BAB 8

Other Completed 319

"Dik,ini Roti Chesse.Ini saja ke?"

"Ya,ini saja.Kira ya kak.*senyum*"

"Semua sekali,RM 10.20"

'Alamak,lagi 20 sen...' Fatimah menghulur sekeping duit not 10 terlebih
dahulu.Kemudian tangannya meliar di celah poket seluar trek.

'Alhamdulillah,ada!'

"Ini 20 sen,kak."

"Terima kasih,dik..Maaf ya terpaksa menunggu."

"Sama-sama,Tak apa janji dapat Roti Chesse."

Fatimah segera ke basikalnya.Angin kencang mula meniup tudung
Fatimah.Membuatkan terselak sedikit tanpa sengaja.Segera Fatimah
mengkemaskan kembali tudungnya agar auratnya terjaga.Dengan lafaz
Bismillah,Fatimah mengayuh laju merentasi jalan raya yang kian
sunyi.Tiupan angin kuat menyebabkan bergerakan Fatimah perlahan kerana
arus angin menghala ke hadapan Fatimah.Ini bermakna,Fatimah perlu
mengayuh lebih kuat lagi untuk lawan arus angin.Tangan sudah mengigil
kesejukkan.Kulitnya yang jenis nipis dan sensitif akan membuatkan
Fatimah perlu bertahan.

Tinggal lagi 30meter untuk sampai ke rumah Fatimah.Hujan kian lebat
bersama dentuman guruh dilangit.Fatimah terpaksa berhenti sekejap
dibawah bumbung rumah disekitar situ.Fatimah sudah terlampau
kesejukkan.Jaket,tudung dan seluar habis basah kuyup akibat titisan
hujan.Fatimah menongkat basikalnya dan berdiri di sebelah basikalnya
sambil memeluk tubuh.Roti Chesse ibunya Fatimah ikat simpul agar air
hujan tidak bertakung didalam plastik.

"Hoi budak! Kau apahal duk sini!? Blah,blah!"

"Maaf,tuan rumah.*tunduk* Saya tak buat apa-apa,cuma mahu berteduh
saja.Saya janji,saya takkan berlama disini.Hujan dah reda saya terus
pergi.Izinkan...."

Tidak sempat Fatimah menghabiskan ayat Tuan rumah sudah memintas.

"Tak ada,tak ada! Aku tak izinkan! Pergi berteduh tempat
lain!Pergi,pergi,pergi!"

Fatimah akur dan meninggalkan tempat itu segera.Dapat berteduh sekejap
pun tak apa lah.Syukur Alhamdulillah.Dari jauh Fatimah kelihatan ibunya
sedang duduk di atas tangga dengan riak muka kerisauan.Fatimah terukir
senyum.

"Ibu! "

jerit Fatimah.Alhamdulillah,selamat juga sampai ke rumah.

"Ya Allah Timah,Sampai basah kuyup.Timah pergi mana?lama Ibu tunggu."

Mereka pun masuk ke rumah beriringan.

Fatimah segera ambil bungkusan plastik dan serahkan kepada ibunya.Ibu
memandang fatimah dengan perasaan bingung.

"Apa ni,Timah?"

"Hehehe,Ibu buka lah."

Kata Fatimah sambil tersenyum lebar.Ibu membuka bungkusan plastik dan...

"Ini Roti Chesse di Kedai Roti tu kan?"

Fatimah menggangguk.Ibu melihat harganya pula.

"Ya Allah,RM 10.20 Timah?"

"Ya Ibu.Timah guna duit upah Timah kerja kat gerai makan."

"Kenapa Timah buat macam ni?Ibu tak minta pun semua ni."

"Ibu...Janganlah cakap macam tu.Ibu mesti teringin sangat nak makan roti
di Kedai Roti tu kan?Lagipun roti disitu mengingatkan Ibu kenangan
bersama arwah ayah dulu.Timah tahu,Timah tak mampu nak jadi macam kakak
dan abang.Dapat masuk Universiti,kerja bagus-bagus.Timah tahu setiap ibu
bapa mesti nak tengok anaknya berjaya.Tapi Ibu,Timah tak yakin yang
Timah boleh jadi macam kakak dan abang,yang mampu buat hati Ibu
gembira.Jadi dengan sebungkus Roti Chesse ni,Timah nak sangat Ibu
gembira dan ingat selama yang mungkin.Timah rindu senyuman Ibu dulu."

Fatimah tidak tahan dengan perasaannya sendiri.mula menitiskan
airmata.Fatimah reda andai dia tidak mampu berjaya dalam akademik.Tapi
Fatimah yakin yang dia juga boleh membahagiakan hati Ibu dan arwah ayahnya.

"Timah,Ibu tak minta apa-apa pun dari anak-anak Ibu.Ibu cuma mahukan
anak-anak Ibu hargai apa yang Ibu korbankan selama Ibu membesarkan
anak-anak Ibu.Ibu tak kesah andai Timah tidak seperti kakak dan
abang.Ibu bersyukur,sebab...masih ada anak yang mengaku dirinya
mempunyai seorang Ibu.Timah.."

Fatimah menyapu matanya lalu memandang wajah mulus Ibunya."

"Ya Ibu..."

"Ibu cuma nak Timah selalu ada dengan Ibu.Ibu tahu kakak dan abang Timah
masih kesibukkan kerja mereka.Ibu bersyukur sangat Timah masih bersama
Ibu.Jaga Ibu dengan sayang."

Fatimah terharu mendengar kata Ibunya.Lalu Fatimah memeluk erat tubuh
yang amat dia sayangi di Dunia dan Akhirat.Sungguh,Inilah memori yang
paling indah sekali.Meskipun Fatimah bukanlah pelajar cemerlang,Tetapi
Fatimah tetap akan membanggakan Ibu dan arwah ayah.Kini,Fatimah sedar
betapa kuatnya cinta ibu bapa terhadap anak-anak mereka.Tapi
sayang,apabila ibu bapa mahu mendidik,anak-anak bersungut dan mengatakan
"mereka kejam! tidak beri kebebasan kepadaku!"

MasyaAllah,Jangan la kita bersikap seperti itu.Ibu bapa sudah lama hidup
dari anak-anaknya.Sudah pasti mereka lebih arif tentang kerenah dunia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience