BAB 5

Other Completed 319

Dentuman di dada langit jelas menunjukkan fenomena hujan
lebat akan tiba tidak lama lagi.Fatimah yang berada di dalam bilik sudah
siap untuk keluar membeli sebungkus roti Chesse di kedai Roti.Tapi
malang,hujan akan turun tidak lama lagi.Kenderaan tidak ada,Motor sudah
tentunya tidak ada.Cuma hanya dengan cara berbasikal saja.

"Aduh,bagaimana ni?Hujan lebat akan turun."

Fatimah ragu-ragu.Sama ada mahu teruskan rancangannya atau membeli roti
itu esok saja.Tapi kasihan pula kepada ibunya.Sudah lama benar ibunya
mahu makan roti dikedai itu.

"Ini tidak boleh jadi! Aku mesti pergi harini juga.Kebahagiaan ibu mesti
harus dicapai!"

Fatimah segera bingkas mencapai tudung hitam dan pergi ke meja
belajarnya.Lalu Fatimah membuka laci.dahinya berkerut.

"Ya Allah,mana dompet Aku letak?"Tangan Fatimah berlegar-legar didalam
laci.fatimah berdiri tegak sambil memicit kepalanya.Fatimah sebenarnya
sakit kepala akibat terdedah dengan cahaya matahari semalam.Sewaktu
bekerja sambilan di gerai.Meskipun bekerja dibawah gerai tetapi pancaran
cahaya UV membahang ke muka Fatimah.Tambah pula,kulit muka Fatimah agak
sensitif dan nipis.Andai saja terkena panas,mudah mukanya
kemerahan-merahan.Andai terdedah dengan kawasan sejuk,Fatimah mudah
mendapat penyakit selsema.Tapi itu bukan penghalang untuk Fatimah
teruskan misinya membeli roti chesse.Meskipun andai dia perlu meredah hujan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience