"Ibu, buat apa tu? Tertinjau-tinjau. Ibu jangan nak usha abang posman eh."
"Ish, ada pulak. Tu, ada jiran baru pindah rumah sebelah."
"Mana?..."
Amzar pun turut sekali meninjau di balik langsir rumahnya. Sudah lama rumah sebelah itu kosong selepas Datuk Wong berpindah ke negeri lain. Akhirnya, bertuan juga rumah tu.
__
"Masa tu aku tak ambil peduli pun pasal jiran baru sebelah rumah aku tu. Lama jugalah Ibu duk meninjau orang baru tu. Aku? Pergi dapur. Lapar. Tapi, dalam petang nak dekat maghrib macam tu, loceng rumah aku berbunyi. Ibu yang tengok siapa yang datang. Rupanya, makcik jiran sebelah. Dia bagitahu, esok malam nak buat kenduri doa selamat. Pindah rumah baru kan. Adalah, dia hulur sikit ayam masak lemak cili api dekat Ibu. Orang Negeri Sembilan katanya. Itu yang dia bantai letak satu lori cili api dalam lauk dia masak tu. Entah berapa gelas susu aku minum malam tu. Nasib, nasib..."
__
"Lusanya, sehari selapas kenduri doa selamat dekat rumah sebelah, aku bersantai di tepi kolam renang. Saja, cari ilham. Konon nak motivate diri untuk buat assignment. Tiba-tiba, loceng rumah aku berbunyi. Cepat-cepat aku bangun untuk tengok siapa yang datang. Hm? Siapa tu?"
Amzar membuka pintu pagar kecil sambil bertanya, "cari...si"
Dia terpaku.
"Ha...Ni. Mama suruh hantar kuih talam ni. Banyak lebih. Patutnya datang semalam kuihnya, baru hari ni orang tu dapat delivery. Ambil lah."
"Ha. Erk. Haa...kuih talam. Okay ,okay."
Sebekas kuih talam itu bertukar tangan. Amzar masih buntu.
__
"Aku tak tipu. Aku betul-betul keras macam tugu depan dia. Baru aku tahu, bidadari itu wujud. Ye, ye tahu. Hiperbola. Tapi, sumpah! Aku tergamam tengok dia. Dia senyum sebelum aku sempat menyapa. Untuk kali kedua, dia senyum lagi sambil berkata -nama I Kamelia-. Ye, Kamelia, tunang aku. Lepas aku perkenalkan nama aku, dia terus bertanya -boleh I masuk? I nak tengok tu-. Jari runcing dia menunjuk ke arah taman bunga Ibu. Aku kata, jom. I tunjuk."
__
Mereka berdua terus berjalan ke arah taman bunga di sudut kanan halaman rumah itu. Sempat Amzar meletakkan bekas berisi kuih talam itu di atas gazebo, yang berhadapan dengan taman bunga.
"Cantiknya! Macam dekat Paris! Hahaha!"
"Kenapa Paris?"
"Hm, entah. Tak tahu."
Kamelia tersengih.
"Ni bunga apa? I tak pandailah nama-nama bunga ni."
"This one? Easy. Orkid."
"Uuu, sweet. I nak letak nama anak I orkid."
__
"And that's how random she was. Dia cakap apa yang dia nak cakap. Muktamad. And...Little did she know that bunga yang aku kata orkid tu sebenarnya bunga tahi ayam. And that's how dumb she was. Malam tu, aku tak tidur lena. Yang dia pergi senyum dekat aku kenapa?! Dah satu hal aku nak pujuk mata aku untuk tidur. Buat hal lah Kamelia ni. Sejak hari itu, aku mula kenal siapa Kamelia. To be exact, Mel. My Mel."
Share this novel