamis nanti kami nak bercuti kat kundasang kau ikut boleh.kami kena tanya ayah kau ke apa"
Wilma mengangguk
"Okey khamis nanti kami tanya ayah kau"
"Abang nak bercuti kat mana"riak kecewa lisa kelihatan selepas mendengar perbualan singkat fitri dengan wilma
"Bukan abanglah kita"
Mata lisa layu"Mak larang kita jalan kan abang,mak suru duduk rumah"lisa sedih lalu menangis tanpa alasan.
"Hei"fitri mengambil lisa yang mula emosi lalu duduk di kerusi meja makan."jangan risau nanti abang tanya mak mesti dia bagi punya."
"Janji bagitahu mak,tak tipu"
"Tak,sudahlah jangan nangis buruk,senyum sikit"
Lisa senyum."okey sekarang waktu tidur ,kak wilma tidurkan lisa boleh"pinta fitri sambil melihat wajah wilma yang begitu cantik dengan ukiran senyumanya.
Tangan lisa dirangkul dan budak kecil itu bersama wilma menaiki tanga menuju ke tingkat atas.
"Pasal mak kau."tanya rizal mendadak,"kau nak bagitahu tak pasal percutian ni"
"Gila, mesti mak aku tak bagi punya.Tapi takpe kalau wilma ada semua akan selamat."
"Baiklah kawan,dah malam ni aku balik dulu"
"Okey bro"
Mereka berjabat mesra sebelum rizal kembali ke kereta kesayanganya."ingat jangan buat benda tak senonoh ha"beritahu rizal dari tingkap kereta.
"Kau tu jangan singgah pula"
Rizal ketawa terbahak-bahak sebelum membawa keretanya secara berhati-hati buat kali pertama.
Share this novel