Salah faham

Romance Series 4061

Tepat pada jam 5:30 pagi,Ainul kembali bangun setelah lena dibuai mimpi untuk beberapa jam setelah habis berbual dengan Hizwan manakala Hizwan terlebih dahulu sudah bangun untuk menunaikan solat fardhu Subuhnya."Awal anak mama bangun untuk solat Subuh?sebab kebiasaannya mama yang kena kejutkan tapi kalini lain macam pula uhmm anak mama demam ke?"kata mama sambil meletakkan telapak tangan belah kanannya didahi Ainul dan Ainul tertawa sahaja melayan kerenah mamanya itu,"Ainul tadi sempatlah tidur beberapa jam lepas habis berbual dengan Hizwan"jelas Ainul yang dibalas dengan mata terbeliak serta perasaan ingin tahu dari mamanya sendiri."Ewah Ainul sekarang pandai eh?baru 2 hari kenal Hizwan dah macam kawan tapi mesra pula mama tengok sampai tidur pun beberapa jam sahaja"haih sebaik mama kalau tak dah lama cubit-cubit sebab geram,"Kawan je mama,dia kan menteri takdenya dia suka Ainul yang low profile ni kan?ramai lagi layak untuk dia"balas Ainul seolah redha dan tidak menletakkan apa-apa harapan dalam perkenalannya dengan menteri Belia dan Sukan itu.Tiba-tiba mama bersuara lagi,"Manatahu dia suka anak mama seorang ni kan?tengoklah nanti mesti Hizwan tu jodoh Ainul kalau betul mama orang paling untung sebab apa?dapat menantu yang baik,ramah,tegas dan uhmmm pandai jaga anak mama walaupun sebagai kawan kan?"usikkan mama membuatkan Ainul geli hati tapi tidak mampu tonjolkan risau mama fikir bukan-bukan pula.Selesai sahaja solat Subuh,Ainul mula bersiap-siap lalu turun ke bawah untuk membuatkan sarapan seperti kebiasaan bersama mamanya yang tersayang tapi entah mengapa kata-kata mama tadi membuatkan Ainul seolah-olah kena menepis keadaan itu jauh mengunung agar perniagaan yang selama ini dia usahakan tidak musnah sebagainya dek kerana terlalu rapat dengan Hizwan.

Sementara itu,Hizwan seawal 6:45 pagi telah bergerak menuju ke pejabat Perdana Menteri dan mula menyelidiki setiap isu-isu semasa yang perlu akan hujahnya pada mesyuarat akan datang di dewan parlimen negara dalam kesibukan membelek kertas kerja serta penjelasan yang diterangkan oleh pengurusnya saat itu Hizwan hanya memberi respon uhmm uhmm tanda faham."Tuan okay tak ni?"tanya Erina yang melihat raut wajah Hizwan yang pucat dihadapannya,Hizwan hanya tersenyum pucat menandakan dia okay cuma sedikit penat "Uhmm Tuan nak saya telefon pemandu ke?dan tunda aktiviti tuan harini?"soal Erina lagi dan kalini tiada jawapan kerana Hizwan merebahkan kepalanya diatas meja kerja pejabat tetapi sebaik tindakan refleksi Erina membuahkan hasil dan seperti sangkaannya Hizwan memang sakit serta suhu badannya naik mendadak menjadi 40°c dalam masa yang singkat.Akhirnya Hizwan dibawa dan ditahan di Hospital Swasta berhampiran Putrajaya,ibu dan ayah Hizwan dalam perjalanan ke lokasi anak mereka ditahan.

"Mana tuan Hizwan?"tanya ibu Hizwan yang cuba berfikiran positif dan menenangkan dirinya yang pada saat itu ingin sahaja menerjah masuk ke dalam wad anaknya dirawat namun untung suaminya berjaya menepis situasi sedemikian rupa berlaku,"Puan,tuan Hizwan baik-baik sahaja dan puan dengan tuan bolehlah masuk melawat dia"dengar sahaja Erina cakap macamtu tanpa fikir panjang Puan Hasnah masuk ke dalam wad."Hizwan..hizwan ibu"panggil lirih Puan Hasnah pada ketika itu,perlahan-lahan Hizwan membuka matanya dan memandang tepat kepada dua insan yang teramat istimewa dalam hidupnya tapi mana Ainul?Ainul tak tahu ke dia ditahan?banyak persoalan yang menerpa di dalam minda Hizwan pada saat itu juga."Cik Ainul,tuan Hizwan di masukkan hospital"kata salah seorang staff kafe De Star Mo dengan reaksi tidak begitu mengambil berat dan sebaik sahaja dengar berita sebegitu,Ainul terus tergesa-gesa ke hospital dimana Hizwan di tempatkan.

"Hizwan"panggil Tiana yang merupakan kawan gadis satu Universiti Hizwan dahulu,Hizwan yang dalam posisi duduk saat itu hanya tersenyum dan terus menjarakkan dirinya dengan Tiana risau menjadi salah faham pula tanpa sengaja."Hizwan,nah rasalah sebab ni Tiana masak sendiri tau"pelawa Tiana untuk menyuap jadi nak taknak Hizwan terima sahajalah pelawaan kawannya itu dan siapa sangka insiden itu telah diperhatikan oleh Ainul.Entah mengapa hati Ainul berasa sakit dan sebak melihat kemesraan yang terjalin di antara Hizwan dengan rakan gadisnya itu,tapi nak taknak dia kena juga melawat Hizwan agar lelaki itu tidak berfikir macam-macam pasal dirinya kelak."Assalamulaikum,Hizwan ini saya Ainul datang bawa sedikit buah tangan untuk awak"tegur Ainul dalam nada bergetar seolah menahan sakit hatinya sendirian namun sakit itu seolah hilang sedikit demi sedikit bila Hizwan melebihkan layanan ke atas dirinya,Tiana hanya memandang jijik ke arah Ainul yang ketika itu sedang berbual mesra dengan Hizwan.

"Hizwan,I balik dulu tau?tak selesalah sampah ada dekat sini"minta izin Tiana dihadapan Hizwan dan Ainul,Hizwan hanya mengangguk sementara Ainul tersentak habis jadi tanpa pilihan Ainul bingkas bangun dan terlebih dahulu beredar dari tempat Hizwan ditahan.Sebaik kepergian Ainul secara mengejut,Tiana tertawa sinis tanda puas hati."Kenapa awak buat macam tu dekat kawan saya?"soal Hizwan kerana mahukan jawapan rasional dari gadis yang sudah lama dia kenali itu dan jawapan Tiana amatlah mengejut baginya,"Kita kan pasangan jadi takkanlah I nak biar perempuan murah tu rapat dengan golongan atasan macam kita ni kan?"dalam hati Hizwan nak sahaja dia bidas Tiana ni tapi tak mengapalah dia memilih untuk biarkan sahaja benda ini berlalu meskipun hati serta pemikirannya amat risau terhadap Ainul."Cik,awalnya balik?tak jumpa Tuan Hizwan ke?"soal Sarah dan secara mengejut dia melihat majikannya menangis sambil menjelaskan segalanya dan dengar sahaja segala penjelasan Ainul itu,Sarah menenangkan Ainul dengan memberikan air putih lalu memberikan kata-kata positif tanpa jemu kepada Ainul saat itu hinggakan panggilan dari Hizwan diabaikan sepanjang hari itu.

Setelah insiden itu,hampir 3 hari Ainul tidak berhubung dengan Hizwan dan iye Hizwan amat terganggu dengan salah faham yang dibuat oleh Tiana sendiri."Erina,Cik Ainul ada hubungi awak tanya?"Hizwan tanya terus dihadapan Erina yang sedang sibuk memberitahu jadual kerjanya harini dan Erina hanya membalas dengan menaikkan keningnya tanda musykil,"Oh tiada pula,kenapa tuan?"seperti yang disangka gadis itu memang merajuk atau salah faham dengan situasi yang difikirkannya sendiri pada saat itu.Tanpa membuang masa Hizwan terus menuju ke kafe milik Ainul bersama Erina disampingnya jadi nak taknak Erina terpaksa ikut sahajalah kerenah tuannya ini dan siapa sangka dalam perjalanan ke kafe Ainul,Hizwan telah ternampak Ainul bersama Sarah yang sedang membincangkan sesuatu jadi tanpa membuang masa Hizwan bersama Erina terus turun dari kereta dan berjumpa dengan Ainul.

"Awak nak apa?datang sini dengan pengurus awak ini?nanti tak pasal-pasal teman wanita awak kata saya macam-macam lagi,tolonglah Hizwan jaga hati teman wanita awak tu dan saya sedar saya siapa..rasanya tak perlu kut perli saya kata saya ini sebusuk sampah sebagainya"gertak Ainul yang bersuara lantang serta tidak memandang tepat ke arah mata Hizwan,menteri Belia dan Sukan itu hanya mengeluh perlahan sambil mengusap mukanya kerana sangkaannya betul memang Ainul akan salah faham."Dengar sini Ainul,saya dengan perempuan nama Tiana tu kawan sahaja kami tiada apa-apa perhubungan dan kalau awak tak percaya tanyalah ibu saya sendiri"jelas Hizwan sambil mengeluarkan telefon pintarnya dan seolah mendesak Ainul untuk menelefon ibunya sebagai kepastian."Tak perlu Hizwan tak perlu,saya harap lepas ini awak berbahagialah dengan Tiana"balas Ainul ringkas sebelum sambung berjalan dengan Sarah tanpa menoleh kebelakang melihat sosok tubuh Hizwan bersama pekerjanya yang bernama Erina itu,"Tuan,sabar iya?mungkin Cik Ainul tertekan tu sebab Sarah staff Cik Ainul sendiri beritahu yang sekarang ni Cik Ainul kena persiapkan suatu projek untuk perkembangan kafenya sendiri"Erina mencelah bagi membiarkan Hizwan tahu tentang situasi kawannya itu.

"Cik,kenapa menangis lagi ni?"Sarah tanya lagi tapi kali ini tiada jawapan dari Ainul sendiri,"Cik salah faham dan lagipun Tuan Hizwan dah jelaskan segalanya bukan?Cik kenal lah rendahkan ego dan fikir positif sebab tak akanlah Tuan Hizwan nak menipu tentang status dia kan?kalau dia tipu semestinya dia tak bagi cik telefon ibunya"pujuk Sarah dan Ainul mula tersenyum lirih memandang staffnya yang tidak pernah jemu untuk membaikkan hubungan dirinya dengan Hizwan saat kini yang semakin keruh,"Terima kasih Sarah,saya amat hargai semua usaha awak untuk baik akan hubungan kami berdua"selafaz sahaja sedemikian rupa,terus Ainul telefon Hizwan dan meminta maaf.Sarah berasa lega sangat apabila mendengar gelak ketawa serta senyuman Ainul yang terjadi kerana senda gurauan dari Hizwan sendiri dan Sarah yakin bahawa majikannya ini ada jodoh dengan Menteri Belia dan Sukan.

"Tiana datang jumpa aunty ada sebab"sapa Tiana yang menemui Puan Hasnah iaitu ibu Hizwan,"Jemput duduk Tiana jadi hal apa yang kamu nak sampaikan dekat aunty ini?"soal Puan Hasnah tanpa membuang masa."Tiana nak bertunang dengan Hizwan boleh?Tiana sayangkan Hizwan sangat-sangat dan aunty pun tahu Tiana disisi Hizwan dah berapa lama kan?"rayu Tiana dan jawapan Tiana itu secara tak sengaja telah mengundang tanda tanya yang tak berpenghujung oleh ibu Hizwan seorang ini,"Uhmm yang itu bukan urusan aunty kerana soal jodoh ini melibatkan hati,andai Hizwan suka Tiana mungkin boleh dipertimbangkan.Maaf aunty sibuk,nanti kita bincangkan lagi hal ini"ringkas sahaja jawapan Puan Hasnah yang kemudian bingkas bangun lalu keluar dari biliknya meninggalkan Tiana seorang diri.Tiana mengenggam erat beg tangannya tanda marah kerana dia tahu sudah pasti Hizwan tidak sudi beristerikan dia tambahan kehadiran Ainul didalam hidup Hizwan mengubah persepktif lelaki itu dari seorang yang kuat berkerja,kini menjadi seorang yang santai."Aku akan pastikan Ainul tu pergi menjauh dari Hizwan dan Hizwan akan kekal jadi milik aku"monolog Tiana lagi sambil tersenyum sinis.

Hizwan tidak fikir apa seterusnya akan berlaku di dalam hubungannya dengan Ainul tapi yang pasti Hizwan sentiasa akan menjaga Ainul sebaiknya dia menjaga kedua orang tuanya,begitu juga dengan Ainul yang secara perlahan menyimpan perasaan dekat Hizwan tetapi kerjanya tetap konsisten serta menjadi nombor 1 selain keluarganya sendiri."Ainul,awak suka lelaki macam mana"soal Hizwan mengejut jadi nak taknak Ainul kena jawab juga "Saya suka lelaki yang baik,tegas,ramah,konsisten buat kerja,hormat keluarga dia dan saya lepastu mampu memasak walaupun tak sefasih mana"dengar sahaja kriteria yang Ainul sebutkan membuatkan Hizwan yakin bahawa dialah yang layak untuk ahli perniagaan ini tapi dia tak mahulah luah perasaan dekat Ainul risau kena harapan palsu sahaja jadi lebih baik dia mengenali gadis ini dengan lebih mendalam."Kalau Hizwan,suka perempuan yang baik,tegas,pandai bahagi masa,lembut hati bila dengan Hizwan,hormat kedua ibu bapa Hizwan dengan dia dan merendah diri"balas Hizwan balik ke atas kriteria lelaki idaman yang dia ajukan dekat Ainul tadi,Ainul tersenyum tanda setuju sebab Ainul masih tak meletakkan harapan yang tinggi dalam perkenalan mereka selama beberapa hari ini."Awak,nanti ambil cuti tau?kita jumpa ibu saya dekat Muar"ajak Hizwan dan Ainul buat simbol ok tanda setuju setelah bertemu dihadapan kafe kini Ainul mula kembali ke dalam pejabat yang terletak di dalam kafe keberedarannya diperhatikan oleh Hizwan.

"Nampak macam kau ada hati dengan dia sahaja"tegur suatu suara,perlahan-lahan Hizwan membalikkan tubuhnya lalu melihat sosok tubuh tersebut dan seperti yang disangka suara seorang lelaki."Aku Danial Rahman,kenalan rapat Ainul dan semestinya kau pasti Menteri Belia dan Sukan yang baru dilantik kan?Hizwan Rayyan"bual lelaki bernama Danial itu dihadapan Hizwan tapi sebaliklah Hizwan jenis tak fikir negatif,dia senyum dan bersalam tanda perkenalan dengan individu tersebut sebelum minta izin untuk berundur.Melihat Hizwan semakin menjauh membuatkan hati Danial makin nak menjadikan Ainul sebagai miliknya kerana Danial memang dah lama pendam perasaan dekat gadis itu,tapi apakan daya Ainul masih tidak menyedarinya dan dia makin rasa terancam dengan kehadiran orang Hizwan pada saat begini sedikit sebanyak merangsang Danial untuk semakin mendekati Ainul."Siasat lelaki bernama Danial Rahman tadi dan segala maklumatnya saya nak esok"arah Hizwan kepada pemandunya sambil membetulkan kacamata yang dikenakan seharian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience