Trial#3:BERGERAK

Fantasy Series 1581

Allysa membaca surat yang diserah Ernis dan tulisan ketua peri jelas mengatakan yang dia kini ditawan oleh Misteri, ramai peri tertua ditawan kerana mereka memiliki kekuatan yang mampu menyembuhkan kekuatan saat manusia hampir mati.

Allysa mengertak giginya, dia berasa berang terhadap tindakan Misteri yang tidak kenal belas kasihan, Allysa melangkah masuk ke dearah peri dan melihat banyak kerosakkan terjadi.

"Xien kita perlu perbaiki keadaan disini dulu, selepas itu barulah kita bertindak"kata Allysa melangkah dan menolong peri lainnya membaiki keadaan tempat tinggal mereka.Xien mengikutinya.

Perjalanan Ethan dan Timmer akhirnya sampai di Olas, kedua-duanya pun memasuki bandar yang maju, kelihatan penduduk sedang bersuka-ria menyambut pesta.

"Timmer apa yang terjadi disini"tanya Ethan.

"Pesta Olas sedang berlangsung, pesta ini sempena pendirian Olas yang dibentuk ratusan tahun dahulu"terang Timmer melilai mencari sesuatu.

"Timmer aku laparlah"kata Ethan memandang Timmer, dengan wajah yang sedikit berkerut Timmer ketawa berdekah-dekah"kenapa kau ketawa"Soal Ethan.

"Tak tak mengapa,aku hanya berfikir alam yang agung tahu lapar juga, hahaha..."Timmer menyambung ketawanya.

"Aku juga manusia Timmer"jawab Ethan pendek.

"Aku tahu"balas Timmer dan mereka melangkah mencari kedai makan.

Saat sedang menikmati makanan, muncul seorang lelaki berbadan sasa berjalan kearah mereka.

"Timmer, lama tidak berjumpa"sapa lelaki itu menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Aros, sahabat lama, bagaimana keadaan kau sekarang"tanya Timmer sambil berjabat tangan dengannya.

"Aku sentiasa sihat, buat apa kau ke Olas, pasti berkena dengan hal Alam kan?" Soal Aros memandang wajah Timmer dan berganti ke Ethan.

"Aku mencari panglima kita, Dakron. Dimana dia sekarang" jawab Timmer sambil mengaju soalan juga.

Serta merta wajah Aros berubah, dia menundukkan kepala dan menerangkan keadaan sebenar tentang Dakron.

"Tak guna punya misteri, dia sudah mendapat kunci perang kita"bentak Timmer berang.

"Seminggu lepas, selepas mendengar kemunculan Alam di pintu masa, misteri mula bergerak dan menarget seluruh kekuatan utama kita"Jelas Aros singkat.

"Kalau macam nie, kita langsung tiada kekuatan menentang Misteri"keluh Timmer.

"Jangan risau, penolong Dakron sudah menyimpan kekuatan tambahan, tapi mereka hanya menunggu perintah Alam"jawab Aros.

"Baguslah, nampaknya kita akan bergerak, Aros temani kami"kata Timmer.

"Dia siapa"selepas lama menyimpan soalan tentang lelaki yang berkelubung dari tadi akhirnya Aros bertanya juga.

"Nanti aku jelaskan, kita kena bergerak sekarang. Jom!" kata Timmer lekas bangun diikuti Ethan dan Aros.

Mereka meninggalkan Olas secepat mungkin kerana takut misteri memintas jalan mereka untuk bertemu kekuatan tambahan.

Diistananya yang tersergam gah agung Misteri bangkit dari bersemayam dan memandang wajah pembesarnya dengan wajah merah padan dengan kemarahan yang membuak selepas mendengar pasukannya gagal memintas perjalanan Alam.

"BAGAIMANA INI BOLEH TERJADI" jerkah Misteri dengan suaranya bergema diseluruh ruangan.

Seorang pembesar maju dan menjelaskan keadaan"sebenarnya pasukan kita dilencongkan oleh pasukan dakron"jelas pembesar itu.

"Apa!!! bagaimana boleh, bukankah kita sudah menumbangkan pasukan dakron."kata Misteri matanya merah menyala dan pembesar tadi terus kaku tertunduk takut.

"Sebenarnya mereka ada pasukan sokongan dari beberapa tempat dan terus menanti kedatangan alam."jelas pembesar.

Tanpa banyak suara Misteri turun dari pentas raja dan mencapai pedang pengawalnya, satu tebasan dan pembesar tadi terus tumbang tak bernyawa.

"Pengawal, Arahkan Komander Jiya untuk memimpin pasukan besar kita bergerak dan mengempur setiap kawasan sokongan pasukan dakron sekarang"kata Misteri

Pengawal tadi terus meninggalkan dewan dan bertemu dengan Komander Jiya, Pasukan Besar Misteri pun bergerak meninggalkan kubu.

PEDANG TERHUNUS LANGKAH TERATUR SETIAP SERANGAN DILAKUKAN BERHATI AWAS TERSILAP LANGKAH KERANA PADAH MENANTI.

Note:Please Rate After read....??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience