Series
1075
Jam di dinding ruang tamu di sebuah kediaman golongan kelas pertengahan di Bandar Kuala Terengganu mula menunjukkan pukul 10 malam. Aku baru sahaja menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Aisyah, guru matapelajaran biologi. Aku mengemaskan buku sekolahku di meja belajar. Kemudian mula mengatur langkah ke dapur untuk membasah tekak.
Dari kamar beradu, aku lihat sesusuk tubuh mama sedang duduk di sofa ruang tamu. Mama sedang leka melayan drama melayu di kaca televisyen. Aku merapati mama. Mama menyedari kehadiranku lalu mempersilakan aku duduk di sebelahnya. Aku segera melabuhkan punggung disisi mama. Aku rangkul leher mama. Persis anak kecil.
"Adik nak minum?. Mama boleh buatkan kopi." Tanya mama sambil membelai rambutku. Aku mengeleng.
"Nanti adik ambil kat dapur. Nak minum air kosong je."Jawabku.
"Abah mana Ma?"soalku kembali setelah aku sedar kelibat Abah tidak kelihatan, Biasanya abah setia menemani mama setiap kali mama melayan drama.
"Abah pergi menziarah anak Jemaah masjid meninggal. Itu yang abah lambat balik tu." Jawab mama. Aku memerhati wajah mama. Wanita baru berusia 41 tahun ini kelihatan anggun sekali. Biarpun tanpa secalit solekan, mama tetap kelihatan menawan sekali.
Mamaku, Syafiyyah binti Abdullah atau nama sebenarnya Philardnai a/p Waarit. Mama sebenarnya wanita berbangsa Siam yang tinggal di sebuah kampung di kawasan daerah Pendang, Kedah. Ibu mama merupakan rakyat tempatan yang berbangsa siam manakala ayah mama memang berasal dari Negara Gajah Putih. Mama merupakan mualaf sebelum berkahwin dengan abah. Mama berkahwin dengan abah ketika mama berusia 18 tahun manakala abah pula berusia 28 tahun. Sepuluh tahun perbezaan usia tidak menghalang kebahagian rumahtangga mereka biarpun mereka diuji kerana tidak mendapat restu dari nenek.
Menurut mama, dia mula terasa jatuh hati pada abah ketika abah menjadi guru mama. Masa tu, abah mengajar kelas mama matapelajaran matematik. Masa zaman persekolahan, mama amat lemah dalam matematik dan abah telah memberi perhatian yang lebih kepada mama. Tidak terduga, perhatian itu membuatkan lahirnya bibit-bibit cinta antara mereka. Abah cuba menafikan perasaan itu kerana mama merupakan pelajar kelas abah dan mama juga bukan muslim dan tentulah sukar untuk menawan hati nenek Syarifah Maryam.
Sebaik sahaja mama selesai menduduki peperiksaan SPM, abah berusaha untuk tidak memberikan harapan pada mama tentang perasaan yang lahir antara mereka dengan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan Nenek Maryam iaitu Syarifah QudratulAinn binti Syed Akhbar Hamidi. Mama kecewa sebaik mendengar berita itu lalu mama membawa diri ke kampung halaman ayah mama di Ko Sire, Phuket. Ko Sire merupakan sebuah bandar bahagian tengah Phuket, Thailand.
Setelah kehilangan mama, abah mula menyedari tentang perasaan hatinya hanya untuk mama. Sedikitpun tiada ruang untuk tunangnya. Berbekalkan cinta yang abadi, abah mula menjejaki mama. Sebaik sahaja abah menemui mama, abah terus melamar mama. Perkara yang paling mengujakan abah ialah mama sudahpun mualaf ketika itu. Mama peroleh hidayah ketika dia lemas di pantai ko Sire dan diselamatkan oleh nelayan muslim. Mama terfikir mungkin itu ada petunjuk untuknya.
Akhirnya, di Masjid Al Madenah, Jalan Anuphasphuketkarn, cinta mama dan abah terlerai. Keluarga abah tidak tahu akan hal ini. Hanya keluarga mama sahaja yang tahu. Hampir 3 bulan sebelum tarikh pernikahan antara abah dengan Syarifah QudratulAinn yang telah ditetapkan oleh nenek, akhirnya abah mula berterus terang dengan keluarganya. Abah memutuskan pertunangannya dan membawa pulang mama ke rumah nenek untuk diperkenalkan kepada keluarganya.
Nenek kecewa dengan abah dan menghalau abah dan mama. Tika itu mama sedang hamil 2 bulan akan Abang Syed Farihin. Tetapi syurga itu dibawah telapak kaki ibu. Abah berusaha untuk memohon maaf hinggalah Abang Syed Farihin lahir ke dunia. Walaupun nenek sudah menerima mama, namun nenek tetap mencipta jurang antara dia dan mama.
Kini, biarpun hampir 23 tahun berlalu. Nenek Maryam masih lagi kurang mesra dengan mama. Apa yang mama buat sentiasa salah dimata nenek Maryam. Sehinggakan aku turut terkena tempiasnya. Tetapi datuk amat baik dengan kami. Datuk menyayangi aku sama seperti cucunya yang lain. Aku kagum dengan mama. Sedikitpun tidak pernah membantah apa yang nenek cakap. Mama tetap melayan nenek Maryam dengan baik. Menurut mama, dia bersyukur biarpun nenek dingin dengannya, tetapi abah dan adik beradik lain amat rapat dengan mama. Terutamanya Mak Ngah. Mak Ngah merupakan kakak abah. Orang yang banyak mengajar mama untuk menawan hati nenek Maryam terutamanya dari segi masakan.
Air di dalam gelas ditanganku hampir separuh sudah diteguk. Tiba-tiba telefon di ruang tamu bordering. Abah yang kebetulan ada di situ segera menangkat.
"Hello, Assalamualaikum." Sapa abah.
"Oh Hariz. Farah ada." Suara abah
"Dah habis studi agaknya. Sebab dia ada kat dapur tu. Hariz nak bercakap dengan Farah ke? Boleh Ayah Teh panggilkan Farah." Abah bagaikan mengerti. Kerana begitu lah lazimnya. Abang Syed Hariz selalu menghubungi ku setiap kali aku pulang dari asrama.
"Adik. Panggil Abah." Aku hanya menjengok dari dapur.
"Adik, cepatlah. Hariz nak bercakap dengan adik ni. Kesian dia tunggu." Panggil abah lagi. Aku segera mendekati abah. Mengambil gangang telefon dari abah.
"Hello abang." Suara ku memecah kesunyian di hujung talian.
"Farah." Suara abang Syed Hariz menusuk hatiku. Mengegarkan jiwaku.
"Ya. Hanya itu yang mampu keluar. Aku menelan air liur. Buntu. Tiada kata yang dapat keluar.
"Farah sedang belajar ke? Abang ganggu Farah ke?." Suara abang Syed Hariz mula bernada ceria.
"Dah siapkan homework dah. Nanti nak tidur dah. Esok dah nak balik asrama." Jawabku sambil memikir apa motif Abang Syed Hariz menghubungi aku.
"Boleh abang hantarkan Farah ke asrama esok?" Tanya Abang Syed hariz di hujung talian. Aku menerutkan kening.
Biar betul mamat ni. Dia di Kota Bharu dan aku di Kuala Terengganu. Tak kan dia nak hantar aku ke asrama esok. Aku bermonolog di dalam hati.
"Abang kat mana ni?" Soal ku
"Kat hati Farah." Abang Syed Hariz ketawa.
"Abang." Aku meninggikan sedikit nada suaraku.
"Ok, Abang minta maaf. Abang ada seminar di Hotel Primula ni. Seminar abang dah selesai malam ni. Boleh abang hantarkan Farah?"
"Abang Tanya abah dulu lah. Farah tak tahu."Jawabku.
"Ok, biar abang tanyakan Ayah Teh dulu."Ujar Abang Syed Hariz. Aku menghulurkan ganggang telefon pada abah yang memang ada sebelah aku.
"Ya Hariz"Jawab abah.
"Esok?"
"Alhamdulillah. Kebetulan pula Ayah Teh ni ada urusan penting esok di PPD Dungun. Elok juga kalau Hariz nak hantar Farah balik asrama. Lagi pun satu jalan je dengan Hariz nak balik ke Kota Bharu." Bait-bait ayat yang meluncur keluar dari mulut abah membuatkan mataku terbuka luas. Antara percaya dengan tidak, aku pasti abah telah bagi keizinan untuk Abang Syed Hariz menghantar aku ke asrama esok.
Semerbak bau nasi dagang memenuhi ruang dapur rumah abah dan mama. Gulai ikan tongkol atau lebih dikenali dengan ikan ayo dikalangan penduduk tempatan sudah mula membagkitkan aromanya. Aku membantu mama membancuh seteko kopi untuk hidangan pagi ini. Derapan tapak kaki kedengaran mendekati ruang dapur. Abah muncul bersama briefcase nya. Abah kelihatan kemas dan segak bergaya. Di usia setengah abah ini, abah masih menjaga penampilan dan kesihatanya. Abah mencapai cermin matanya. Sambil berlabuh di meja makan. Abah meneliti beberapa dokumen di tangannya. Gigih abah bekerja. Berkat usahanya, kini abah menjawat jawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah menengah.
"Abang, jemput sarapan." Mama memperlawa abah sambil mencedok nasi dagang ke pinggan abah.
"Terima kasih Phi." Balas abah dengan penuh santun. Abah segera menyimpan dokumen tersebut ke dalam briefcasenya.
Phi. Itulah singkatan nama mama sejak dulu lagi. Biarpun nama mama ditukarkan menjadi Syaffiyah. Namun abah selesa dengan panggilan tersebut. Kedengaran agak romantis sedikit bila abah menuturkannya.
Baru beberapa suap, pintu rumah diketuk. Mama mengarahkan aku untuk pergi membukanya. Aku akur arahan mama lalu bangun menuju ke sinki untuk mencuci tangan.
Aku menguak pintu utama. Sepasang tubuh Abang Syed Hariz sudah berdiri tegak di hadapanku sambil mempamerkan senyuman manis. Senyuman yang sentiasa membuatkan jiwaku bergelora. Aku mempersilakan Abang Syed Hariz masuk dan terus mengajaknya menikmati hidangan sarapan pagi. Setibanya di ruang makan, Abang Syed Hariz terus mendapatkan abah dan mama. Menyalami kedua orang tua ku. Aku segera mencedok nasi dagang lalu aku hulurkan pada Abang Syed Hariz yang telah mengambil tempat di sebelahku.
"Nanti Hariz nak bertolak pukul berapa?" Soal abah pada Abang Syed Hariz.
"Mungkin pukul 12 tengah hari." Abang Syed Hariz menjawab sambil mengerling jam tangan di lengan kirinya.
"Makan tengah hari dulu lah baru gerak". Mama tiba-tiba bersuara.
"Mak Teh boleh masak dulu." Sambung mama lagi.
"Sekarang ni dah rasa kenyang makan nasi dagang Mak Teh masak ni. Tengah hari nanti rancang nak bawa Farah makan kat kedai. Boleh tak Pak Teh, Mak Teh?"
"Terpulang pada Hariz lah. Asalkan Hariz pandai jaga anak dara Pak Teh nan seorang tu." Balas Abah.
"Farah ok tak?" Abang Syed Hariz memandangku mohon kepastian.
"Ok. Kalau abah dan mama izinkan. Nanti Farah nak singgah pasaraya sekejap. Ada beberapa barang nak kena beli." Ujarku sambil tersenyum.
“Adik nak beli apa? Mesti stok makanan ni kan?" Tanya mama. Tahu je anak dia ni suka makan. Sebab tu lah badan aku pun mula berisi sedikit.
"Farah nak beli. Hmm.. Farah dah bagi senarai pada abah kan?" Giliran aku menyoal abah.
"Itu yang Adik nak? Kedai Mak Cik Milah depan tu pun ada." Usik abah sambil ketawa.
"Adik nak beli apa abang?" Soal mama pada abah.
"Biasalah budak asrama. Toiletries, stationaries, snacks." Jawab abah.
"Abah adik nak tambah boleh. Nak beli track suit la. Track suit adik koyak kat lutut." Aku menambah.
"Koyak lagi? Adik ni ganas juga ni." Mama mengelengkan kepala.
"Setiap bulan mama kena beli track suit." mama menyambung bicaranya.
"Adik jatuh mama. Sampai luka lutut adik." Suaraku mula mendatar.
"Patutlah mama Nampak lebam masa balik tu. Hati-hati adik, kamu tu perempuan. Jangan nak lasak sangat. Nanti habis berparut seluruh badan. Simpan sikit kat bakal suami tu" Keluh mama
"Mama" suara ku mula merengek. Abang Hariz di sebelah ke ketawa.
"Hariz, Pak Teh pergi kerja dulu. Nanti tolong hantarkan Farah ye."
"Adik, ni duit belanja asrama. Yang ini untuk beli barang-barang yang adik nak tu dan ini abah dah isikan kreadit sebanyak RM 50. Nanti bila dah dapat keputusan percubaan SPM segera hubungi abah." Abah memelukku.
"Ok abah." Aku mengambil beberapa keping not Rm 50 dari abah sambil tersenyum lebar. Aku segera menyalami abah. Kemudian abah bangun dan diiringi mama ke pintu utama. Aku masih menemani Abang Syed Hariz menikmati sarapan.
Hampir jam 10 pagi, aku dan Abang Syed Hariz mula bersiap-siap untuk bertolak balik ke asrama. Sebuah beg pakaian sederhana besar aku simpan di bonet kereta Nissan Sentra milik Abang Syed Hariz yang dihadiah kan oleh datuk pada awal tahun lalu. Abang Syed Hariz membuka pintu di tempat duduk hadapan untukku sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya sambil meloloskan diri ke dalam kereta.
"Farah nak beli barang-barang kat mana? Astaka?." Soal Abang Syed Hariz memecah kesunyian setelah hampir 15 minit kami diam seribu bahasa.
"Tak nak kat situ." Aku mencebik. Memuncungkan mulut. Memang aku tak ingin membeli kat situ kerana aku selalu diusik oleh seorang promoter di situ.
"Kenapa buat muncung pulak tu? Habis tu Farah bercadang nak beli kat mana barang-barang semua ni?."
"Kat Jerteh boleh? Farah tak nak beli kat Machang. Nanti terserempak dengan kawan-kawan." cadangku
"Ok my dear. Takut tersempak dengan kawan lelaki ke?" Abang Syed Hariz mula menduga.
"Bukan macam tu lah abang. Nanti kalau kawan-kawan tengok Farah berjalan dengan abang. Macam-macam cerita pula yang keluar nanti." Memang itulah rasionalnya. Aku pernah dikunjungi Abang Syed Hariz sebelum ni. Tika itu aku nak menduduki peperiksaan PMR. Abang Syed Hariz datang menemuiku sebelum dia kembali ke Auckland. Selepas itu aku dipanggil warden hinggalah aku terpaksa hubungi abah untuk minta abah jelaskan hal sebenar.
"Habis tu tak takut ke kalau abang hantar ni?"
"Hantar je kan. Lepastu abang terus balik. Diorang tak sempat nak tengok pun ada jejaka hensem dalam kereta abang nanti." Aku menutur kata sambil tersenyum.
"Jejaka hensem? Hensem ke abang ni?." Soal Abang Syed Hariz menyedarkan aku yang sudah terlepas cakap. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan. Abang Syed Hariz tertawa.
Aku dan Abang Syed Hariz beriringan melangkah masuk ke Pasaraya Econjaya yang terletak di Bandar Jertih, Besut. Abang Syed Hariz mengenggam erat tangan ku. Aku membiarkan sahaja. Kadang kala kami membalas senyum setiap kali bertentang mata. Rasa bahagia begini.
Kami berdua segera menuju ke tingkat 3 dimana bahagian stationary diletakkan di situ. Aku memilih beberapa jenis alatulis yang akan digunakan pada peperiksaan SPM nanti. Abang Syed Hariz hanya mengekori setiap langkah aku. Kemudian kami ke kaunter bayaran. Kemudian aku menuruni tangga ke aras 2 untuk memilih 2 helai track suit. Abang Syed Hariz meminta aku mencuba sehelai baju T. Aku mencuba dan ternyata sesuai dengan aku. Lantas Abang Syed Hariz segera membawa aku ke kaunter bayaran. Akhir sekali, kami ke aras bawah yang menempatkan bahagian makanan. Aku mengambil beberapa paket biskut dan juga sekotak kek Apollo yang menjadi kegemaran aku. Kesemua barang yang aku beli dibayar oleh Abang Syed Hariz. Duit yang abah bagi dia minta aku simpan untuk urusan lain.
Aku meletakkan barang yang dibeli ke dalam bonet kereta dan dibantu oleh abang Syed Hariz.
"Abang, Farah nak beli buah jap." Aku minta izin sebaik melihat gerai yang menjual buah potong tak jauh dari tempat kami parking kereta.
"Ok Farah. Hati-hati." Jawab Abang Syed Hariz. Tiba-tiba paper bag yang berisi buku sekolahku terjatuh kerana aku tertolak ketika ingin keluar dari kereta.
"never mind Farah. Biar abang ambil"
Sekembali aku ke kereta, aku lihat Abang Syed Hariz sedang membaca beberapa helaian surat. Aku mula berubah wajah.
"Who this guy?. Who is Tengku Rafiq." Suara abang Syed Hariz berbaur cemburu. Aku mengeluh kerana terlalu cuai. Aku membetulkan kedudukan di atas seat.
"Answer my question Farah." Ujar Abang Syed Hariz sambil memecut lagu keretanya. Aku menelan air liur. Terbayang seraut wajah tampan Tengku Rafiq Iskandar.
Tengku Rafiq Iskandar merupakan ketua pengawas di sekolahku. Dia juga atlet sekolah. Merupakan harapan sekolah dalam acara lompat tinggi dan juga ragbi. Disamping itu, dia juga aktif dalam pidato.
"Farah." Suara Abang Syed Hariz seakan merayu.
"Dia pelajar kelas sebelah kelas Farah."
"Buah hati Farah?."Abang Syed Hariz terus meneka.
"Bukan. Cuma kawan. Hanya dia saje yang menaruh hati pada Farah. Tapi bukan Farah yang menaruh hati padanya."
"Kenapa?"
"Farah tak suka nak bercinta buat masa ni. Farah nak tumpu pada SPM. Farah baru 17 tahun. Awal lagi untuk nak bercinta tu. Surat-surat yang dia hantar tak ada satu pun yang Farah balas. Kalau abang tak percaya abang baca kesemua surat-surat tu. Abang nak simpan pun Farah tak kisah. Sebab Farah dah bagitahu pada Rafiq jawapan Farah. Tapi dia tetap tak berputus asa. Farah harapkan dia jumpa seseorang yang boleh mencintai dia." Ulas ku supaya abang Syed Hariz berpuas hati. Abang Syed Hariz memandangku. Tersenyum.
Jom, kita singgah makan kat sini. Masakan dia sedap. Ajak Abang Syed Hariz sambil memakirkan keretanya di depan Medan Selera Bukit Yong yang merupakan sempadan antara Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu.
Kami berdua memasuki kedai. Memilih hidangan secara hidang. Abang Syed Hariz mengambil semangkuk gulai siput. 2 ekor ikan kembung bakar, semangkuk sayur goreng yang dicampur udang dan sepiring ulam-ulaman. Kami makan dengan berselera sekali. Benar kata Abang Syed Hariz. Masakan kat sini biasa sahaja. Tetapi sedap dan cukup menyelerakan. Sesudah makan, kami menunaikan solat Zuhur di Masjid Mukim Wakaf Raja dan meneruskan perjalanan ke sekolahku.
Hampir 35 minit kemudian, kami tiba di Sekolah Menengah Sains Machang. Sebaik Abang Syed Hariz memakirkan keretanya. Dia memandang aku. Kemudian tangannya mengenggam erat tanganku dan mengelus lembut. Aku mula menunduk. Wajahku merona merah.
"Farah janji dengan abang yang Farah akan belajar betul-betul. Bagi tumpuan yang sepenuhnya pada SPM ni. Abang doakan kejayaan Farah. Abang juga nak Farah tahu yang abang betul-betul sayang pada Farah." Luah Abang Syed Hariz.
"Abang, Farah pun sayang pada abang. Tapi Farah belum bersedia nak bagi apa-apa jawapan pada abang. Farah muda lagi abang. Masih belum matang dalam hal ni." Aku cuba untuk mengelakkan bila bercakap tentang cinta.
"Abang faham. Tapi abang takut hati Farah jadi milik orang lain."
Aku tunduk. Malu untuk memandang abang Syed Hariz.
"Abang akan tunggu Farah. Bila Farah dah bersedia nanti, abang akan bagitahu nenek dan atuk untuk pinang Farah. Selagi Farah belum bersedia, kita rahsiakan dulu hal ni."
Aku mengangkat wajah. Buntu untuk berikan jawapan. Dalam hati ingin kata ya. Namun tak terluah. Di usia 17 tahun sudah mahu bicara hal cinta. Hal tunang. Tidak Farah. Perjalanan masih jauh. Andai ada jodoh yang telah tertulis Abang Syed Hariz dan Syarifah Farah akan bersatu jua.
Share this novel