BAB 3

Romance Completed 3761

“ Itulah masalah korang, masing-masing suka sama suka tapi susah betul nak luahkan. Ego tak bertempat! Tak faham betul aku dengan korang ni” Bebel Adawiyah.

Hikaru Ayuni menadah telinga mendengar bebelan kawan baiknya itu “ Entahlah Atul, aku tak ada jawapan untuk soalan kau tu. Mungkin jodoh aku dengan Ashriq tak panjang agaknya. Lagipun orang tua Ashriq tak restu hubungan kami, aku tak naklah jadi penghalang rosakkan hubungan mereka anak beranak”

Adawiyah memandang Hikaru Ayuni gadis kacukan Inggeris itu “ Itulah kau Hikaru, mudah sangat mengalah. Kau kena pertahankan hubungan kau tu, bayangkan lima tahun kau dengan Ashriq, takkan nak putus macam tu je. Sayang tau” Nasihat Adawiyah seperti dia pula yang bercinta.

Hikaru Ayuni terdiam. Berlawan cakap dengan Adawiyah sudah macam gaya pergi berperang. Agaknya, waktu universiti dulu teringin nak jadi lawyer, itu yang terbawa-bawa sampai sekarang.

“ Ashriq, awak buat apa kat sini?” Riak wajah Hikaru Ayuni jelas terkejut. Kemunculan Ashriq di depan butik pengantin lewat petang itu benar-benar mengejutkan Hikaru Ixora.

Wajah Ashriq ternyata serba-salah ketika memandang Hikaru Ixora. Tidak tahu pula dia akan bertembung dengan gadis itu di situ. “ Err…saya tak buat apa-apa pun, Hikaru. Saya datang…” Belum sempat Ashriq menghabiskan kata, muncul seorang gadis bertubuh tinggi lampai memaut mesra bahu Ashriq.

Hikaru Ayuni hampir pengsan melihat drama yang sedang berlaku di hadapannya ketika itu. Dia tidak menyangka sampai rapuhnya cinta Ashriq padanya. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Kalau tidak dikuatkan iman, waktu itu juga dicekik-cekik lelaki itu yang hanya tahu mempermainkan perasaannya sahaja.

“Honey, what’s wrong?Who is girl, honey?” Tegur gadis itu dengan suara manja menggoda yang sengaja dibuat-buat. Dia menghadiahkan jelingan kepada Hikaru Ixora.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience