Muka surat 4

Romance Series 1246

Lepas pulang daripada rumah Kamelia, Amzar terus mencapai tualanya dan membersihkan badan untuk tidur. Lama jugaklah, main Uno dekat rumah Kamelia sebentar tadi.

Rambutnya dikeringkan dengan tualanya. Krim pelembap diratakan di atas muka. Dia mula mengambil berat tentang penjagaan kulit mukanya sejak dia break out teruk dahulu. Sekarang, alhamdulillah. Lembut, mulus macam pungungg bayi bak kata orang. Walaupun muka macho macam Remy Ishak tapi kulit flawless.

__

Kisah detik-detik awal pertemuan Amzar dan Kamelia masih belum selesai. Banyak lagi yang nak diceritakan. Ada sedih, gembira, marah, semua emosi lah ada.

__

"Malam tu, aku rasa sesuatu yang tak sabar-sabar untuk aku dengar. Tak boleh tidur dibuatnya kalau aku tak mendengar suara dia. Suara siapa lagi? Mel lah. Mesti korang rasa, dah jumpa kan tadi? Nak apa lagi? Tak cukup ke? Well, you will know."

__

Amzar masih tekun bermain dengan telefonnya. Kejap check Whatsapp. Kejap scroll Instagram. Kejap lagi, usha-usha Shopee pula.

5 detik kemudian, telefonnya berdering. Amzar tersenyum. Tersenyum nakal sambil ibu jarinya menyentuh icon telefon berwarna hijau itu.

"Am...request something else boleh?"

Kedengaran sayup-sayup suara Kamelia dari sebelah sana.

"Tak nak. I nak yang tu juga. Cepatlah. Sekali je. Bukan I minta beribu-ribu kali."

"Hmmm..."

Kamelia berfikir panjang. Dalam hatinya menyumpah serenah si Amzar tanpa henti.

"Senyap je..."

"Saja je kan nak kenakan I."

"Eh, dia yang nak sangat main Uno. Tak boleh terimalah tu I menang. I tunggu ni..."

Sedari tadi, Kamelia mundar-mandir di dalam biliknya macam cacing kepanasan. Akhirnya, dia memberhentikan langkah dan menghempaskan punggungnya di atas katil. Dengan perasaan yang terpaksa dia memberi respons kepada Amzar.

"Yang ni adalah the first and the last time I buat."

"Okay..."

"Goodnight. Hm, goodnight Abang Am."

Tut...tut...tut...Panggilan terus dimatikan. Kamelia terus mencampakkan telefonnya ke atas katil. Dia melepaskan geram dengan menumbuk bantal sehingga amuknya hilang. Nasib engkaulah. Siapa suruh kalah main card game dengan Amzar...Tak pasal-pasal kena panggil dia Abang.

__

"Ya ampun! Jangan dibuat main benda-benda macam ni. Mahu gila dibuatnya. Lemah jantung aku bila dengar. Berdesup darah aku naik! Sampai termimpi-mimpi lah aku. Haih, Mel...Mel...Sungguh lah kau ni. Bidadari aku!"

__

Amzar membuat panggilan telefon. Lama jugaklah nak tunggu panggilannya dijawab.

"Nak apa?"

"Aik? Garangnya."

"Ish! Ya, ya. Nak apa..."

"Mel, datanglah after lunch. I ada benda nak cakap."

"Through phone tak boleh?"

"Mel, come on. Datang, okay? Lunch sini sekali lah."

__

"Aku sebenarnya nervous nak bagitahu hal yang satu ni dekat Mel. Sebab aku takut nanti dia rasa kehilangan. Dia kata dia tak ramai kawan. Sejak pindah rumah, aku jelah yang setia dengar dia membebel tiap-tiap hari. Kalau tak memekak dekat sebelah telinga aku, dia meraung. Menangis sebab terkenangkan assignment berlambak, tak dapat makan kfry, grab mahal. Apa lagi. Namakan jelah. Semua benda dia mengadu dekat aku."

__

"Datang pun...Asal tak lunch sekali tadi?"

"Mama masak tenggiri masak lemak campur rebung. Mana boleh miss."

"Patutlah. Hm, duduk sini. Cepat."

"Kenapa serious sangat ni? You nak kahwin ke?"

Kamelia senyum nakal.

__

"Boleh pula dia kata aku nak kahwin? Remuk hati aku. Dia tak tahu ke aku punyalah syok dekat dia? Selamba badak dia je cakap macam tu. Eh, tiba-tiba emosi. Okay, sambung..."

__

"Mel, I...Dapat tawaran sambung master dekat Pahang."

"Hah?!!!"

Amzar memandang tepat mata Kamelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience