Rate

Bab3

Romance Series 1627

Seusai selesai 'urusannya'Ariq pulang ke rumah.

"Assalamualaikum. Ibu o ibu"sapa Ariq dari luar rumah.

"Waalaikumsalam,masuklah"balas ibunya dari dalam rumah.Ketika itu,Puan Mariana sedang berehat di ruang tamu.

"Tadi Ariq pergi mana?"tanya Puan Mariana."Ariq ingat nak jumpa Hazrin tapi dia busy pulak.

"Ibu,esok Ariq kena pergi restoran.Ada kerja sikit"ujar Ariq."Tapi bukan biasanya hari minggu pekerja Ariq je yang kerja?"tanya ibunya."Ye,tapi urusan ni penting sangat.Ariq kena ada sekali"balas Ariq.
"Ariq"panggil Puan Mariana."Ye ibu"balas Ariq."Ariq dah masuk 22 tahun,tak nak kawin lagi ke?"tanya Puan Mariana berterus-terang."Kenapa ibu tanya macam tu?"soal Ariq semula."Eh,ibu umur macam Ariq dah kawin tau"balas ibunya."Alaaa ibu,ibu dengan Ariq lain laa"ujar Ariq sambil tertawa kecil.

"Ibu ni makin tua bukannha makin muda Ariq oii.Teringin nak tengok anak bujang ibu ni kawin"kata ibunya.

"Laaa,ibu ni...Okey nanti Ariq cari calon isteri eh...Ibu cakap je nak yang macam mana"ujar Ariq masih tertawa."Cakap macam tu dah ada orang ke"usik ibunya."Ada,ibu laa"balas Ariq.Dua beranak itu tertawa.


. . . . . . . . . . . .
Sudah beberapa hari berlalu sejak Ariq mengekori wanita itu.Sepanjang dia menjalankan 'urusannya',wanita itu langsung tidak perasan kehadirannya.Banyak maklumat yang dia berjaya peroleh.Sekolah anak wanita itu juga telah diketahui.Hanya beberapa langkah lagi sebelum langkah terakhir bermula.

Hari itu,Ariq mengambil keputusan untuk 'bersiar-siar'dengan anak wanita itu.Dari pengetahuannya,wanita tersebut selalu mengambil anaknya lambat dari sekolah.Padahal anak itu baru berusia 8 tahun.

Ariq menjeling jam tangannya.'Baru 1.45 petang'getus hatinya.Dia tidak boleh datang ke sekolah tersebut terlalu awal.Nanti orang lain nampak payah jadinya.'Tunggu dalam pukul 3.00 nanti'katanya lagi di dalam hati.

Ariq memandu kereta menuju ke restoran miliknga.Dia memberhentikan keretanya di hadapan restoran tersebut.Namun begitu,dia tidak berhasrat untuk masuk ke dalam.Dia hanya mengelamun di dalam kereta.Dalam pada itu,tiba-tiba matanya terpandang seorang gadis.Entah mengapa hatinya tertarik untuk melihat gadis itu.

Lantas dimatikan enjin keretanya.Dia turun dari kereta.Matamya masih belum lepas mengikuti langkah gadis itu.Hatinya terlalu kuat untuk mendekati gadis itu.

"Maira,meh tolong umi"sapa seorang wanita sebaya ibu Ariq kepada gadis itu."Ye ibu,kejap"balas gadis itu.Barangkali namanya Maira kerana wanita itu memanggilnya sebegitu.

Saat Maira berpusing untuk menuju ke arah uminya,saat itu jugalah mata Ariq bertentang dengannya.Maira menghadiahkan senyuman manis untuk Ariq.Ariq pula seolah angau dengan senyuman itu.

Ketika itu,terngiang katanya kepada ibunya,'nanti Ariq cari calon.Cakap je ibu nak yang macam mana'.Terkoyak senyuman di wajah Ariq.'Dah jumpa calon'hatinya menggumam.

"Encik,encik?Ni kenapa berdiri di tengah jalan ni?Orang nak lalu.Nak berangan pon jangan laa dekat sini"tegur satu suara.Ariq menoleh ke belekang.Dilihatnya seorang lelaki berusia awal 20-an.

Matanya tajam merenung remaja itu dalam masa yang sama dia berasa malu.Lelaki iti tertunduk direnung tajam sebegitu.

"Maaf,maaf"ucap lelaki itu lalu terus berjalan jauh dari situ.Ariq pula hampir tertawa melihat lelaki itu berjalan laju meninggalkanny.Dijelingnya jam tangan.'Aduh,dah 2:30'hati Ariq merungut geram.Tu laaa berangan sangat tadi.Terus Ariq berjalan memasuki keretanya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience