Muka surat 3

Romance Series 1246

"Sejak dari hari tu, aku dan keluarga Mel jadi rapat. Setiap minggu Ibu dengan Mama Mel mesti bertukar juadah. Yang tukang delivery nya aku dan Mel lah. Kalau bukan Mel, Kak Opi yang datang. Bila Kak Opi yang hantar, aku buat-buat tak dengar bunyi loceng. Ibu yang buka pintu. Aku tak jahat eh. Yelah, kalau jumpa Kak Opi dapat lauk je. Kalau Mel yang datang, dapatlah tengok keindahan alam sekejap. Tak boleh lama-lama. Mahu kena jeling dengan dia. Hm, dah ibarat keluarga sendiri dah jiran sebelah rumah aku tu. Alhamdulillah, jiran aku semua baik-baik. Anak jiran aku pun baik. Eh?"

__

"Ibu, Am pergi sebelah kejap eh. Mel minta tolong. Assignment tak siap-siap. Macam-macamlah budak tu. Haih..."

Amzar menyisir rambutnya ke belakang. Handphone dicapai di atas meja makan.

"Mengeluh ke suka?..."

"Eh, Ibu ni. Am tolong siapkan kerja dia je. Tak ada yang lebih."

Amzar tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tu, malaikat sebelah kiri tu. Banyak tu dia nak catat kalau kerja nak menipu Ibu je."

"Ibuuuu!"

Mereka saling ketawa.

__

Bagus jugaklah ada si Amzar yang menolong dia untuk siapkan assignment. Kalau tak, sampai kesudah tak buat. Selesai dengan segala kerja last minute nya itu, mereka turun ke bawah. Mama Mel kata hari ni Am makan malam bersama di situ.

"Am, tolong ambil kan ayam tu."

"Tambah lagi? Haih, makanlah Mel. Makan."

Sambil menghulurkan kepingan ayam chicken chop kepada Mel. Mel membalas dengan jelingan. Amzar   ketawa sedikit.

"Angah, Mama dah kata. Panggil Am, Abang. Dia kan tua 3 tahun dari kamu."

"Ma...tak apalah. Am kan macam family kita dah. Barulah rasa dekat gitu kalau Angah panggil nama dia. Betul tak?"

Kamelia menyiku lengan Amzar.

Amzar meletakkan pisau dan garpunya ke pinggan.

"Betul tu, Ma. Am lagi tua kot. Cuba panggil. Abang. Am. Kan sweet tu?"

Amzar tersenyum. Tak sabar dia menunggu respons daripada Kamelia.

"No. Big no."

"Aduh!"

Kamelia memberi jelingan maut selepas sedas tumbukan padu darinya mendarat dilengan Amzar.

__

"Ada ke patut dia tumbuk aku sebab aku suruh dia panggil aku Abang? Salah ke? Betul lah apa Mama cakap tu. Aku sikit punya tua daripada dia. Rasa nak luku je kepala besar dia tu. Tapi, takpe. Disebabkan dia Kamelia, aku sabar. Hm, aku selalu je datang rumah dia. Dia pun selalu lepak dengan aku dekat rumah. Dah kata pun macam keluarga sendiri kan. Jadi, aku panggil Mama Mel...Mama. Mel panggil Ibu, Ibu."

__

"Tak ada game lain ke nak main. Bosan lah."

"Best apa main Uno. Cepatlah. Jom..."

"Okay, siapa menang boleh request something. Deal?"

"Alah, U ni. Semua nak reward. Menang, menang. Kalah, kalah. Habis cerita."

"Okay, tak apa. I balik dulu."

Amzar mencapai telefon disebelahnya.

"Ish. Yelah, yelah. Kalau kalah?"

"Tak tahu. U decide."

"Hm...Siapa kalah kena starlight dekat dahi."

"Ngamter...!"

__

"Hah, lagi satu, dekat rumah orang panggil dia Angah. Anak kedua. Garang semestinya. Ibu dengan Papa pun panggil dia Angah. Aku je panggil dia Mel. Baru special. Adik-beradik dia lagi dua orang, Ayong dan Anje dua-dua tak selalu ada dekat rumah. Ayong dah kahwin. Anje duduk asrama. Mel je yang ada dekat rumah tu. Dia tengah diploma. Dia kata lagi bagus duduk rumah sebab dekat je dengan Uni. Aku iyakan jelah. Entah-entah sebenarnya dia nak duduk rumah sebab dapat jumpa aku selalu. Ah, sudah. Berangan pula..."

__

"Mari, mari. Dah kalah jangan nak mengelak pula eh. I perati je dahi luas U ni."

"Alah...Tak jadi lah starlight. Benda lain lah..."

"Eh, mana boleh. The deal was sealed. Jangan buat-buat lupa."

Kamelia mencebik. Marah-marah pun tangannya cepat mengalihkan rambut yang menghalang dahinya.

"Okay, ready...?"

"Am, tak payahlah. Please..."

"Ah, tak boleh. Sini, cepat!"

Kamelia pasrah. Dia memejamkan matanya dengan rapat.

"Satu...dua...ti...ga!"

Kamelia menjerit sedikit dan terus membuka matanya dengan riak muka terkejut.

"U jentik ke tak? Tak sakit pun."

Amzar tersenyum. Dia meniup dahi Kamelia sambil menggosok-gosok tempat yang dijentik tadi.

"Sikit je I jentik..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience