BAB 6

Romance Completed 3761

“ Cantiknya kau, Hikaru. Meletup gitu” Puji Adawiyah.

“ Hisy, kau ni. Ajak makan je pun. Kau suruh aku pakai gaun ni apahal? Buang tabiat ke?” Hikaru Ayuni memandang pelik ke arah Adawiyah.

“ Tak mengapa Hikaru, yang penting kau cantik sangat malam ni tau” Pujinya berserta sengihan.

Hikaru Ayuni menjungkit bahu. Dia masuk ke restoran Jazz House Buffet Steamboat sambil Adawiyah mengekorinya dari arah belakang. Hikaru Ixora mengambil tempat berhadapan Adawiyah. Tidak lama kemudian, pelayan datang membawa senarai menu ditangannya. Hikaru Ayuni membelek-belek menu yang tersenarai dalam buku tersebut. Dia menghalakan pandangan ke arah Adawiyah yang sedang duduk kegelisahan.

“ Atul, kau ni kenapa? Resah semacam je, macam kucing hilang anak aku tengok ni” Soal Hikaru Ayuni pelik.

“ Hikaru, kau order dulu la ya. Aku nak ke toiletkejap. Aku tak boleh tahan dah ni” Kaki Adawiyah terkepit-kepit.

“ Hurm yalah. Aku orderdulu. Jangan lama sangat pulak dalam toilet tu” Hikaru Ayuni mengingatkan Adawiyah.

Adawiyah tersengih.

Lima belas minit berlalu, bayang Adawiyah tak muncul-muncul lagi. Pelayan pula datang membawa makanan yang dipesan. Dua pinggan nasi, acar dan ikan sweet sour sudah terhidang di atas meja.

“ Cik Hikaru, terimalah free gift dari kami. Tentu Cik Hikaru suka hadiah ni” Beritahu pelayan itu. Kotak berikat reben dihulurkan kepada Hikaru Ixora.

Hikaru Ayuni membuka kotak berisi cupcake itu. “ Ops sorry, tapi saya tak order pun cupcake ni”

Pelayan itu berlalu meninggalkan Hikaru Ayuni dengan seribu tanda tanya. Hikaru Ayuni merengus kuat. Ikutkan hati saat itu juga dia mahu baling cupcake itu ke dinding. Mungkin baru hatinya puas. Dia tiada mood pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience