HXS 3 : IDAMAN

Drama Completed 54616

Malam itu, Karolyna tidak lena tidur memikirkan keeesokan harinya dia akan berada di tempat kerja barunya. Jam dinding menunjukkan jam 10 malam. Karolyna yang masih belum mengantuk itu, keluar dari biliknya dan menuju ke dapur untuk minum. Dalam samar gelap, tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang sedang membuka peti sejuk.

"Oi!" jerit Karolyna dengan jantung yang berdebar.

Tubuh badan tinggi lampai slim itu berpaling ke belakang dan terpampang wajah Mark yang sedang minum susu kotak farm fresh. Mark juga terkejut lalu mengurut dadanya melihat Karolyna di depannya memakai pajamas dan masker muka berwarna putih di mukanya.

"F**k! Hantu!"

"Kepala hotak kau hantu! Ni aku lah! Karolyna!" balasnya dengan geram.

Mark yang sudah sedia dengan langkah silatnya, mengecilkan kedua matanya memerhatikan siapa makluk perempuan bertubuh kurus itu di depannya. Itu bukan kakaknya yang berisi dan bersuara seperti anime.

"Oh my God, Karol... Fuhh! Kau tinggal sini ke? Asal aku tak tahu?!" Mark duduk di meja makan dengan perasaan berdebarnya. Sikit lagi nak
mencederakan seorang wanita di depannya itu. Kalau tak, dah kena belasah oleh Paige.

"Ya! Kau ni. Kenapa tak buka lampu?!" Karolyna menekan butang lampu di tepi dinding, tak jauh daripada peti ais itu.

"Aku dah biasa macam ni. Kakak aku pun satu. Tak juga beritahu kau ada kat sini. Dah lah aku..." Mark memandang dirinya sendiri, hanya memakai
boxer jenama Valentino berwarna putih, kelihatan ternampak bentuknya.

Karolyna menutup matanya dan memalingkan mukanya daripada melihat Mark di depannya. Mukanya merah padam.

"Alamak! Good night!" Mark terus berlari naik ke tingkat atas sambil membawa susu farm fresh itu.

Karolyna menghela nafas lega seleganya. Dia tak tahu nak cakap apa. Dia mencapai sebotol air mineral sejuk dan membawanya masuk ke dalam
bilik.

Mark menghela nafas yang lega setibanya dia sampai ke dalam biliknya sendiri, bersebelahan dengan bilik Paige yang sudah gelap gelita.
Mark melihat dirinya di depan cermin besar dan memuji sendirian. Hmm... Buat apa malu? Aku punya body yang perfect, idaman para gadis di
luar sana. Takkan aku nak malu? Tapi setakat ni, takde siapa perempuan pernah melihat aku macam ni. Ishh! Gilalah!

-

6.30 pagi

Keesokan paginya, Mark turun ke dapur untuk bersarapan. Dia melihat Karolyna sedang menyiapkan sarapan berupa mihun goreng dan teh o panas serta karipap kari.

"Dari mana dapat karipap ni?" soal Mark, mencapai cawan kosong dan menuang teh o panas perlahan-lahan.

"Ada makcik jual karipap depan pintu tadi." jawab Karolyna tanpa memandang Mark yang duduk di depannya.

Mark mengunyah karipap itu sambil menjeling Karolyna, seperti ingin mengatakan sesuatu. Seumur hidup tak pernah aku tengok mak cik jual karipap area rumah aku ni.

"Nak cakap apa?" Karolyna menyoal, duduk di depan Mark sambil menghirup teh o panas itu.

"Err... Aku minta maaf sebab tak buka lampu dapur semalam." jawab Mark, ikhlas dari hatinya.

"Hmm... Okey."

"Okey je?"

"Yelah. Nak cakap apa lagi? Thank you, next?"

Mark ketawa. "Kau tak nampak apa-apa semalam, kan?" usiknya.

Muka Karolyna serta merta merah padam. Mark senyum. Tak lama kemudian turun lah Paige dari tingkat atas.

"Eh, kau balik ke malam tadi?" soal Paige, tanpa ketahui adik lelakinya itu balik rumah.

"Yelah, hari ni aku offday. So, aku baliklah malam tadi. Kakak tak beritahu pun ada tetamu. Sampaikan dia terkejut tengok aku di dapur malam tadi." jawab Mark panjang lebar.

"Iyalah, aku lupa. Aku dah terbiasa kau dah jarang balik rumah. Kebetulan kau offday, kau atur kunci gate rumah kita tu. Bahaya." pesan Paige lagi,
di mana dia sudah bersiap hendak ke Unimas.

"Yelah kak, nanti aku keluar beli barang. Korang dua kerja ke pagi ni?" soal Mark pula.

"Yup. Mulai sekarang, aku dan Karol kerja sama di Unimas. Cuma kadang-kadang masa tak sama, kan karol?"

"Yes, betul. Aku turun jam 8 pagi nanti."

"Dan aku, kena turun sekarang, dah lambat dah. Karol, tak perlu lah masak. Aku jarang sarapan. Susahkan kau je. Aku turun dulu. Jumpa kau di
kafe nanti, Karol." ucap Paige, mengambil seketul karipap dan dibawanya keluar rumah.

Bunyi enjin kereta berlalu dari kawasan rumah. Karolyna menghabiskan sarapannya sambil diperhatikan oleh Mark.

"Aku nak keluar beli barang. Kau ada apa-apa nak pesan? Aku boleh tolong belikan." Mark bersuara lagi.

"Hmm... Takpe lah. Aku okey je. Tolong tutup makanan kalau dah makan." Karolyna berlalu dari dapur dan masuk ke dalam bilik.

Mark mencebik sambil mengunyah baki karipap dan membaham bihun goreng pula.

-

30 minit kemudian, akhirnya Karolyna sampai ke Unimas. Dia terus ke bahagian kaunter pertanyaan dan berjumpa dengan Alan, HR universiti.

Alan Smith membawa Karolyna ke bahagian perpustakaan di mana terletak di sayap barat, agak jauh daripada tempat letak kereta dan lobi
kafeteria.

"Good morning Lyea Mastika. Ni staff baru tolong kau kat sini. Kau tolong ajar dia apa yang patut." Alan menyerahkan satu dokumen kepada
Lyea Mastika, supervisor perpustakaan Unimas di sana.

"Okey Alan." Lyea mengambil dokumen itu dan membacanya.

"Kau ikut Lyea apa yang dia ajar." ujar Alan dengan senyuman.

"Terima kasih, Encik Alan." ucap Karolyna dengan sopan.

Alan hanya menjelingnya sahaja, kemudian dia pergi dari situ dengan ketukan sepatu kilatnya yang bergema di perpustakaan sunyi itu.

"Karolyna Jane. Nak panggil kau apa? Jane? Lyna?" sapa Lyea tanpa sebarang riak wajah.

"Karol, kak..."

"1987? Umur kita sama je. Tak perlu panggil aku kakak. Panggil aku Miss Lyea." ujarnya dengan sinis.

"Maaf, Miss Lyea..." Karolyna merasa terasa.

"Kau ikut aku. Ambil list buku ni." Lyea memberi beberapa keping kertas A4 penuh dengan list buku.

Karolyna mengambilnya dan membuntuti di mana Lyea pergi. Setelah diperkenalkan beberapa section buku kepadanya, Karolyna mula menjalankan tugasnya memeriksa buku yang ada di sana, mengikut list yang dia pegang. Sesekali dia bertembung dengan staff lain yang sedang mengemas buku bahagian belakang stor. Sedang dia fokus mencari tajuk buku yang dia mahukan, Karolyna mendengar gosip daripada dua orang staff yang sedang mengemas buku di sebelah rak tanpa menyedari Karolyna juga di sana.

"Kau tahu tak staff baru tu? Apa nama dia, Karol?" staff A

"A..ah. Kenapa dia?" staff B

"Kalau diikutkan Encik Alan, dia tak layak pun dapat kerja kat sini." jawab Staff A sambil mengemas buku

"Yeke? Habis tu, macam mana dia boleh dapat kerja sini lah?" staff B menyoal

"Biasalah. Kabel. Sepupu aku lagi layak daripada dia. Sepupu aku graduan Ijazah tak dapat. Dia cuma spm je.Bila aku tanya Encik Alan, dia tak cakap apa-apa pun. Ish, geram aku." bebel Staff A dengan perlahan.

"Tak patut lah macam tu. Ingat kerja kita ni, main susun buku macam tu je ke? Pening kepala kena hafal dan bagi cadangan macam mana nak
susun buku semua ni. Dah la kena belajar ikut sususan." balas Staff B pula.

"Entahlah. Aku tak faham lah. Guna kabel ke, guna kangkang?" sindir staff A pula.

Karolyna yang mendengar, menahan sakit di hati. Ingin saja dia menyembur dua orang staff itu, tetapi dia tahankan saja. Lantas dia pergi dari situ membawa hati yang geram.

Pada waktu rehat jam 12 tengah hari, Karolyna menerima whatsapp daripada Paige mengatakan dia tidak dapat lunch bersama kerana baru
teringat akan janjinya lunch bersama Alan Smith. Karolyna mengeluh tapi dia tak kisah. Dia memesan makanan fast food dan sepertinya dia
ternampak kelibat seseorang yang dia kenal, juga berada di sana.

"Chris Liam? Dia buat apa di sini?" Karolyna membawa pinggan yang penuh dengan makanan, cuba mendekati Chris Liam yang sedang berbual
dengan seorang sekuriti di depan kaunter pertanyaan bahagian makanan.

Tanpa disengajakan, tiba-tiba Chris Liam terundur ke belakang dan melanggar Karolyna menyebabkan pinggan nya terjatuh dan makanan berupa kari ayam terpercik ke mukanya dan mengotorkan baju putihnya.

"Holy mother...! I am so sorry!" Chris Liam memusingkan badannya dan dia terkejut melihat Karolyna berada di belakangnya dengan wajah dan baju yang kotor.

Chris Liam mengeluarkan sapu tangan birunya lalu mengelap wajah Karolyna yang berbau kuah kari ayam itu dan cuba mengelap kuah kari yang
terpercik di baju dada Karolyna itu. Mata Karolyna terbeliak apabila Chris Liam tersentuh dadanya yang gebu, lalu menepis tangannya dengan kasar. Wajah Chris Liam mula pucat, meminta maaf beberapa kali, merasa bersalah. Dia takut Karolyna akan menyamannya atas dasar gangguan seksual.

Karolyna menghela nafas yang berat, ingin menangis memandang makanan kegemarannya membazir begitu sahaja. Dia tunduk kepala dan mula mengutip pinggan dan makanan di atas lantai. Chris Liam yang melihat, segera menarik tangan Karolyna daripada terus mengutip makanan yang sudah tercemar itu.

"Please dont! Makanan ni sudah tercemar. Kau pergi panggil cleaner kemas semua ni." ujarnya kepada sekuriti tadi. Sekuriti itu segera pergi dari situ dan mencari cleaner.

Chris Liam menarik tangan Karolyna dan membawanya pergi dari kawasan itu sambil dipandang beberapa pelajar dan pensyarah yang makan di sana. Termasuk staff A dan B mengutuknya di perpustakaan tadi. Chris Liam membawa Karolyna ke sinki dan membasahkan sapu tangannya dan cuba mengelap membersihkan wajah Karolyna yang masih berbekas kari ayam tadi.

"I'm okey." Karolyna menghadap wajahnya ke depan cermin sinki dan mencuci mukanya sambil diperhatikan oleh Chris Liam.

"I'm deeply sorry miss..."

"Karolyna."

"Miss Karolyna. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tak nampak awak di belakang saya."

"Hmm... Tak apa. Mungkin salah saya juga berada di sana." jawab Karolyna lagi, mengambil sapu tangan basah milik Chris Liam itu, dan cuba
membersihkan baki kari ayam di dada bajunya, sehingga bajunya basah dan menampakkan baju dalam berwarna hitam di sebalik baju putih itu.

Chris Liam berdehem, mengalihkan pandangannya daripada memandang Karolyna terus menerus mengelap bajunya yang mula menampakkan kulit tubuh badannya. Wajahnya sedikit merah. Karolyna yang perasan akan kelakuan lelaki tampan itu, berhenti membersihkan bajunya.

"Saya minta maaf, Miss Karolyna. Rasanya saya kena ganti baju awak sebab kari takkan dapat memutihkan semula baju putih. Dan saya akan belanja awak makan, boleh?" ujar Chris Liam tanpa memandang wajahnya ketika bercakap.

"Tak apa lah. Saya dah tak lapar. Saya pergi dulu."

"Miss Karolyna. Please, sekurangnya, boleh minta nombor telefon awak. Saya akan hubungi awak jikalau saya ada masa." pinta Chris Liam, memandang wajah Karolyna yang polos tanpa makeup itu.

"Just call me, Karolyna."

"Karolyna, please." Chris Liam menghulurkan telefon Iphonenya kepada Karolyna.

"Okey, alright. You insist." Karolyna mengambil iphone Chris Liam dan menekan butang nombor beberapa kali, dan diberi kepada Chris Liam kembali.

"Thank, Karolyna." ucap Chris Liam.

Karolyna hanya angguk kepala, kemudian dia pergi dari situ sambil dipandang oleh Chris Liam dengan senyuman.

-

Petang itu, 6.50 petang.

Dahi Paige berkerut melihat Karolyna balik dengan pakaian kotor, berbau kari india yang tulen.

"What the heck happen to you, sayang?" tegur Paige yang hendak keluar rumah mengangkat pakaian di ampaian.

Karolyna mengeluh panjang sewaktu masuk ke dalam rumah. Dia menceritakan apa yang berlaku, membuat Paige terkejut beruk.

"Apa yang dia buat kat sana?!"

"Aku pun tak tahu. Aduh... aku lapar lah. Aku nak mandi dan makan dulu." rungut Karolyna dalam keadaan lemah.

Paige geleng kepala, lantas mengambil telefonnya dan whatsapp Chris Liam.

Karolyna mandi sambil menggosok baju putihnya dan ternyata ianya benar. Kuah kari terus melekat dan takkan dapat ditanggalkan. Dia mengeluh
berat dan segera mandi. Selepas mandi dan memakai pakaian, dia keluar menuju ke dapur untuk mencari makanan. Hendak memasak terlampau malas dan letih. Dia mengetahui Paige dan Mark memang jenis tidak gemar memasak dan makan di rumah. Last choice, Karolyna mencari makanan segera dan menjumpai sepaket magie kari di kabinet dapur. Apabila dia ambil, tiba-tiba Mark datang dan merampas dari tangannya.

"Nope! This is the last one and this is mine!" ujar Mark dengan tegas.

Karolyna mengeluh lagi.
"I'm starving."

"Tadi kan aku dah pesan nak beli apa. Kau cakap tak nak. Sekarang, kau nak rembat maggie aku?" bebel Mark.

"Kau ingat aku peramal masa depan ke nak tahu apa akan jadi hari ni?" balas Karolyna.

"Bukan pasal nak meramal ke apa. Tapi pasal persediaan. Dekat tempat kerja aku, setiap perkara kena tahu, In Case anything happen, we have backup, plan B, C or D! So, kau kena beli barang incase apa-apa kejadian berlaku kat kau, ada backupnya. Faham?" jelas Mark lagi, memeluk magie karinya dengan penuh perasaan.

"Aduhh... Apa kau bebel ni? Aku lapar lah. Bagi lah aku makan. Aku tak larat lah. Nanti aku ganti lepas makan ni!" Karolyna sudah pening kepala.

"Habis tu, aku nak makan apa nanti?"

"Lepas ni aku pergi beli."

"Aku tak percayakan kau!" balas Mark

"Hei... apa bising-bising ni? Pasal maggie pun nak bergaduh ke? Kau ni Mark, tak boleh bertolak ansur ke? Kan dia dah cakap seharian dia tak
makan. Kau ni, dari tadi makan jajan. Kenapa tak kemas meja tu?!" kali ini, Paige masuk campur, cekak pinggang di depan Mark.

"Lapar balik lepas makan jajan. Bukannya kenyang." muncung Mark bercakap.

Karolyna duduk di meja makan sambil meletakkan kepalanya di atas meja. Mark terasa kasihan pula melihatnya.

"Yelah aku bagi. Nah!" Mark meletak sebungkus maggie tadi di depan Karolyna. Namun dia tidak berganjak, hanya termenung jauh memandang
dinding dapur yang berkilat itu.

Paige menjeling Mark, membuat Mark mula merasa serba salah.

"Yelah, aku masak. Kau tunggu." Mark membebel, tetapi tangannya bekerja.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya maggie kari special telur sayur dah siap! Menghidu saja bau maggie kari kegilaan ramai orang, Karolyna
angkat kepalanya memandang maggie itu. Dia menarik mangkuk maggie itu di depannya, mengambil chopstik dan mula makan slurppp! Mark dan Paige menelan air liur melihatnya. Namun Karolyna tidak peduli. Dia sangat lapar.

Apabila Karolyna sudah habis menjamu selera dan mencuci pinggan, Paige mendekatinya dan berkata,

"Liam mesej aku cakap minta maaf. Dia akan ganti baju kau."

"Ish, tak payahlah. Baju aku tu pun dah lama." ujar Karolyna, meneguk air sejuk sehingga setengah cawan.

"Biarlah, gentelmen katakan. Dia insist."

"Hmm..." Karolyna seperti malas hendak berbual tentang itu.

"Kau macam mana dengan Liam? Dia buat apa kat sana?" soal Karolyna pula, menukar topik.

"Oh, dia ada anak buah belajar di sana. Tapi bukan falkuti aku. Jadi aku tak kenal."

"Ooo... So, kau dengan Liam, ada progress tak?"

"Mmm... so far so good. Kalau ada masa, kami berdua bermesej. Calling jarang sebab dia super busy. Tapi kami dua baru je nak rapat. So, give him time. Aku tak nak paksa, dan tak nak berharap." jawab Paige lagi, sekali sekala mengeluh.

Karolyna angguk kepala.
"Okey lah kalau macam tu, janji dia tak mengelak kau."

Paige hanya senyum.
"Kau pula? Okey tak kerja tadi? Diaorang sana layan kau baik tak?"

Karolyna terdiam sebentar. Mula teringat akan gosip yang diperkatakan pagi tadi, pada hari pertama bekerja. Dia senyum.
"Okey je. Pekerja sana semua peramah."

"Good..." Paige senyum sambil menepuk bahu Karolyna.

Karolyna membalas dengan senyuman.

-

Di kediaman Chris Liam. 8.15 malam.

Chris Liam sedang sibuk menaip sesuatu di atas laptopnya. Datang seorang butler lelaki membawa sedulang makanan dan diletaknya di atas meja bulat di depannya. Kemudian butler itu keluar dan menutup pintu. Chris Liam memandang jauh makanan di depannya itu dan bangun dari duduk depan laptop meja kerjanya.

Dia melihat hidangan makan malam berupa Nasi putih, sayur campur dan kari ayam. Kari Ayam? Serta merta Chris Liam tersenyum. Dia merasa
sedikit hidangan itu. Sedap ke? Sampaikan monyok kecewa sedih bercampur baur terpancar di wajah Karolyna melihat makanannya terjatuh.
Chris Liam merasa sedikit kari ayam itu, ternyata ianya memang sedap.

Namun dia tidak merasa lapar. Sebaliknya, dia teringat keadaan Karolyna yang mencuit hatinya. Dari wajah yang kotor tekena kuah kari, kepada baju yang basah ketika dicuci dengan air basah. Memaparkan bentuk tubuh Karolyna yang agak seksi di depannya walaupun berpakaian penuh. Senyuman Chris Liam makin lebar.

"Makanan tu tak masuk perut dengan senyuman, uncle." tegur seorang perempuan remaja di depannya, memeluk tubuh memandangnya.

Chris Liam tersedar daripada lamunan. Pura-pura tak dengar apa yang diperkatakan oleh Violet, anak buahnya yang berusia 25 tahun itu.

"Buat apa malam-malam merayau ni, Vio? Tak ulangkaji ke?" mencuba tukar topik.

"Baru habis makan uncle. Nak jalan sekejap, buang lemak sebelum mak ambil. Pintu tak tertutup rapat, ternampak uncle senyum-senyum depan makanan tu. Tak baik tau. Rezeki jangan ditolak." bebel Violet, pelajar universiti di mana tempat Paige mengajar. Cuma mereka tidak pernah berjumpa.

"Takde lah. Teringat kat tempat kerja tadi."

"Eh eleh. Jangan tipu lah, uncle! Saya nampak apa yang terjadi dekat kafeteria tadi." ujar Violet lagi dengan sengihan.

Chris Liam merasa cemas, namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Yeke? Uncle tak perasan pun kamu kat sana. Kenapa tak tegur?"

"Saja je tak tegur. Nak tengok uncle beri reaksi macam mana. Uncle kan dah lama membujang."

"Kamu jangan fikir macam-macam. Uncle takde masa nak cari pasangan. Company baru je nak naik. Uncle kena fokus dengan kerja dulu." balas
Chris Liam lagi, cuba meneruskan suapannya. Jujur, dia tak ada selera.

"Uncle, company XFlower tu dah maju sejak 10 tahun yang lalu. Bagi lah masa dengan diri sendiri, cari teman. Taklah tersengih seorang diri depan makanan tu. Nampak macam tak betul je." bebel Violet lagi, geleng kepala.

"Mana de tersengih, uncle senyum je pun. Ish, kamu ni..."?"

Chris Liam tak menjawab, sebaliknya dia mengeluh. Dia masih tidak senang hati jika tidak berbuat apa-apa tentang kejadian itu. Teringatkan reaksi dingin daripada Karolyna, dia tahu wanita itu sukar untuk dimiliki.

BERSAMBUNG...

Selamat berpuasa kawan-kawan Maaflah jika ada bahasa kasar di dalam novel Erra ini. :(

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-07-06 20:16:19 

ada uc akk smbung naaa

DHIA AMIRA
2024-07-06 20:16:08 

best pulak.. ok yg uc as usual novel2 uc lain yg akk ada save tu mmg lambertttt hbis


NovelPlus Premium

The best ads free experience