BAB 6

Other Completed 319

"Timah nak pergi mana ni?"

"Oh Ibu,Timah nak keluar kejap.Boleh tak ibu?"

"Kat luar tu nak hujan lebat,Timah...Nanti demam pula."

"Tak apa ibuTimah pergi sekejap ya?Ibu duduk rumah baik-baik."

Fatimah tahu kerisauan ibunya.Fatimah perlu pergi demi Ibunya
juga.Selepas bersalaman dengan ibunya,Terus Fatimah menurun tangga dan
menuju ke basikal yang dihadiahi arwah ayahnya.Saat itu juga,Deruman
kilat bercahaya di langit gelap.Hati Fatimah berkobar-kobar.Meskipun
kepalanya masih berdenyut menahan sakit,tapi hati ibu lebih penting
daripada kesihatan dirinya sendiri.Fatimah membaca Bismillah moga
perjalanannya selamat dilindungi-Nya pergi dan balik.Sudah menjadi
kebiasaan,pabila hujan menurun menyembah bumi,pasti kenderaan banyak
meluncur laju dijalan raya.Tambahan pula,Kedai Roti tersebut berdekatan
dengan jalan raya.Fatimah perlu lebih berhati-hati mengayuh basikal
ketika berada di situ.Kayuhannya sedikit pantas daripada biasa.Mahu elak
dari terkena hujan.

Lagi 20 meter saja,titisan hujan sudah menitik di tangan Fatimah.Fatimah
kayuh sekuat mungkin agar cepat sampai ke Kedai Roti.Kereta,Motor,Lori
laju meluncur di jalan raya.Fatimah mengurangkan kayuhannya dan lalu ke
kaki jalan.

'Alhamdulillah,sampai dah..' Fatimah menongkat basikalnya di depan Kedai
Roti.Dan terus masuk ke dalam kedai.

Ting!

'Wah,ramainya orang dalam kedai ni!'

Fatimah terus ke rak Roti Chesse.Matanya meliar ke arah label jenis roti
di rak.Detuman kilat menyebabkan Fatimah tiada masa untuk berlengah
lagi.Fatimah ke hulu hilir dan melawat kesemua rak.Hati Fatimah berdebar
hebat.

'Alamak,mana Roti Chesse?Jangan la dah habis.'

Setelah puas mencari,Fatimah terus ke arah seorang pekerja perempuan
dalam lingkungan 20-an .Pekerja itu menjaga kaunter bayaran.Ini
memudahkan Fatimah untuk bertanya.

"Kak,maaf bertanya.Roti Chesse ada lagi tak?"

"Roti Chesse?Oh,maafkan kami..Roti Chesse dah tak ada stok.Boleh dik
tunggu sebentar?Roti Chesse yang baru bakar dah nak siap.Dalam 10minit."

"Tak apa,saya boleh tunggu.*senyum*"

'Tak apa la tunggu 10 minit jer.Lagipun Aku akan dapat roti terbaik dari
oven.Panas pula tu.'

Fatimah terus ke depan Kedai Roti dan duduk dibangku yang
disediakan.Fatimah mula memeluk tubuh.Sungguh,Fatimah kesejukkan
walaupun sudah berjaket.Mungkin sebab kesan titisan hujan tadi.Guruh
dilangit mengejutkan Fatimah.Terus Fatimah mengucap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience