Rate

Bab 1

Romance Series 1628

Kedengaran nafas seorang lelaki tersekat - sekat menahan kesakitan yang dialaminya.Keadaannya tidak ubah seperti nyawa-nyawa ikan.Darah mengalir keluar seperti paip bocor dari tubuhnya.

"Ma..maafkan aku.To,tolong jangan bunuh aku"rayunya pada satu susuk tubuh yang berdiri di hadapannya.

"Merayu lagi!Aku suka dengar kau merayu!Lelaki macam kau memang patut mati!"tengking suara itu perlahan lalu dia tertawa kecil.Hatinya langsung tidak tersentuh mendengar rayuan itu.Susuk itu mengeluarkan pisau dan kain dari poketnya.Dia merenung pisau tersebut.

"Tolonglah"rayu lelaki itu lagi.Tanpa belas kasihan,susuk tadi terus mengangkat pisau lalu merodok perut mangsanya.

"Arggghhh!!"suara itu bergema memecah keheningan malam.Tiada lagi nafas tersekat-sekat.Yang ada hanyalah hanyalah sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa.

Ariq mengelap hulu pisau yang digunakan untuk membunuh tadi supaya cap jarinya hilang.Matanya tenang memandang mayat lelaki itu sambil tersenyum puas.

Ariq mencampak pisau ke dalam longkang.Dia meregangkan tubuhnya.Diheretnya mayat itu lalu dicampakkan di tepi tong sampah besar.Selesai menyembunyikan bahan bukti,Ariq berjalab menuju le rumahnya tanpa perasaan bersalah.



. . . . . . . . . .

Jam di dinding menunjukkan angka 8:45 pagi.Kedengaran bunyi kuali dan senduk berlaga menandakan Puan Mariana sedang menyediakan sarapan pagi.

"Ariq ni tak bangun lagi ke?Aih...Dah 8:45 dah ni.Selalunya 7:30 dah terpacak kat meja makan"monolog Puan Mariana sendirian.

Puan Mariana menuang nasi yang sudah digoreng ke dalam sebuah mangkuk besar.Diambilnya dua biji pinggan dan sudu kecil lalu diletakkan bersama nasi tadi.Setelah itu,dia berjalan menuju ke bilik anak lelakinya yang terletak di sebelah ruang tamu.

"Ariq,bangun Ariq.Dah pagi ni"tutur Puan Mariana dengan kuat sambil mengetuk pintu bilik anaknya.Panggilannya tidak bersahut.Puan Mariana menguak pi tu bilik perlahan-lahan."Ya Allah Ariq.Dah pagi pun berselimut lagi"bebel Puan Mariana.

Digoncang lembut tubuh Ariq."Ariq bangun".Masih tiada respons.Akhirnya dicubit pinggang Ariq kegeraman."Adoii ibu!Sakitlah",Ariq terjerit.

"Tau sakit. Bangun!Dah pagi ni.Sarapan pun dah siap"ujar ibunya sambil menggeleng kepala.

"Alaaa ibu.Hari ni Sabtu kan.Relax laa"rungut Ariq.Mindanya menerawang memikirkan hal semalam.Terkoyak senyuman kecil di wajahnya.

"Ye laa,Ariq nak mandi ni"tutur Ariq sambil mencapai tuala lalu melangkah menuju ke bilik air.

"Ibu turun duly.Jangan tidur dalam bilik air pulak"kata Puan Mariana sambil tersenyum kecil.


. . . . . . . . . . . .
Seusai mandi,Ariq berjalan menuju ke dapur.Langkah diatur ke meja makan.Ditariknya kerusi lalu duduk.

"Ibu dah makan?"tanya Ariq."Dah lama habis makan.Ni nak tengok berita kejap."Ye laa,Ariq makan dulu"balas Ariq.

Puan Mariana menghidupkan televisyen.Dia memilih saluran yang akan menayangkan berita pagi.

"Salam sejahtera.Berita pagi ini.Seorang mayat lelaki dijumpai di tepi sebuah tong sampah di tepi sebuah restoran"kedengaran suara wartawan menyampaikan berita melalui corong televisyen.

"Mayat itu dijumpai pada jam 5:00 pagi tadu.Mangsa dipercayau telah dikelar di lehernya berkali-kali sebelum di bahagian perutnya.Mangsa merupakan Pengarah Syarikat Hawaz Holdings.Pihak polis masih membuat siasatan untuk mencari suspek.Namun suspek telah berjaya menghilangkan semua bahan bukti dan menyukarkan siasatan dijalankan.Pihak polis mengandaikan bahawa kes kali ini mempunyai hubung kait dengan kes misteri pembunuhan sebelum ini"sambung wartawan itu lagi.

"Haihhh...Manusia zaman sekarang.Pantang salah sikit semua nak bunuh"rungut Puan Mariana.Ariq yang mendengar berita dan rungutan ibunya cuba menyembunyikan senyum sinisnya dengan menundukkan wajahnya ke bawah.

"Ibu na ti Ariq nak keluar kejap"ujar Ariq."Nak ke mana"soal ibunya."Jumpa kawan"balas Ariq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience