Bab 5

Horror & Thriller Series 1634

Dari rizal lisa dan wilma tinggalkan bilik untuk berjalan-jalan ke pekan kundasang sehinggalah mereka balik setelah penat berjalan,Fitri masih ditemani kawan baiknya iaitu tilam dan bantal."hei bangunlah kau nak bercuti ke tidur ni.inilah susahnya kalau takde awek ni"

"Hmmmm"

"Bangunlah dah petang ni,"arah rizal sambil membuka lebar pintu koridor.

Tidak ingin dileteri lebih lama fitri mengangkat badanya perlahan demi perlahan dan akhirnya duduk dalam keadaan mamai diatas katil."mana lisa?"

"Tengok lisa depan mata pun kau tak nampak,teruk dah ni"

Fitri ketawa."tak nampak,baru bangun kan"

"Tak bosan ke bro,tidur terus kau tengok gunung kinabalu indah dia macam mana"

"Kau dari mana"

"Pekan kundasang,"

"Best"

"Tak,huru hara aku nampak pekan tu,semua kemas barang diorang kata hari dah nak malam."

"abang...lisa penat,nak tidur"

"Okey tidur lah dengan kak wilma malam nanti abang kejut kita makan malam sama-sama."

Wilma membuka kasut jalan lisa membawanya ke tandas untuk mencuci kaki sebentar selepas itu baring, sedia untuk tidur.Sempat lisa menyayi 3 baris lagu ciptaanya sendiri sebelum tidur bersama-sama wilma.

Fitri yang tak tahan melihat nikmat itu tanpa banyak cakap turut lena."sambung lagi"jerit rizal

"Ya kejap lagi bagi bangun aku balik"

"Kejap tu bila sahabat"

"Jam berapa sekarang"

"4"

"Kejut aku pukul 6 okey selamat petang..."

Rizal cuma menggeleng,daripada melayan karenah pemalas fitri lebih baik dia melihat pemandangan yang luas terbentang dihadapanya.

Ketika hatinya begitu tenang damai melihat tanpa gangguan rizal mendengar sesuatu.Dari bilik,rizal dapat melihat seluruh penjual yang berada di pekan kelam kabut menyusun barang mereka selepas melihat cahaya pagi mula beredar pergi."cepat tutup,cepat!"itulah perkataan yang sempat rizal dengar sebelum kata hatinya menyuru agar dia masuk ke dalam hotel semula.

Pintu koridor ditutup bilik digelapkan cuma lampu meja yang bersinar.

Melihat fitri mengambil ruang dengan banyak dia cuba menolaknya ke tepi,Ada ruang sedikit dengan ucapan bismillah dia mengikuti jejak fitri.Merehatkkan diri katanya.

???

Rizal bangun dengan kegelapan seratus peratus menguasai bilik itu.dia meraba-raba mencari lampu meja dan ya,dia tertendang dahulu bucu meja sebelum menghidupkan lampu dalam bilik itu.

"Fuck!"carut rizal menahan kesakitan.

Rizal membuat regangan di sebelah katil wilma dan merasakan sesuatu telah berubah.rizal janggal selepas melihat ketiadaan lisa dan wilma di tempat yang seharusnya mereka berada

"oh keluar tak ajak ya,nanti korang"

Rizal mencapai baju yang diletakkannya diatas tv lalu keluar meninggalkan bilik untuk mencari lisa dan wilma.

Lampu terang menyinari lorong seperti biasa tapi ada yang berubah.Rizal berdiri lama di tangga menunggu sesuatu,tetapi tidak muncul-muncul.

Dia buat kiraan dari 1 hingga 20 benda yang ditunggu-tunggunya juga belum muncul.

"Sah ada yang pelik."

Rizal menuju tingkap yang terletak di hujung lorong sebelum menuruni tangga dan melihat keluar.

Seluruh pekan gelap.hanya bulan yang menyimbahkan cahayanya.rizal hendak turun semula tapi sekejap.ada sesuatu yang sedang dalam fikiranya.

"Something wrong-somenthing...what...what is that..."

Sambil terduduk rizal memikirkan hal itu,digenggamnya rambutnya supaya benda yang ingin difikirnya terlontar keluar dan akhirnya...

"Shit hotel ni tiada orang.mana semua orang mana suara bising dari restoran kat bawah."

Itulah yang menggangu rizal dia bergegas ke tingkat 1 untuk melihat apa yang difikirkanya dan ternyata teorinya benar.

SEMUA ORANG HILANG DALAM HOTEL NI.TOTALLY GONE.

Rizal menuju perut pintu.angin bertiup kencang suasana sejuk menguasai kawasan luar hotel.Hotel kosong tanpa manusia lain yang sebelum ini memenuhi lobi restoran dan kaunter pertanyaan.

"Fitri!" Teriak rizal sambil berlari semula ke biliknya.

Pintu ditendang dengan kencang fitri yang masih mamai terkejut"...woi tak pandai bagi salam ke"

"Semua orang...semua orang..."rizal tak keruan dia huru hara memikirkan perkara yang baru berlaku terhadap dirinya.

"Kenapa dengan kau ni,kenapa kau nangis ha gila"tanya fitri selepas rizal duduk dengan gelabah di katil wilma sambil air matanya mengalir.

"Semua orang hilang dalam hotel ni.takda orang!"

"Kau nak prank aku ke apa ni"

"AKU CAKAP BETUL FITRI.."ujar rizal yang mula terketar-ketar.

Fitri senyum ketakutan,nak kata rizal selalu bergurau ,pada perkiraanya jarang sekali."Biar betul bro jangan main-main"tanya fitri teragak-agak.

"Betul bro semua orang hilang, hotel ni kosong cuma ada kita berdua"air mata rizal sekali lagi membuat fitri ketakutan tapi dia tidak ingin panik.

Fitri menukar sarung yang dipakai kepada seluar,mencapai baju yang berdekatan dan keluar dari bilik melalui pintu yang terbuka luas."wilma? lisa?"panggil fitri sebelum menghilang membiarkan rizal sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience