Kawan

Romance Series 4061

Esoknya,seperti kebiasaan Hizwan melakukan rutin kerjanya di pejabat perdana menteri yang terletak ni Putrajaya sementara ibu dan ayah Hizwan terlebih dahulu telah kembali ke Muar,Johor sejurus menghantar anak mereka itu di hadapan kediaman Hizwan sendiri."Tuan Hizwan,jangan lupa sebentar lagi tuan ada mesyuarat dengan ahli kabinet yang lain"ingat pengurus segala hal Hizwan iaitu Erina,peringatan Erina itu hanya dibalas dengan senyuman tanda faham oleh Hizwan meskipun kini dia sendiri berasa agak sedikit lelah kerana tidak dapat rehat yang mencukupi tapi untung sahaja dia dah biasa hadapi semua ini."Haih semalam aku asyik belek-belek pasal isu yang aku tengah hadapi je dan aku tak pernah tak bagi perhatian tapi kenapa sejak aku kenal perempuan dekat kafe haritu aku jadi macamni?"monolog diri Hizwan dengan hatinya pada saat itu sambil bersiap-siap untuk bertemu dengan ahli kabinet yang lain.

"Cik Ainul"panggil salah seorang staff yang sudah lama berkhidmat di kafe De Star Mo pada ketika itu,Ainul terus memandang staff tersebut sambil menggengam erat beberapa helaian kertas kerja yang dia sedang selidiki."Iya saya?"tanya Ainul dan staff itu secara mengejut duduk berhadapan Ainul tanpa disuruh atau umpamanya,"Cik tolong jangan dekat dengan lelaki semalam cik langgar tu ya?""Oh awak maksudkan Hizwan Rayyan?menteri Belia dan Sukan tu?kenapa eh?"balas Ainul musykil,dalam serta-merta raut wajah staff itu berubah merah menandakan dia sedang menahan marah."Kalau cik nak perniagaan cik berdiri kukuh lagi,ikut sahaja kata-kata saya"senyum psiko staff itu membuatkan Ainul makin tidak faham andai menteri itu sendiri yang mendekatinya dulu apa hak staff dia kan?perkara remeh macam ni tak menganggu konsentrasi Ainul sekalipun,lepas sahaja pemberian ingatan mesra itu terus staff itu minta diri untuk menyambung tugasnya sebagai pelayan kafe.

"Syabas tuan dengan hujah tadi,saya dengar pun saya makin kagum dengan tuan"puji Erina dan hanya tersenyum manis sambil memegang bahagian belakang lehernya tanda sudah biasa dan masak dengan pujian pengurusnya ini,"Harini tuan tiada apa-apa urusan jadi tuan bolehlah buat urusan tuan sendiri"balas Erina lagi dan tiba-tiba tanpa fikir panjang terus Hizwan bagitahu Erina yang dia ingin ke kafe De Star Mo yang diasaskan oleh Ainul sendiri.Erina angguk tanda faham kerana dia tahu majikannya ini kalau dah habis berhujah sebagainya mesti tenangkan diri dengan pergi ke sesuatu tempat yang jauh dari penjabat perdana menteri sendiri,tanpa membuang masa Hizwan memandu dengan berhemah untuk menuju ke lokasi kafe itu dibina jujur Hizwan pun tidak tahu apa yang menarik dirinya untuk ke sana sebab kebiasaanya kalau jadual kerjanya dah langsai dia akan terus pergi beriadah tapi kalini dia terdetik pegi sana pula.

Selesai sahaja kerja hariannya,Ainul mula bersiap-siap untuk pulang kerana nak membeli barang dapur dan masa sendiri selebihnya akan dia guna untuk mengemas rumah iyalah anak gadis kan?sesibuk mana pun kenalah juga jaga keterampilan diri dengan kekemasan serta kebersihan.Dalam perjalanan nak keluar dari kafe tu,tiba-tiba dia terserempak dengan Hizwan Rayyan lagi okay kalini Ainul tak malu untuk bersuara walaupun hakikatnya muka Ainul dah merah padam kerana menahan malu."Hai Hizwan"tegur Ainul dan lelaki yang mempunyai ketinggian 178 cm itu hanya mengangkat keningnya tanda tertanya-tanya bagaimana Ainul boleh mengenali namanya,"Tak perlu mengangkat kening bagai ye Hizwan,saya tahu nama awak pun dari puan Hasnah sendiri"jawab Ainul lagi yang akhirnya mengundang senyum manis hinggakan gigi taring Hizwan kelihatan lagi."Oh begitu,saya Hizwan seperti awak dah tahu dan awak?"Hizwan memberanikan diri untuk bertanya dihadapan sosok gadis yang mengenakan pakaian casual berserta tudung bawal hitam saat itu,"Saya Ainul seronok berkenalan dengan awak wahai menteri Belia dan Sukan"balas Ainul sambil lirikan matanya tidak tertumpu pada wajah Hizwan dan sah-sah Hizwan tertawa kecil kerana gadis ini teramatlah ramah dalam masa yang sama sikap pemalunya dapat dilihat terang dengan jelas tanpa sebarang kata-kata.

"Awak nak pergi mana ini?"soal Hizwan dan Ainul sepantas kilat jawab,"Saya nak balik sebab kerja dah selesai dan sekarang nak pergi beli barang dapur"Ainul mengambil langkah masuk ke dalam keretanya dan secara mengejut Hizwan turut masuk dan duduk ditempat penumpang hadapan sebaik Ainul tak mati terkejut dengan tindakan spontan menteri ini kalau tidak dah lama Hizwan ditendang keluar rasanya."Saya nak teman awak beli barang dapur boleh?kita kan kawan sekarang ni"jelas Hizwan namun Ainul masih mendiamkan diri lalu memberikan fokus kepada pemanduannya hingga tiba dihadapan Pasar Raya Hero area Petaling Jaya,Ainul menarik troli sambil diikuti Hizwan dari belakang.

"Eh tu bukan menteri Belia dan Sukan ke?""Haahlah,jom bergambar dengan dia""Eh jap dia datang dengan seorang perempuanlah,cis takkan dia dah ada teman wanita kut"umpat dua orang individu yang memerhati tajam ke atas sosok tubuh Ainul yang ketika itu sedang memilih barang sejuk beku untuk disimpan di rumah yang dia diami bersama keluarganya,"Awak jangan risau kalini saya belanja semua awak ambil okay?"Hizwan bersuara sambil menolak troli yang tadinya di kawal oleh Ainul sendiri.Dalam hati Ainul kenapa kawan dia yang baru kenal sejak insiden semalam terus macam cuba mencuri hati dia?Ainul tidak boleh meletakkan harapan tinggi kerana risau bernanah hati kerana dikecewakan memang ambil masa untuk diubati.Sepanjang mereka berdua di dalam pasar raya itu,semua mata-mata golongan rakyat memberikan ketertarikan kepada Hizwan yang pada saat itu masih fokus dengan Ainul dan tanpa sedar permulaan mereka semakin rancak dimana akhirnya Hizwan mendapatkan nombor telefon Ainul sedemikian Ainul juga.

"Terima kasih awak sebab bayarkan semua ni,dahlah sampai RM 240 tapi awak bayar macam RM2.40 je saya tengok tadi"ucap Ainul sambil menutup tempat penyimpanan barang di belakang keretanya itu,Hizwan mula mengeluarkan telefon pintarnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Ainul melalui aplikasi WhatsApp."Sama-sama awak,awak hantar saya balik boleh?rumah saya dekat-dekat Putrajaya sahaja sebab saya rasa kalau nak ambil kereta tak sempat dah ni"tulis Hizwan spontan yang membuatkan Ainul tersenyum lagi,"Boleh tapi sebaiknya awak datang rumah saya dan makan malam dulu dengan keluarga saya sebab kita kan kawan?saya naklah kenalkan kawan saya kepada mama,ayah dan adik-beradik saya itu pun kalau awak tak segan-silu lah"pelawa Ainul kepada Hizwan dan Hizwan mengangguk tanda setuju al-maklumlah Hizwan kalau bab rezeki mana boleh tolakkan.Dengar sahaja balasan Hizwan macamtu,Ainul dan diri Hizwan masuk ke dalam kereta dan menuju ke rumah yang Ainul diami bersama keluarganya sejak dahulu.

"Assalamulaikum,Mama..Ayah..Kakak dah balik ni"ucap Ainul sambil mendahulukan Hizwan dihadapan,sebaiklah Puan Suzana tak terkejut melihat keberadaan menteri Belia dan Sukan di dalam rumahnya pada saat itu."Hai tuan dan puan,saya Hizwan Rayyan kawan kepada anak puan"kenal diri Hizwan kepada dua orang tua Ainul.Reaksi ayah Ainul okay sahaja cuma reaksi mama Ainul tu macam tak sangka sangat anak perempuannya itu telah berkenalan dengan seorang menteri,meskipun memang layak anaknya kenal kerana berjaya menaikkan nama Malaysia dipersada dunia dalam bidang perniagaan francais.Kenal punya kenal akhirnya semuanya dibawa ke meja makan keluarga Ainul,dimana segala perbualan segala jawapan yang diajukan untuk Hizwan semua dibalas spontan memang padanlah ramai yang menyukai Hizwan sendiri iyelah komited dan konsisten dalam menjalankan tanggungjawabnya walaupun penat masih mampu berjenaka sebagainya.

"Hizwan dah ada teman wanita?"soalan maut dari mama Ainul yang nyaris membuatkan Ainul tersendak masa makan,dengan tenang Hizwan jawab "Belum ada puan,saya nak cari gadis yang boleh faham kerjaya saya dan berjaya mencuri hati ibu saya dah memandai"bagus juga jawapan Hizwan macam itu sekurangnya tiadalah apa-apa yang menjadi buah mulut rakyat pasal anak gadisnya itu pada masa kelak."Jangan panggil puan,panggil sahaja mama macam Ainul panggil ye"suara mama lagi okay kalini apa yang mama cuba buat tentang Ainul dan Hizwan?sepanjang makan malam tu Ainul lebih banyak memerhati dari bersuara hinggalah sesi makan bersama dan kenal habis,terus Ainul menghantar Hizwan pulang dikediaman miliknya yang pada waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.

"Terima kasih untuk makan malam tadi,sedap awak dengan mama awak masak nanti saya ada masa saya bawa awak kenal ibu saya pula ye Ainul?"kata Hizwan yang memecah hening malam,"Sama-sama awak okay saya tunggu tau,awak pasal tadi mama saya tanya tentang status tu awak jangan terasa ya?"balas Ainul dan hanya Hizwan tertawa lagi kalini kedengaran kuat sedikit "Apa salahnya kan?manatahu nanti awak yang jadi suri hati saya kan?hehehe okaylah Ainul saya masuk dulu nanti awak sampai rumah awak teks saya okay?bye awak"kata-kata spontan itu membuatkan Ainul tersentak sekali lagi sebelum kembali semula ke rumahnya yang tidak begitu jauh dari tempat Hizwan duduk lebih kurang dalam 30 minit pada masa itu kerana aliran trafik lancar.

"Hizwan,saya dah sampai ni"type Ainul dan masih belum ada balasan dari Hizwan mungkin sahaja lelaki itu tengah menyiapkan kerja terlebih dahulu,jadi Ainul ambil keputusan untuk mandi dan menyiapkan projek pembentangan kedua tentang usul pekembangan kafe yang diusahakannya hingga jam menunjukkan pukul 2 pagi barulah Ainul menerima balasan dari Hizwan."Alhamudillah,maafkan saya tadi saya sibuk uhmm Ainul?Ainul?"balas Hizwan namun Ainul tidak membalas hah serius membuatkan hati serta pemikiran Hizwan terganggu seketika dan memaksa dirinya menelefon Ainul."Hello Ainul?Awak kenapa tak balas mesej saya?""Oh Hizwan!Awak ada chat saya ye?maaf ye saya sibuk sangat bincang pasal staff dan perkembangan kafe sampai terlepas pandang pasal awak""Lah workaholic juga rupanya,alang-alang kita on call ni bolehlah berbual lama-lama sikit"dan tiada siapa sangka perbualan mereka berlarutan sampai jam menunjukkan pukul 4 pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience