Series
1075
Kicauan burung yang menyanyi lagu riang dari luar perkarangan Suria Cherating Beach Resort menganggu lenaku. Aku menarik gebar ke paras kepalaku. Namun, tiba-tiba gebarku ditarik laju. Aku mula terkejut lalu membuka kelopak mataku. Kelihatan wajah Putri Syarifah Anida tersengih-sengih memandangku.
"Wake up my dear. Matahari dah tinggi. Cepat siap. Jam 10 nanti Ayah Long cakap dah nak berkumpul." Putri Syarifah Anida mula membebel padaku.
"Nida, give me 5 minute please. Farah rasa mengantuk lagi." Aku merayu padanya.
"No Farah. Please wake up. Kalau Farah tak nak bangun Nida panggilkan Abang Azlan." Sebaik mendengar nama lelaki itu aku terus terpacak berdiri. Risau kalau Putri Syarifah Anida panggilkan abang dia. Bukan tidak pernah Puteri Syarifah Anida berbuat demikian. Trauma jadinya bila teringatkan peristiwa Abang Megat Azlan Syah masuk ke kamar kami untuk kejutkan aku semasa Aidilfitri yang lalu.
"Bangun pun. Takut sangat ko ni dengan Abang Azlan." Putri Syarifah Anida mula memerlikan aku.
"Awal lagi lah Nida. Farah mengantuk lagi." Aku menjawab sambil menguap dan turut membetulkan cadar.
"Itulah Farah siapa suruh tidur lewat semalam. Anida tengok macam mesra je Abang Hariz dengan Farah semalam. Ada apa-apa ke?." Putri Syarifah Anida mula menduga, Aku terpana seketika. Cuba untuk berlagak biasa sahaja.
"Apa yang Anida nampak?. Kami karaoke bersama?. Sebelum tu Farah pun nyanyi dengan Abang Azlan jugak." Aku cuba mendalih.
"Nampak mesra. Abang Hariz merenung Farah masa dia nyanyikan lagu Bryan Adams tu. Tajuk Everything I do kan.?" Tutur Putri Syarifah Anida sambil mencuit hidungku.
"Pandai je lah Anida ni." Ujar ku sambil tertawa. Rupanya renungan dari mata Abang Syed Hariz dapat dikesan oleh Putri Syarifah Anida.
Semalam, aku cuba untuk beraksi biasa untuk mengelakkan dikesan oleh saudara mara.
Terbayang lagi peristiwa semalam. Rasanya macam dah lama kami tidak meluangkan masa bersama-sama. Alhamdulillah sempena persiapan majlis perkahwinan Abang Syed Nazrin, kami dapat berkumpul bersama. Kami mengadakan barbeque di tepi pantai. Sambil menikmati ayam dan sotong bakar, kami berkaraoke bersama.
"Farah, lagu ni abang tuju untuk farah. Lagu dikirim bersama jagung bakar. "Terdengar suara Abang Megat Azlan Shah dan serentak dengan itu haruman bau jagung bakar meresap masuk ke dalam rongga hidung ku.
“Amboi Lan, untuk Farah je? Untuk aku tak de ke bro?." Kedengaran suara abang Syed Farihin dari sebelah ku.
"Ye lah abang ni. Untuk Anida pun tak ada ke?." Putri Syarifah Farah turut memprotes. Abang Megat Azlan Syah ketawa.
"Apa lah korang ni. Lan baru nak ambil feel nak berromantis dengan Farah. Kacau daun je."Ujar Abang Megat Azlan Shah. Aku terkejut tapi tetap mengukir senyum kerana Abang Megat Azlan Shah biasa bergurau begitu. Namun katanya itu juga turut merubah raut wajah dari Abang Syed Hariz yang duduk betul-betul di hadapan ku.
"Eh, Lan. Orang yang kau nak romantis tu adik aku tau. Kau jangan nak main-main bro. Sekali kau mainkan dia seumur hidup kau kena mengadap aku. " Tegas Abang Farihin memberi amaran.
"Bro, andai tertulis jodoh aku dengan dia. Akan ku jaga hingga akhir hayat ku bro. " Balas Abang Megat Azlan Shah sambil ketawa. Sekali dengar macam benar. Sekali dengar macam bergurau. Sepupu ku yang lain turut tertawa. Aku hanya mampu tersenyum menahan malu.
"Tepi sikit Anida, abang nak duduk sebelah buah hati abang." Ujar Abang Megat Azlan Syah sambil menarik tangan adiknya dan melabuhkan punggungnya di sisi aku. Menjerit Putri Syarifah Anida dibuatnya kerana hampir terjatuh badannya ditarik Abang Megat Azlan Syah. Aku mengerling pada Abang Syed Hariz. Dia kelihatan mengibas-ngibaskan badannya. Aku tahu dia tidak selesa dengan apa yang telah dituturkan oleh Abang Megat azlan Syah tadi. Kemudian aku mengalih pandangan dan melayan setiap bual bicara Abang Megat Azlan Syah.
Sedang aku menikmati sotong bakar yang ialah dilumurkan Sos Pencicah Indah Rasa, Abang Syed Hariz merapati aku. Kemudian menghulurkan pinggan yang berisi beberapa ketul ayam dan kambing bakar. Aku menyambutnya kemudian abang Syed Hariz melabuhkan punggungnya di hadapan aku.
"Selalu ke Azlan cakap macam tu dengan Farah?" Tanya Abang Syed Hariz dengan suara yang perlahan seakan berbisik dengan aku walaupun ketika ini Abang Megat Azlan Shah sudah mengangkat punggung kerana dipanggil oleh mamanya.
"Abang Azlan kan selalu menyakat Farah. Jawab ku. Tersenyum untuk melegakan hati Abang Syed Hariz.
“Abang risau." Mendatar sahaja suara Abang Syed Hariz.
"Kenapa?." Soal ku.
"Abang takut dia maksudkannya." Abang Syed Hariz memandang tepat pada aku. Kakinya menguis-nguis kaki aku.
"Ehem. Bila nak habis makanan dalam pinggan kalau masing dok bertentang mata je ni." Tiba-tiba tegur satu suara yang aku sangat kenali.
"Eh, abah. Abah dah makan.?" Aku mempelawa abah sebaik abah mendekati aku dan Abang Syed Hariz.
“Jemput makan Ayah Teh. Abang Syed hariz turut mempelawa abah.
"Ayah Teh dan makan tadi. Dah berusia ni makan sikit pun dah kenyang." Kemudian abah melabuhkan punggungnya disisiku.
“Pinggan siapa banyak ni.? Soal abah sebaik melihat beberapa pinggan yang berisi sisa makanan di atas meja.
“Pinggan artis baru kat depan tu." Jawabku sambil merujuk pada Putri Syarifah Anida yang sedang menyanyi bersama Syarifah Azharina. Abang Syed Haris dan abah tergelak dengar jawapan aku.
"Kemas-kemas lah. Dah lewat ni. Esok nak bangun pagi. Adik tidur dengan siapa?"
"Dengan Anida dan Adila."Jawabku.
"Kalau macam tu okey lah. Abah nak masuk tidur. Mama kamu tu kurang sihat sikit. Pening katanya. Abang mana? "Soal abah setelah kelibat abang Syed Farihin tidak kelihatan.
"Farihin masuk bilik dah Ayah Teh. Katanya ada hal tadi."Jawab Abang Syed Hariz kerana dia berkongsi bilik dengan Abang Syed Farihin.
"Farah.. are you dreaming.? Kedengaran suara Syarifah Anida memecahkan gegendang telingaku.
"Hurry please. Putri Syarifah Anida menolak aku ke kamar mandi. Belum sempat kaki melangkah masuk, pintu ditolak dari luar dan kelihatan susuk tubuh Abang Megat Azlan Shah serta Putri Syarifah Adila berdiri di depan pintu. Aku yang terkejut terus meluru masuk ke kamar mandi.
Majlis akad nikah antara Abang Syed Nazrin bin Syed Muhammad dan pasangannya Nik Widya Ardilla binti Nik Wahid berjalan dengan lancar. Selepas majlis akad nikah, majlis resepsi diadakan pada hari yang sama jam 2.00 petang di ballroom Suria Cherating. Bertemakan Perkahwinan dalam taman dan banyak mengambil inspirasi perkahwinan inggeris dalam dekorasinya.
Seminggu selepas selesai majlis resepsi di pihak pengantin perempuan, tiba giliran majlis resepsi di kediaman Ayah Long pula. Seperti biasa, Ayah Long masih mahukan tradisi lama iaitu kenduri diadakan secara rewan
g bersama sanak saudara kami. Kami semua mula berkumpul sehari sebelum kenduri. Hidangan utama dimasak oleh adik beradik abah. Semua pencuci mulut dan santapan pengantin
! oleh Kak Syarifah Madina dan pekerja di resortnya. Aku dan para sepupu yang lain menyiapkan cenderahati untuk tetamu.
Suasana begitu meriah di perkarangan kediaman Ayah Long dan Mak Long. Ramai tetamu mula hadir memenuhi khemah yang dijadikan tempat bersantap para tetamu. Tepat jam 11.30 pagi, pasangan pengantin tiba diiringi oleh kumpulan motosikal berkuasa 250cc iaitu dari Kelab Ride for Charity. Kelab ini juga dianggotai Abang Syed Nazrin sejak 3 tahun lalu. Selain itu, pasukan kompang dari kumpulan kompang anak yatim Al Baraqah turut menyambut ketibaan pasangan pengantin.
Mak Long dan diiringi oleh Kak Syarifah Madina dan Syarifah Hanani menyambut pasangan pengatin. Kak Syarifah Adeeba diberi tugas sebagai pengapit pengantin perempuan, manakala Abang Syed Farihin yang segak berbaju melayu warna merah hati serta bersamping warna perak menjadi pengapit Abang Syed Nazrin. Aku dan sepupuku yang lain sekadar gadis dulang di hari ni.
Taktala pasangan pengantin bersanding di pelamin yang bertemakan moden kontemporari yang di dekorasi kan oleh Annur Bride's Dream, aku mula mengasingkan diri menuju ke khemah untuk mencari makanan. Sejak pagi tadi lagi perut ni minta diisi. Mungkin nasi pulut gaul kelapa yang di makan tadi belum mencukupi. Sedang aku menyuap makanan, kerusi di sebelah ku ditarik. Aku menoleh. Abang Megat Azlan Syah melemparkan senyuman sambil duduk. Dihadapannya ada sepinggan nasi yang penuh dengan lauk gulai daging.
"Mana Anida? Selalu Farah dengan Anida ni macam kembar. Mana ada Farah situlah ada Anida. " Abang Megat Azlan Syah memulakan perbualan.
"Anida kat dalam. Sedang isikan goodies bag dalam kotak untuk diberikan pada famli Kak Wirda. Tadi Farah dah ajak dia makan. Tapi katanya masih kenyang. Jadi Farah makan lah seorang. Tak tahan perut ni dah lapar sangat" ujar ku.
"Nasib baik abang teman kan Farah. Baik kan abang ni. " Balas abang Megat Azlan Syah Memuji diri sendiri sambil tertawa.
"Cantik kak Wirda. Pandai abang Nazrin pilih Isteri" Aku mengalih cerita. Memang benar Kak Wirda memiliki raut wajah yang sangat indah. Pandangan redup dan sentiasa tersenyum. Aku mula kenal dengan isteri Abang Nazrin ni semasa dia menjadi guru ganti di sekolah ku dulu. Tak sangka akhirnya dia menjadi sedara aku.
"Memang tak dinafikan cantik Wirda ni. Secantik namanya Wirda Ardilla. Tapi rasanya cantik lagi bakal isteri abang ni. " Abang Megat Azlan Syah ketawa kecil.
"Kan? " Abang Megat Azlan Shah menyoalku
"Siapa? " Aku menyoalnya semula.
"Siapa apa? " giliran Abang Megat Azlan menyoalku sambil memandangku.
"Bakal isteri abang lah. Nak kenal jugak bakal sepupu " Aku menjawab.
"Eh Farah ni. Kan Farah bakal isteri abang. " Jawapan yang keluat dari mulut Abang Megat Azlan Shah menyebabkan aku terbatuk kecil.
"Ish, abang ni. Suka cakap macam tu. Farah tak nak kawen dengan abang. Nanti abang buli je Farah. " Balasku sambil mendeguk air sirap selasih yang diberikan oleh Abang Megat Azlan Shah.
Abang Megat Azlan Syah ketawa mendengarnya. Wajah ku mula merah dengan usikkan dia. Kemudian, Abang Megat Azlan Syah terus menyambungkan ceritanya. . Membayangkan keadaan bila aku menjadi suri hidupnya. Cerita yang sangat indah dalam imaginasinya. Memastikan aku menjadi wanita yang paling bahagia disampingnya. Aku sekadar melayan setiap mimpi indah dia. Sesekali aku mengusik dia. Mengharap dia tidak hanyut dalam impian dia. Abang Megat Azlan Shah cuma ketawa. Dan aku turut tertawa sekali. Mengharapkan apa yang diluahnya hanyalah gurauan semata-mata.
"Apa yang gembira sangat ni? " Satu suara garau menghilangkan tawa kami. Kelihatan datuk sedang berusaha untuk duduk di bangku hadapan kami.
"Tak ada apa datuk. Macam biasalah abang Azlan ni. Buat lawak tak pernah habis. " Aku menjawab.
"Azlan kesian tengok Farah macam tak gembira je. Sebab tu usik dia. " Jawab Abang Megat Azlan Shah. Sah. Memang sah. Apa yang dia cakap tadi hanya gurauan semata-mata. Saje mengusik aku.
"Kamu ni Azlan. " Datuk mengelengkan kepala sambil melabuhkan punggungnya di hadapan kami.
"Farah, nanti tolong ambilkan datuk air. Rasa haus pulak. " Ujar datuk Sulaiman. Aku segera bangun. Menuruti kata datuk Sulaiman.
Aku menghulurkan segelas air sirap selasih kepada datuk dan segelas lagi buat Abang Megat Azlan Shah. Aku kembali duduk di kerusi ku. Untuk menghabiskan puding roti yang aku ambil tadi sebagai pencuci mulut. Baru sesuap puding roti, abang Syed Hariz duduk di sebelah aku.
"Dah sudah makan? " tanya Abang Syed Hariz. Aku mengangguk sambil menunjukkan puding roti di tanganku.
"Oh, abang baru nak makan. Dari tadi intai Farah tak nampak pun. Rupanya dah ada kat sini. "
"Kenapa cari Farah Hariz? " soal datuk.
"Sebab tadi ajak Anida dan Rina makan. Tapi Anida kata Farah pun tak ada teman nak makan. Cari-cari tak jumpa dah. Rupanya Farah dah kenyang kat sini. "
"Oh.. " Sepatah perkataan keluar dari mulut datuk
"Lambat lah Bro." Sampuk abang Megat Azlan Shah.
"Lain kali kalau lambat lagi tak dapat dah bro. " Sambung abang Megat Azlan Shah lagi.
"Ha ha. Okey, lepas ni aku akan pastikan aku tak lambat.Aku akan mendahului kau lepas ni bro. "Abang Syed Hariz mengangkat tangan seolah-olah berjanji. Aku memandang abang Syed Hariz. Abang Syed Hariz membalas pandanganku. Dia mengerutkan kening seolah-olah menanyakanku sesuatu.
"Kenapa tiba-tiba abang cari Anida untuk ajak makan?." Soalku dalam nada berbisik. Terdetik rasa sedikit cemburu.
"Nak cari Farah. Tapi jumpa Anida." Balas abang Syed Hariz dalam nada yang sama.
Semua sanak saudara mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin. Aku dan yang lain juga mengambil peluang ni. Aku dan semua sepupu perempuan berdiri di sebelah kak Wirda. Manakala semua sepupu lelaki berdiri di sebelah abang Nazrin. Setelah beberapa shoot, jurukamera meminta kami berdiri secara bebas. Aku masih di posisi yang sama. Malas untuk menginjak. Namun hatiku mula berdebar taktala bau perfume yang aku kenali menusuk hidungku.
"okey guys.. I count to tree and u all must be in free pose. " laung jurukamera dari Moment Fotografer.
"one, two and three" Jurukamera mula membuat kiraan. Serentak dengan itu aku dapat rasakan lingkaran tangan memaut pinggangku. Aku mengangkat wajah dan pandangan kami bertentang. Aku dan Abang Syed Hariz. Perlahan-lahan aku meleraikan lingkaran tangannya. Bimbang kalau ada mata lain yang memerhati. Aku mengelengkan kepala. Abang Syed Hariz mengerti dan memberikan aku senyuman.
Untuk shoot yang seterusnya, tiba-tiba abang Megat Azlan menghampiri aku. Dengan bersahaja dia merapatkan wajahnya hampir dengan kepalaku. Aku menjadi makin tidak selesa. Lantas aku mohon izin untuk mengundurkan diri.
Namun sebaik sahaja aku cuba untuk melarikan diri, abang Megat Azlan Shah sempat meraih tanganku. Aku menoleh padanya. Pada jemariku yang digenggam erat abang Megat Azlan Shah di atas pelamin utama dan serentak dengan itu cahaya flash dari camera memancar. Segalanya terakam sudah. Aku terus merentap tanganku dan berlari turun. Wajahku mula merona merah menahan malu.
Share this novel