Trial #1:PERJALANAN

Fantasy Series 1581

Ethan melangkah keluar dari dewan besar meninggalkan ruangan tempat Eralder dan tertua yang lain, dibelakanganya Timmer mengikuti dia.

Langkah Ethan terhenti saat melepasi satu potret yang berada dilorong jalan tersebut dan Timmer juga berhenti.

"Kenapa Alam? ada yang menggangu fikiranmu kah?" soal Timmer memandang Ethan yang berhenti melangkah.

"Hm, aku hanya tertarik dengan lukisan ini" kata Ethan merenung lukisan yang memaparkan sebuah pandangan yang indah dan mendamaikan jiwa bagi sesiapa yang merenung lukisan tersebut.

Timmer turut merenung lukisan tersebut dan Ethan meneruskan langkah untuk kembali ke kamar Tidurnya, kerana keesokkannya dia harus meninggalkan puncak abadi dan menuju kearah tempatnya misteri bersemayam.

Sebuah tempat dengan penampakan yang indah, istana tersergam megah dan beribu askar berhimpun, sang raja menikmati pertarungan diantara dua askar terkuatnya.

"Jiya! kali ini aku bakal mengalahkanmu" kata lelaki berbadan sasa dan tingginya kira seratus lapan puluh meter itu.

"Jangan berharap Kein, kamu hanya pertarung baru dan aku lebih banyak pengalaman"balas Jiya yang hanya pendek sedikit dari Kein.

Kein menghayunkan pedangnya namun berjaya dielak oleh Jiya, satu tendangan keras hinggap dirusuk kiri Kein membuatnya hilang keseimbangan dan belum sempat dia mengatur langkah satu hayunan deras dari tinju Jiya membuatnya tergeletak dimedan tempur.

"Berapa kali pun kau mencabar aku, kau tidak akan menang," kata Jiya berlalu meninggalkan Kein yang masih belum menerima kekalahan kesepuluhnya.

Sang raja bangun dan bertepuk keras diikuti oleh penonton lainnya, nampaknya ayam tambatan dia memang tidak terkalahkan, Jiya merupakan jeneral perang yang handal dimedan tempur dan mereka sudah hampir menakluk segalanya.

"Hahaha....nampaknya Alam pun pasti akan tewas jika bertarung dengannya, aku tidak sabar menanti hari itu tiba"katanya dalam hati dan bibirnya mengukir senyuman menyeringai kejam.

Selepas melepasi portal waktu, Allysa dan gadis yang mengekorinya menghirup udara segar disebuah sungai yang mengalir indah, mereka duduk berehat dan buku tidak bertajuk diselak oleh Allysa.

"Apa awak nak buat cik"soal gadis yang mengikuti Allsya tadi.

"Cuma nak mencatat sesuatu"jawab Allysa Ringkas dan mencapai penanya lalu menulis.

SEBUAH PERJALAN PENUH DENGAN PELBAGAI LIKU,PERSIMPANGAN DAN HALANGAN NAMUN SEMANGAT HARUS KUAT DAN JANGAN GOYAH.

Note:Please rate after read...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience