Cemburu

Romance Series 4061

"Cik Ainul,macam mana tadi dengan Tuan Hizwan?"tanya Sarah yang dari tadi tersengih-sengih melihat wajah majikannya yang tidak lengkang dengan senyuman,dalam hati Sarah dia dah yakin sangat bahawa Ainul dan Hizwan akan mempunyai suatu hubungan yang serius kelak."Oh Sarah!baik-baik sahaja lagipun tadi Hizwan ajak saya jumpa ibu dia dekat Muar tau"balas Ainul dengan nada gembira sambil mengusap-usap mukanya tanda malu dalam erti sama bahagia,tiba-tiba seorang staff yang diketahui menyukai Hizwan pergi dekat Ainul kemudian menyerang Ainul tanpa agak-agak."Aku dah bagi amaran kan?!jangan rapat dengan Hizwan aku tapi kau degil?!sekarang rasakan!"staff itu menumbuk muka Ainul sehingga Ainul pengsan."Kau buat apa ni?!Hana aku tak sangka kau berani buat majikan kita macam ini?!"Sarah menolak Hana dari atas badan Ainul yang dah tak sedarkan diri pada masa itu lalu Sarah memapah sendiri tubuh Ainul masuk ke dalam bilik rawatan yang terletak berdekatan dengan lokasi pejabat Ainul ini berkerja,dengan tindakan pantas Sarah menelefon keluarga Ainul dengan Hizwan.

"Hello?Cik Ainul ada tak?"tanya Danial kepada salah seorang pekerja baru di kafe Ainul saat itu,pekerja itu sedia memaklumkan bahawa Ainul telah diserang oleh Hana kerana mendekati Hizwan dan sebaik sahaja mendengar khabar sedemikian rupa Danial terus lari masuk ke dalam bilik rawatan yang pada ketika itu ayah dan mama Ainul telah tiba terlebih dahulu."Ainul sayang"suara Danial yang kemudiannya tanpa segan-silu memeluk Ainul dihadapan ayah dan mama Ainul,dengan segera Ainul menepis pelukkan Danial sekali menunjukkan raut wajah tidak selesa.Dalam masa yang sama,Hizwan hanya memerhati santai dengan tindakan Danial ke atas gadis yang dia sukai saat kini padahal dalam hati membara habis "Uhmm hai Ainul,hai uncle dan aunty"sapa Hizwan tanpa mengendahkan keberadaan Danial saat itu.Ainul melihat ke dalam mata Hizwan yang seakan-seakan cuba menyampaikan mesej bahawa Hizwan sedang cemburu namun Hizwan seolah-olah menutup segala perasaannya dengan baik,iyalah menteri kan?mestilah tidak pernah terbeban untuk mengabaikan segala perasaannya.Sepanjang Hizwan disitu,Hizwan hanya melayankan kerenah ayah dan mama Ainul sementara Ainul diabaikan semampu kudrat seorang Hizwan Rayyan mampu tonjolkan dan jujur sahaja nak sahaja Ainul memukul Hizwan kerana terlampau berfikiran jauh tentang yang Danial buat tadi.Sementara itu,hati dan minda Danial asyik memerhati kemudian merumuskan tentang suatu situasi soal perasaan Ainul terhadap Hizwan sama juga perasaan Hizwan terhadap Ainul,"Aku tak boleh biarkan macam ini"monolog Danial sambil memegang tangan Ainul dan secara tak sengaja Ainul sentap kasar dengan tindakan melampaui batas saat kini."Oh nak berdrama bukan dekat sini ye"bidas Hizwan yang membuatkan ayah dan mama Ainul tersentak,sudah pasti diketahuilah Menteri Belia dan Sukan itu sedang bermain emosi dengan tindakan yang dilakukan Danial tadi.Ainul tertunduk malu sambil meremat dadanya kenapa Hizwan taknak jujur sahaja?yang Hizwan juga menyayanginya?kenapa?pertanyaan yang diajukan dirinya membuatkan benteng air mata Ainul menitis tanpa sengaja dan semua yang memerhati sedang berusaha tenangkan Ainul manakala Hizwan yang terlebih dahulu pergi meninggalkan Ainul.

"Tuan Hizwan?"Erina tegur Hizwan spontan namun majikannya itu tidak memberikan sebarang respon,"Tuan okay?kenapa ini?Cik Ainul macam mana?okay tak?soal Erina bertubi-tubi yang akhirnya hanya dibalas dengan keluhan berat oleh Hizwan."Dia okay,dahlah tak perlu cakap pasal dia dan kalau awak nak jumpa dia pergilah naik sebab dia bahagia dengan seorang lelaki yang konon berlagak macam dah jadi suami Ainul pula"herdik Hizwan tenang padahal dalam hatinya masih teringatkan tadi apa yang Danial lakukan terhadap Ainul.Nak taknak Erina terpaksa ikut Hizwan balik ke pejabat sementara Ainul masih terperangkap dekat dalam bilik rawatan dekat kafe dan kena melayan kerenah Danial yang pada ketika itu teramatlah menguji hatinya,"Ainul awak nak makan apa?saya boleh belikan"tanya Danial spontan namun Ainul hanya mengeleng-gelengkan kepalanya tanda tidak lapar atau mahu makan.Tapi Danial tetap memaksa Ainul makan dengan menyuap gadis kesukaannya itu secara paksa dan tindakan luar batas Ainul sendiri membuatkan Danial terpaksa menahan sakit akibat lecur bubur McD yang dia bawa akan khas untuk Ainul sendiri,"Sebab kau Hizwan salah faham dengan aku"bentak Ainul membuatkan ayah dan mamanya terkedu seketika kemudian Ainul bangun dari katil dan mula menyarungkan selipar jenama Fila berwarna biru yang telah tersedia dihadapannya.Apa lagi,dengan tergesa-gesa Ainul pergi ke keretanya lalu memandu menuju ke tempat kerja Hizwan tanpa memikirkan kondisinya yang baru hendak membaik saat itu dan sementara Ainul sedang menuju ke pejabat dimana Hizwan berada dengan Erina di dalam bilik sambil menyelesaikan segala urusan pentadbiran berkenaan belia dan sukan secekap yang mereka boleh seperti kebiasaan.

"Tuan,janganlah cemburu lama-lama pasal Cik Ainul dengan kawan lelaki dia itu"pujuk Erina dan Hizwan masih mendiamkan diri seketika"Awak kata senanglah Erina,yang kena hadap semua itu saya bukan awak haih saya makin mengalah nak mengaku tentang perasaan saya dekat Ainul itu sendiri"balas Hizwan cepat dan tiba-tiba Erina menghentikan segala penulisannya tentang dokumen-dokumen yang lain."Tuan,saya tahu tuan senang jatuh cinta tapi tuan dengan cik Ainul tu baru nak dekat 2 minggu kenal tahu?jadi tak salah tuan kenal dan rumus lagi perasaan tuan dekat dia"nasihat Erina lembut sambil menunggu tindakbalas dari majikannya itu,tiba-tiba satu sosok perempuan yang berdiri memerhatikan tindak-tanduk Hizwan bersama Erina hanya terpaku tanpa sebarang balasan."Awak fikir macam-macam pasal saya,tapi saya dengan sakit kena serang dengan staff saya yang suka awak sangat-sangat awak tak endahkan langsung sebab apa?awak hanya fikir Danial itu cuba ambil saya dari awakkan?saya nak jujur yang saya suka awak tapi itulah dah Erina kata suruh awak bijak memikirkan lebih mendalamkan?okay saya undur diri"balas Ainul tanpa henti yang kemudiannya mula beredar dari bilik penjabat Hizwan bertugas,Hizwan berkali-kali menelefon Ainul tapi asyik masuk peti suara sahaja dan bila Hizwan telefon mamanya Ainul sendiri mama Ainul kata Ainul pergi bercuti dan Hizwan mula serabut kerana membiarkan egonya mengatasi perasaan percaya serta sayangnya kepada Ainul Umairah.

"Hizwan,ini dia maklumat peribadi tentang kawan Cik Ainul yang bernama Danial Rahman tuan pinta haritu"Erina serahkan fail tersebut lalu kembali ke tempat kerjanya yang berhadapan dengan bilik pejabat Hizwan,dapat sahaja maklumat sedemikian Hizwan belek satu-satu dalam tempoh 30 minit akhirnya dia menghafal segala hal peribadi dan perwatakan Danial."Saya nak awak lindungi Ainul Umairah dari Danial Rahman,andai apa-apa terjadi dekat Ainul Umairah saya tak akan teragak-agak cari awak semua"perintah Hizwan dengan tegas yang kemudiannya mula memberikan kembali konsistennya atas tanggungjawab yang perlu dipikul meskipun dia sejujurnya amat risau dan menyesal kerana tidak memahami situasi Ainul sendiri.Walau bagaimanapun,Ainul kini berada di Muar tanpa pengetahuan Hizwan dan iya Ainul menetap dirumah ibu dan ayah Hizwan untuk beberapa hari sampailah luka yang dibuat Hizwan di dalam hatinya terubat "Ainul,jangan terasa hati dengan Hizwan iya sayang?anak ibu kalau dah sayang seseorang perempuan memang ego dialah yang pertama dia tonjolkan sebab dia nak tahu perempuan tu sayang dia atau tidak"pujuk ibu Hizwan dan Ainul tersenyum lirih sambil mengenggam erat tangan sebelah kiri ibu Ainul tanda dia benar-benar memerlukan masa tersendiri dan untung sahaja ibu ayah Hizwan tidak memberi khabar tentang Ainul di Muar risau Hizwan tergesa ambil cuti balik sini sekejap untuk memujuk gadis ini.

3 hari sebelum kejadian,

"Hizwan betul ke nak bertunang dengan Ainul?Ainul dah tahu ke pasal hal ini?"soal Puan Hasnah dan Hizwan hanya tersenyum sambil tunjuk sekotak kecil berwarna merah terang dimana sebentuk cincin yang saiznya muat dengan jari Ainul dihadapan ibu dan ayah ketika itu,Puan Hasnah masih rasa tidak sedap hati dengan tindakan melulu anaknya itu jadi dia pun memberikan nasihat untuk Hizwan terus bersabar dalam 2-4 bulan tujuan disuarakan sebegitu supaya Hizwan dapat memahami Ainul begitu juga dengan Ainul memahami Hizwan.Ayah Hizwan okay sahaja,janji anak lelakinya boleh menjalankan tanggungjawab dengan adil dan saksama.

Habis imbas kembali kejadian 3 hari lepas,malam di Muar Johor mula melabuhkan tirainya dan terlebih dahulu selesai sahaja solat Isyak terus Ainul masuk tidur sementara ibu ayah dan adik-beradik Hizwan menikmati makan malam mereka seperti biasa.Tepat jam 11 malam telefon Ainul berdering dan dalam keadaan mamai Ainul mengangkatnya,"Hai Ainul,ini saya Danial awak dekat mana?saya nak jumpa awak boleh?"soal Danial seperti biasa haih dalam hati Ainul mahu saja dimaki ditumbuk mamat ini tapi difikir kawan dia layankan sahaja "Oh Danial!saya rasa buat masa ini kita boleh lepak sebab saya dekat tempat lain tenangkan fikir-"belum habis Ainul terang dah Danial mencelah"Ini mesti sebab Hizwan kan?kenapa orang lain awak suka?kenapa bukan saya?kenapa Ainul?apa kurangnya saya dimata awak?"sudah soalan meredhakan hati menerpa terkena Ainul tapi disebabkan malas layan Ainul tamatkan panggilan kemudian sambung tidur seketika sebelum solat subuh tiba.

"Awak dah tahu Cik Ainul dekat mana?"tanya Hizwan kepada orang upahannya dan individu tersebut berbisik"Cik Ainul punya lokasi sekarang kami dapat kesan berada di Johor tuan"dan raut muka Hizwan berubah seolah tertanya-tanya adakah Ainul berada dikediaman keluarganya sendiri atau sekadar pergi menghiburkan hati?makin tidak keruan Hizwan bila Ainul mengabaikannya untuk satu hari ini,"Terima kasih andai awak ketahui apa-apa lagi informasi pasal Cik Ainul,segera khabarkan dekat saya"perintah Hizwan sebelum duduk di tempat penumpang belakang dan pemandunya membawa Hizwan pulang seperti hari-hari sebelumnya.Ainul manalah awak pergi saya betul-betul rindukan awak,itulah monolog dalama Hizwan yang betul-betul dalam kerinduan saat ini tapi apakan daya kerana sikap remehnya membuatkan Ainul Umairah pergi jauh membawa diri seketika.Sebaik sampai sahaja dirumah Hizwan merebahkan diri sambil memeluk sehelai tudung milik Ainul yang diberikan oleh mama Ainul sebagai pengubat rindu,Hizwan membau dan menciumnya dengan lembut hingga terbuai mimpi.

"Selamat pagi ibu ayah"ucap Ainul sambil duduk bersebelahan dengan Puan Hasnah,senyuman yang terukir dibibir Ainul menandakan gadis itu rasa tenang sahaja kerana tidak perlu memikirkan hal lain buat sementara ini sementara Ainul bercuti segala urusannya dilakukan oleh Zara yang merangkap sebagai pengurusnya.Sepanjang pagi itu gelak-tawa Ainul kedengaran kerana hiburan yang dibualkan bersama keluarga Hizwan amatlah mencuit hati,"Ainul sayang ibu tinggal sini lama sikit ya?ibu dah lama tak bermanja dengan Ainul"rayu Puan Hasnah sambil mencebikkan sedikit bibirnya dan apa lagi sudah pasti Ainul angguk perlahan sahaja tanda setuju untuk mencari ketenangan dekat sini selama mungkin."Kejap lagi kan ibu ayah boleh tak Ainul berbasikal sekitar Muar ini?nak rasa udara segar"minta izin Ainul dan semestinya mereka izinkan dengan syarat Ainul menemani Puan Hasnah ke sekolah tengah hari nanti bagi mengajar murid-muridnya,habis makan terus Ainul pergi menjelajah kampung Muar Johor ini dengan pakaian yang kasual dan low-profile.

"Tapi YB cadangan awak untuk menaikkan kadar tol di luar bandar amat tidak masuk akal dan lari dekat janji kita dengan rakyat tahu"suara seorang ahli kabinet dihadapan Hizwan,"Saya tahu itu bercanggah dengan manifesto yang telah dijanjikan oleh kita kepada rakyat,tapi apa daya ini sahaja yang terbaik bagi membayar baki hutang negara yang terdahulu"balas Hizwan sebelum mengakhiri mesyuarat kabinet hari ini.Setelah keluar sahaja segala para ahli menteri dari bilik mesyuarat tersebut,Hizwan merebahkan kepalanya dimeja kerja sambil melihat potret gambar Ainul sedang tertawa kemudian keluhan lembut kedengaran daripada Erina sendiri yang kemudian bersuara "Apa kata tuan balik Muar?tuan betul-betul parah rindukan cik Ainul ini,tapi sekurangnya dengan berjumpa ibu ayah tuan manatahu boleh lega sikit keresahan itu bukan?"cadang Erina dan Hizwan mensetujuinya jadi selama 4 hari ini jadual Hizwan akan kosong kerana ingin menenangkan diri di kampung halamannya sendiri."Baiklah Erina saya balik kampung selama 4 hari dan ingat segala urusan letakkan sahaja diatas meja saya nanti saya balik saya selesai semua"arah Hizwan yang menerima anggukan tanda faham daripada Erina sejurus sahaja jauh dari pejabat dan menuju ke rumahnya,tanpa membuang masa Hizwan kemas apa yang patut dan pemandunya dicutikan kerana dia ingin pulang ke Muar sendiri.

"Pak Mat,saya balik Muar 4 hari jadi pak Mat bolehlah bercuti dengan keluarga sepanjang tempoh itu"jelas Hizwan kepada pemandunya itu,Pak Mat mengangguk faham dan mula membantu Hizwan untuk kemas apa yang patut.Tepat jam 11 pagi,Ainul mula kembali ke dalam kediaman keluarga Hizwan dan bersiap-siap untuk menemani Puan Hasnah ke sekolah bagi memberi ilmu kepada anak-anak Muar dan Ainul mengambil masa 15 minit sahaja untuk bersiap.Perlahan-lahan Ainul menuruni tangga lalu masuk ke dalam kereta dan duduk disebelah Puan Hasnah yang memandu seperti hari-hari sebelumnya,sepanjang tempoh perjalanan menuju ke sekolah Ainul dan Puan Hasnah membincangkan banyak topik-topik menarik serta tidak loket memberikan hujah ke atas pendapat masing-masing sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience