BAB 8

Romance Completed 3761

Hikaru Ayuni mengerutkan dahi. “ Apa maksud awak, Ashriq ? Saya tak fahamlah”

Ashriq tersengih “ Saya minta maaf Hikaru. Kalau saya tak buat macam tu, sampai bila pun saya tak tahu yang awak ni sayang kat saya. Saya ingatkan awak akan ambil peduli, Hikaru lepas saya dan sepupu saya berlakon untuk bagi awak cemburu. Trust me, Hikaru. I’m still love you” Kali ini wajah Ashriq penuh berharap.

Hikaru Ayuni mengeluh “ Jadi, Sarah tu cousin you?”

Ashriq mengangguk perlahan. “ Kalau Atul tak citer semua ni kat saya, saya rasa sampai bila-bila pun saya tak tau”

Hikaru Ayuni terkejut. Adawiyah ? Satu lagi kejutan buatnya. Kurang asam, semua ni rancangan kau rupanya. Jadi, pertemuannya dengan Ashriq adalah plan Adawiyah. Patutlah beria-ia tadi ajak dia keluar. Nak belanja konon. Siap kau aku tuntut nanti!

“ Saya minta maaf, Ashriq. Mungkin semua ni salah saya. Saya yang ego, awak tak salah pun” Hikaru Ayuni mulai sebak.

“ Hikaru, you will married me?” Ashriq membongkokkan badannya. Kotak berisi cupcake itu dibuka. Sebentuk cincin berlian dikeluarkan ditengah-tengah cupcake itu lalu disarungkan ke jari runcing Hikaru Ixora.

Hikaru Ayuni tergamam.

“ You will married me? Hikaru, sudikah awak menjadi isteri, teman, kekasih dan ibu kepada anak-anak saya nanti?” Soalnya lagi.

“ Yes, I will” Hikaru Ayuni tertunduk malu. Wajahnya merona kemerahan. Mata-mata yang memandang dia tidak hiraukan.

Wajah Ashriq kelihatan gembira “Hikaru, saya tau yang awak memang tak suka makan cupcake ni, tapi saya nak awak tau bila awak makan cupcake ni, saya nak awak ingat pada saya je”

“ Ashriq, saya nak cakap sesuatu” Hikaru Ayuni meminta izin.

Ashriq mendongak. Dia risau sekiranya Hikaru Ayuni berubah fikiran.

“ I hate you…but I love you” Ucap Hikaru Ayuni dengan nada perlahan namun masih boleh didengari oleh Ashriq.

“ I love you too, Hikaru ” Ashriq tersenyum bahagia.

Bibir Hikaru Ayuni turut menguntum senyuman bahagia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience