Rate

Bab2

Romance Series 1628

Kereta Mercedez Benz milik Ariq diberhentikan di hadapan Klinik Hazrin.Enjin dimatikan lalu pintu keretanya dibuka.Langkah diatur panjang menuju ke pintu masuk klinik tersebut.

"Selamat datang.Encik ada temu janji dengan mana-mana doktor ke?"soal jururawat tersebut ketika Ariq sampai di kaunter.

"Saya datang sini sebenarnya nak jumpa kawan saya,Doktor Hazrin"balas Ariq."Kejap saya panggilkan"ujar jururawat itu.

Setelah beberapa minit menunggu,jururawat itu datang semula."Maaf encik.Doktor Hazrin ada temu janji dengan pesakit.Encik duduklah dulu dekat ruangan menunggu"katanya."Terima kasih ya"balas Ariq.Pembantu itu hanya tersenyum.

Ariq berjalan ke ruangan menunggu.Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang disediakan.Matanya memerhati segenap ruang klinik.Suasana di ruangan itu agak lenggang.Hanya ada Ariq di situ.

"Diam!Jangan menangis boleh tak?Semak laaa kepala aku!"kedengaran suara seorang wanita sedang menengking anaknya.Mata Ariq terus tertumpu ke arah mereka.

"Kau ni kan.Kau pekak ke?Telinga kau letak mana ni hah?!"tengking wanita itu lagi.Bukan itu sahaja,tangannya turut menampar pipi dan memulas telinga anaknya.

Ariq yang melihat kejaduan itu mula panas hati.Dahinya berpeluh.Jiwanya mula trauma.Ingatannya melayang mengingati masa lalunya yang pahit.Dengan pantas dia memegang dan menggeleng kepalanya.Dia cuba melupakan peristiwa itu.Dia risau dia tidak dapat mengawal dirnya.Lagipun sekarang Ariq di tempat awam.Namun begitu,tetap dikuatkan hati untuk melihat situasi tadi.

"Mama,sakit...."rintih kanak-kanak itu sambil menangis."Kau tau sakit,kau jangan menangis laaa.Nanti aku cubit kau sampai lebam.Kau faham tak?"balas wanita itu semula.Kali ini dengan lebih drastik,dia menolak bahu anak perempuannha hingga jatuh terduduk.

"Kau bangun cepat.Nanti orang nampak orang ingat aku dera kau pulak.Bangun cepat"kata wanita itu sambil menarik baju anaknya supaya dia bangun.Dan ketika itu secara tidak sengaja matanya bertembung dengan Ariq yang setia menjadi penonton sedari tadi.Dia cuba tersenyum namun dalam masa yang sama hatinya risau ke rana dia pasti Ariq melihat kejadian tadi.

"Jom balik"ujarnya lembut.Kali ini tiada lagi suara kasar.Ariq yang menyedari wanita itu mahu pulang terus menuju ke kaunter.

"Nurse,bagitau Doktor Hazrin saya tak jadi jumpa dia.Saya ada hal sekejap"ujar Ariq.Dia mengatur langkah keluar dari situ.Dia mengekori wanira itu.Dilihatanha wanita dan kanak-kanak itu memasuki kereta toyota.

"SBA 3001,SBA 3001"Ariq mengulang beberapa kali nombor plat kereta toyota tadi.Dia mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluarnya.Dibukanya pintu kereta lalu dihidupkan enjin.Sementara menunggu enjin keretanya panas,matanya tajam memerhari kereta toyota tadi.

Kereta wanita itu mula meluncur keluar.Ariq menunggu sebentar.Setelah dapat mengagak jarak yang sesuai,dia mula mengekori kereta tadi.


. . . . . . . . . . . . .
"Dia ni ikut aku ke apa?"getus hatu wanitanya.Walau pun kereta Mercedez itu berselindung di sebalik kereta yang lain,namun dia pasti kereta itu mengekorinya.

Balik rumah terus laa"katanya di dalam hati."Mama,Ika lapar"ujar anaknya,Aricka."Kau jangan cakap banyak boleh tak?"Dia membalas kasar.

Malika membelokkan keretanya memasuki taman perumhannya.Dia menjeling cermin keretanya."Satu taman dengan aku kot"dia cuba menyedapkan hati.Stereng kereta dipulas ke arah di mana rumahnya terletak.

"Betul laa satu taman dengan aku.Lorong je lain-lain"katanya sambil tersenyum.Malika menarik nafas lega.Dia keluar untuk membuka pagar rumah.Tanla disedarinya,sepasang mata kekal merhati tindak-tanduknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience