Bab 4

Drama Series 1075

Pesawat Air Asia gagah menyulusuri ruang angkasa Laut China Selatan menuju ke kepulauan Jawa. Aku melemparkan pemandangan ke luar tingkap. Melihat tompokan awam yang kelihatan seperti bunga - bunga kapas kerana berada dalam ketinggian 30,000 kaki dari paras laut. Setelah hampir 2 jam 40 minit, akhirnya pesawat Air Asia mula mendarat bumi Jogjakarta. Tempat yang menjadi destinasi pilihan percutian kami kali ini. Pada mulanya aku agak keberatan dengan perancangan percutian kali ni kerana ini pertama kali aku bercuti keluar negara tanpa mama dan abah. Mengenangkan Abang Syed Farihin dan Putri Syarifah Anida yang bersungguh-sungguh mengajak ku, aku turutkan jua.
Sebaik sahaja kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Adisucipto, kelihatan Pak Supir yang telah ditempah khas oleh Kak Sharifah Adeeba sedang menanti kami. Kak Syarifah Adeeba yang juga merupakan puteri sulung Ayah Uda menjadi kami punya ketua program percutian kali ini. Kebetulan pula Kak Sharifah Adeeba kini sedang belajar di Universitas GadjaMada dalam jurusan perubatan. Oleh kerana kami tiba Jogjakarta sudah waktu tengahari, Kak Sharifah Adeeba segera membawa kami ke Olive Fried Chicken yang terletak dalam 4 km dari airport.
Usai makan, Pak Supir membawa kami ke destinasi yang pertama iaitu di Hutan Pinus Pengger yang berada di bahagian paling utara Kecamatan Dlinggo. Pemandangan di sini amat memukau mata. Memang sesuai untuk orang yang suka berfoto. Terdapat perbagai hasil seni dan yang paling menarik adalah tangan gergasi yang dibuat dari ranting pokok yang sudah kering. Putri Syarifah Anida menarik tanganku ke tangan gergasi. Disitu aku melihat Abang Farihin dan Kak Syarifah Adeeba sedang berfoto. Terdetik juga di hati apakah ada hal yang istimewa antara Abang Syed Farihin dan Kak Syarifah Adeeba ni. Aku dan Putri Syarifah Anida turut menyertai abang Syed Farihin berfoto.
"Farah, jom bergambar bersama. Anida tolong." Abang Megat Azlan Shah menghulurkan kamera Canon Eos 800D DSLR kepada adiknya. Putri Syarifah Anida akur lalu menyambutnya dan mula halakan kamera kearah kami berdua.

Hampir sejam kami berjalan-jalan di situ, Kak Syarifah Adeeba memaklumkan destinasi yang seterusnya adalah ke Rumah Hobbit dan Rumah Seribu Kayu. Lokasinya tidak jauh dari Hutan Pokok Pinus Pengger. Sepanjang perjalanan ke sana aku lihat Abang Syed Hariz tidak seceria mula-mula kami sampai tadi. Munkin kerana dia kepenatan. Lebih-lebih lagi dia baru je sahaja sampai dari Sabah sebelum kami mula memasuki balai perlepasan antarabangsa tadi.

Usai Maghrib, kami bertolak ke Villa Amaryllis di Kaliurang. Villa Amaryllis adalah sebuah banglo yang mempunyai 3 kamar tidur. cukuplah utk kami 7 orang. Abang Syed Farihin berkongsi bilik dengan Abang Syed Hariz dan Abang Megat Azlan Shah, manakala aku pula dengan Putri Sharifah Anida. Manakala Kak Syarifah Adeeba dengan Syarifah Azharina.
Setelah selesai bersihkan diri, aku keluar ke dapur untuk membasah tekak. Di ruang tamu aku lihat Abang Syed Farihin sedang bersembang dengan Abang Syed Hariz. Abang Syed Farihin meminta aku untuk membancuh seteko teh untuk dia dan abang Syed Hariz.
Dengan berhati-hati aku menuang teh ke cawan abang Syed Hariz. Dadaku kian berdebar kerana dari ekor mata aku nampak abang Syed Hariz sedang memerhatikan aku.
"Farah, duduk dulu. Dah lama abang tak bersembang dengan Farah. " Abang Syed Hariz meminta aku duduk di sebelahnya. Memang lah dah lama tak bersembang depan-depan begini. Tapi boleh katakan hari-hari Abang Syed Hariz menghubungiku. Bertanya khabar dan juga mengenai studi. Memberi kata semangat untuk menduduki final exam di matrikulasi. Dan juga mengenai hubungan kami.

"Mungkin Farah masih ragu. Tapi abang betul-betul sayang Farah. Abang nak jadi suami Farah. Dalam tidur abang, dalam jaga abang sentiasa ada Farah. Bayang-bayang Farah sentiasa mengekori abang. Adakah Farah masih ragu-ragu pada abang? "
"Abang, bukan Farah meragui abang. Tapi Farah belum bersedia lagi. Farah belum cukup matang untuk bincangkan soal hati dan perasaan ni. Farah takut. Kita sepupu. Abang kena ingat."
"Tidak haram untuk kita berkahwin Farah"
"Tapi bukankah tidak digalakkan perkahwinan sesama sepupu? "
"Farah... " mendatar suaranya menusuk telinga ku. Aku diam. Hanya dengusan nafas kami yang terdengar di corong telefon.
"Bagi Farah masa lagi abang.. Tolonglah... Hati Farah dah ada jawapan pada soalan abang. Tapi Farah perlukan ruang. Farah nak tahu penerimaan keluarga kita macammana. Abang, kalau benar abang ikhlas dengan Farah, Kalau benar abang cinta Farah. Sebab Farah pun sama. Farah sayang abang. Cinta abang. Memang hati Farah nak abang. Farah selalu impikan mahligai indah dengan abang. Tapi biarlah kita begini dulu. Tiba masanya, Farah sedia untuk jadi peneman abang. "Tuturku. Bukan sengaja aku mengelak. Tapi aku takut. Membayangkan wajah nenek cukup menakutkan aku. Kerana aku tahu hubungan ini tiada restu dari nenek Maryam.

"Kenapa senyap ni? Rindu mama dengan Abah ke? "Soal abang Syed Farihin yang duduk di depanku menyedarkan aku semula. Aku mengeleng kepala.
"Farah penat ke? muka pun nampak pucat. " tegur Abang Syed Hariz lagi. Dia menghulurkan sebungkus kuaci padaku.
"Mana Anida?" Soal Abang Syed Farihin.
"Dah tidur. "jawabku ringkas.
"Adik pun nanti tidur awal. Esok awal pagi kita nak ke Gunung Merapi. Kita booked sunrise merapi tour esok. Deeba pesan tadi." Pesan abang Syed Farihin padaku. Aku mengangguk. Setelah habis secangkir teh, Abang Syed Farihin mohon izin untuk ke bilik tidur.

Setelah bayang Abang Syed Farihin tidak kelihatan, aku segera bangun untuk ke bilik. Namun tanganku diraih oleh abang Syed Hariz. Aku kembali duduk disisinya. Abang Syed Hariz meletakkan handphonenya di hadapan ku.
"Look it Farah" Hanya itu ungkapkannya. Ringkas tapi tegas. Aku merenung pada screen handphonenya.
Aku tergaman seketika, foto aku dan Abang Megat Azlan Shah di tangan gergasi tadi.
Aku mengeluh. Geram dengan diri sendiri. Tadi, semasa berfoto Putri Syarifah Anida komen bahawa aku kelihatan kaku. Lantas aku dekatkan diri pada Abang Megat Azlan Shah. Abang Megat Azlan Shah memaut bahuku. Tanpa sedar, gambar ini turut dirakam oleh Abang Syed Hariz.
"Abang minta maaf sebab abang cemburu. Abang harap Azlan bukan pesaing abang untuk dapatkan Farah. " Abang Syed Hariz mengenggam erat jari jemariku.
Aku terdiam. Ramai saudara cakap abang Megat Azlan Shah menaruh hati pada aku. Tapi aku tidak merasakannya. Tapi apabila dengan abang Syed Hariz aku dapat rasa getaran itu. Abang Syed Hariz. Abang Megat Azlan Shah.
"Farah, kenapa diam? " Soal abang Syed Hariz setelah aku masih lagi membisu.
"Gambar itu bukan menggambarkan hal yang sebenarnya abang." Aku menjawab sambil memandang abang Syed Hariz.
"Farah.. Abang tak tahu berapa ribu kali abang nak cakap kat Farah yang abang betul-betul sayang kat Farah. Abang ikhlas Farah, Cinta abang pada Farah dah lama dan tak pernah pudar. Sebab tu abang jadi risau bila Azlan rapat dengan Farah. Abang cemburu."Luah Abang Syed Hariz.
"Abang nampak Azlan sukakan Farah." Sambungnya lagi. Aku masih membisu.
"Abang rasa abang sedang bersaing untuk dapatkan Farah. "Abang Syed Hariz masih lagi meneruskan kata-katanya.
"Farah minta maaf abang. Insiden tadi Farah tak sengaja. Farah bukan nak lukakan hati abang." Aku cuba memujuknya.
"Farah cintakan abang tak?"Soalnya lagi. Aku memandang wajah abang Syed Hariz yang memandang aku penuh dengan harapan untuk menjawab soalannya. Aku memejamkan mataku rapat-rapat. Andai itu mampu menjawab persoalannya. Bukan aku menjual mahal. Abang Syed Hariz tidak bertepuk sebelah tangan. Tapi aku tidak mampu nak akuinya lagi.
"Abang, selain ungkapan. Ada pelbagai lagi jenis bahasa yang boleh memberikan jawapan. Farah harap abang mengerti maksud Farah. " Jawabku sebelum aku melangkah ke bilik tidur.
'Abang anggaplah Farah dah jawab yang Farah cintakan Abang.' aku bermonolog dalam hati.

Kalibiru merupakan destinasi terakhir kami di sini. Seperti lokasi lain, Kalibiru juga merupakan tempat yang menarik untuk dikunjungi. Udaranya yang dingin, sejuk dan amat menyegarkan. Di sini, aku mengutip pengalaman pertama mencuba flying fox. Kerana aku seorang yang penakut, abang Megat Azlan Shah menawarkan diri untuk "terbang" bersama aku. Bukan main lagi Abang Megat Azlan Shah mengusik aku.

"Farah, andai kita terjatuh. Kita jatuh bersama. Farah sanggup tak? " Abang Megat Azlan Shah mula ketawa. Aku lantas mencubit lengannya.
"Auch.. Dasyat lah Farah ni. Tapi tak apa. Demi bersama Farah abang sanggup dicubit seumur hidup abang. "Abang Megat Azlan Shah mengusik aku lagi.
"Abang ni. Suka cakap macam tu. Farah ni perempuan ke berapa abang cakap? Ingat Farah tak tahu ke? Baru bulan lepas Anida bagitahu Farah dia temankan abang pergi jumpa kawan abang. Apa namanya ye.. Raisha kan? "Aku menyoal Abang Megat Azlan Shah. Teringat pada cerita Putri Syarifah Anida yang memberitahu aku dia menemami abangnya berjumpa kawan di Pantai Telok Cempedak.
"Wah, cemburu ye.. Itu tanda positif tu. Tandanya Farah sayang kat abang. " Usiknya lagi sambil mencuit pipiku.
"Sorry. Tak. Langsung tak. " Jawabku sambil menepis tangan Abang Megat Azlan Shah. Tangan nakalnya masih ligat mengusik aku. Menarik hujung tudung seperti dia selalu buat dan tanpa terniat aku menendang kakinya.
"Oi, kalian berdua ni kenapa. Tergantung kat situ pun boleh bergaduh. Perangai cam budak kecik. Elok sikit boleh tak. Fotografer nak shoot gambar pun tak boleh." Kedengaran suara Abang Syed Farihin dari menara pemerhati.

"Farihin, dasyat lah Farah ni. Dia tendang aku Bro. " Laung Abang Megat Azlan Shah.
"Tak dapat nak buat 'bini' nih." Sambungnya lagi. Kedengaran suara Abang Syed Farihin ketawa. Aku memandang Abang Megat Azlan Shah. Kemudian menghadiahkannya jelingan tajam.

Aku memerhati setiap foto yang dikirim oleh Abang Megat Azlan Shah. Rupanya sepanjang percutian kami dua bulan lepas lensa kameranya banyak merakamkan gambar aku. Semua gambar yang dirakam nya cantik. Memang Abang Megat Azlan Shah sangat berbakat. Antara gambar yang menarik perhatian aku adalah semasa kami menikmati keindahan terbitnya matahati di Gunung Merapi.
Gambar itu aku dan Abang Syed Hariz. Hanya berdua di atas jeep yang membawa kami ke kaki gunung merapi. Masa tu aku baru je nak memanjat untuk menaiki jeep. Abang Syed Hariz membantu dengan menarik tanganku. Tapi kerana kurang seimbang, aku hampir terjatuh dan Abang Syed Hariz segera memaut pinggang ku. Rupanya moment indah ini sempat dirakam oleh Abang Megat Azlan Shah. Aku tersenyum. Terkenang kan peristiwa itu.
Aku membelek foto seterusnya. Gambar aku dengan Abang Megat Azlan Shah. Kelihatan abang Megat Azlan bahagia di sisi aku. Senyum tak pernah lekang dari bibirnya.
Abang Azlan. Benarkah dia juga ada rasa cinta pada aku? Kenapa aku hanya rasa tiada apa antara dia. Setiap bicara dia tidak pernah menusuk ke hati aku. Ungkapkan cinta yang dia sering katakan itu bagaikan sapaan biasa. Berbeza dengan Abang Hariz. Setiap pandangan dia pada aku dah buat aku hilang arah. Panahan matanya menusuk hati aku. Setiap bait-bait ayat yang dituturnya menggetarkan jiwa aku.

"Adik .. " Dengan lembut mama menyapaku. Tak perasan pula bila mama dah ada dalam bilik aku.
"Mama, tengok ni. Yang mana more better? " Aku mohon pandangan mama sambil menghulurkan 2 keping foto pada mama. Foto aku dan Abang Syed Hariz di atas jeep di Gunung Merapi dan foto aku tergantung bersama Abang Megat Azlan Shah di Kalibiru. Mama mengambil dan meneliti foto tersebut.
"Puteri mama pilih yang mana? " Soal mama kembali. Sekejap matanya memandang foto aku dan abang Syed Hariz, sekejap beralih ke foto aku dan Abang Megat Azlan Shah.
"Actually, Adik dah pilih dengan Abang Hariz. Adik terimanya semasa kami dalam pesawat masa perjalanan nak balik ke Malaysia. " Aku bersuara dengan perlahan.
"Tapi Adik takut. Macam mana kalau betul nenek tak restukan kami mama? " Aku peluk mama. Mencari kekuatan dari mama.
" InsyaAllah Adik. Berserah pada Allah. Mohon petunjuk dariNya. "
" Mama setuju kalau adik pilih Hariz? "Aku menyoal mama. Mama ketawa lalu mengucup dahiku.
"Mama harap, Hariz betul-betul cintakan adik. Setia pada adik hingga ke hujung nyawa. "
" Tapi adik minta abang Hariz rahsiakan hal ni. Sampai satu masa nanti kami terus kahwin" aku mula ketawa.
"Amboi, dah besar anak dara mama ni. Dah mula becakap hal kahwin. 20 tahun lalu kamu ni besar lengan mama je.. Sekejap nya masa berlalu.Rindunya mama pada kamu." Mama terus memelukku. Aku menggenggam erat tangan mama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience