-Dua minggu kemudian...-
Berita Semasa TV10
'Seorang wanita telah menfailkan saman terhadap suaminya sebanyak 15 juta, setelah menangkap kecurangan suaminya bersama dengan wanita lain yang tidak mempunyai pertalian hubungan yang sah, sebelum pasangan ini memutuskan untuk berpisah.'
"Wah! Kayalah perempuan ni kalau dia menang saman!" bebel Mark sambil mengunyah jajan di tangannya.
Paige yang sedang menikmati sarapan pagi berupa sandwich telur, memberhentikan kunyahannya dan matanya menatap television.
"Siapa nama perempuan tu?"
"Entahlah. Muka dia pun pakai mask. Ada ke undang-undang macam tu?" soal Mark lagi.
"Ada kot, kalau takde, takde lah perempuan tu nak saman." balas Paige, menghabiskan sarapannya dan bangun daripada kerusi kayu itu lalu
mencapai beg tangannya di atas sofa.
"Kakak nak ke mana?"
"Nak keluar, lepas tu pergi Unimas. Kau jangan lupa kunci pintu depan kalau nak keluar. Sebab kunci gate rosak."
"Okey kak. Nak pesan jajan!" Mark tersengih sambil menunjukkan jajan cheese yang sudah habis.
"Ish kau ni! Jangan banyak sangat makan jajan! Otak pun tak berjalan! Makan lah buah dalam ice box tu!" bebel Paige lagi.
"Eh, bebel macam orang tua." sindir Mark dengan perlahan.
Pintu utama di tutup dan Paige masuk ke dalam kereta. Dia pusing kunci kereta, pasang penghawa dingin dan set bluetooth lagu. Dia mencapai telefon bimbitnya dan menekan butang Youtube. Dia memilih lagu dan keluarlah lagu;
Ain't My Fault by Zara Larson
I can't talk right now
I'm lookin' and I like what I'm seein'
Got me feelin' kinda shocked right now
Couldn't stop right now
Even if I wanted, gotta get it, get it, get it, when it's hot right now
Oh my god, what is this?
Want you all in my business
Baby, I insist
Please don't blame me for what ever happens next.
.
Paige, 32 tahun, memandu keluar daripada kawasan perumahan dua tingkat itu. Kehidupan Paige tidak sesenang seperti orang lain. Dia dilahirkan dalam suasana rakyat mahren. Ibu bapanya bercerai ketika dia dan Mark masih dalam usia remaja.
Dia bekerja sedaya upaya sepanjang hidupnya. Tidak mampu melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap tertinggi. Kemudian dia berkahwin dengan jejaka pilihan ibunya ketika dia berusia 18 tahun.
Tetapi perkahwinannya tidak berjaya dan hanya bertahan selama 5 tahun sahaja, apabila bekas suaminya curang di belakangnya. Dengan alasan kerana dia miskin dan tidak secantik perempuan lain.
Kini, sudah 11 tahun berlalu dan Paige berjaya menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti, iaitu UNIMAS. Dia juga seorang translator untuk UNICEF. Disebabkan itulah, dia kini memiliki banyak pengalaman dan kerjaya. Di universiti, Dia sangat terkenal kerana seorang yang peramah dan dilabel sebagai Wanita Menggoda dengan senyuman serta berpenampilan agak seksi.
Walaupun kadang kala dia pernah dicaci kerana memegang tittle Janda, Paige tetap kuat, walaupun di hatinya, hanya Tuhan tahu apa dia rasakan. Namun dia harus bersyukur kerana mempunyai fikiran yang bijak biarpun segelintir orang memandang serong kepadanya.
"Morning Paige, coffee?" tegur seorang pensyarah lelaki memakai kemeja biru, mengambil peluang, melihat Paige dari jauh, mendekati kaunter memesan air di Juice Bar.
Paige menoleh di sebelahnya, "Morning. Takde kelas, ke?" soalnya kepada Paul, memesan kopi panas.
"Kelas pertama dah habis. Kelas kedua pukul 11 nanti. Nak keluar lunch sama-sama nanti, tak?" pelawa Paul dengan senyuman, menampakkan sedikit kekuningan di giginya itu.
Di mata Paul, Paige seorang wanita yang mengghairahkan, meskipun Paige memakai pakaian bertutup, tetap tetap juga menampakkan bentuk tubuhnya yang curvy itu. Di dalam kepala otak Paul, jika dia ada peluang, ingin sahaja dia memeluk dan mencium Paige sepuas hatinya.
Paige berdehem, merasa jijik melihat sengihan Paul setiap kali merenungnya. Paul masih tidak berputus asa untuk memikatnya. Tetapi Paul bukan cita rasanya. Paul cenderung kepada kekampungan.
"I'm sorry, Paul. Aku sibuk lepas kelas nanti."
"Hmm... Lepas lepas kelas petang?" Paul mencuba lagi.
Paige geleng kepala. "Aku sibuk, Paul. Harap kau faham." dia cuba pergi dari situ dengan membawa kopinya.
"Aku tak tahu apa salah aku sampai kau tak bagi aku peluang langsung." Paul bersuara lagi.
Paige mengeluh, dia menoleh ke arah Paul.
"Kau kena sedar, kau bukan test aku. Apa pun kau buat untuk pikat aku, aku takkan terpikat. Kau kena hormat pilihan aku. Mungkin kau lebih sesuai dengan Cik Yaya." Paige sempat menunjuk ke arah pensyarah wanita memakai cermin mata, yang sedang mengambil makanan fast food,
memandang ke arah mereka berdua dengan senyuman.
Paul geleng kepala. Dia sedar dia siapa, tetapi cita rasanya juga bukan seperti Cik Yaya. Atau Paul jenis lelaki yang tak sedar diri.
"Paige, kau jangan sombong. Aku akan buat apa saja untuk memiliki kau."
Paige sudah muak. Lelaki ini sudah lama ingin mendekatinya sejak 6 tahun dia mengajar di sana. Tapi kali ini, Paul sangat berani, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Paige sudah berpisah dengan bekas suaminya.
"Dah lah, Paul! Aku rimas, tahu tak? Ish kau ni!" Paige sudah tidak peduli, dia memusingkan badannya dan segera membuat langkah panjang
meninggalkan Paul terkesima di tengah kafeteria itu.
"Tak apa lah Paige, suatu hari nanti, kau akan merangkak mencari aku. Baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah!" bisik Paul sendirian dengan
perasaan geram di dalam hatinya.
"Ish! Sibuk betul lah mamat kampung ni! Tak sedar diri langsung!" bebel Paige sepanjang perjalanannya ke kelas. Dia tidak menumpukan langkahnya ke depan sehingga dia terlanggar seseorang menyebabkan kopinya yang sudah suam itu tertumpah di baju Channel nya.
"Oh my God!" Paige bersuara dalam keadaan cemas.
"I'm so sorry!" jawab seorang wanita berpakaian cardigan panjang berwarna jingga itu, cuba membersihkan air tertumpah atas pakaian Paige.
Namun Paige menepis tangan wanita itu dengan kasar dan memandang wajahnya. Dahi Paige berkerut seolah-olah mengenali wanita itu.
"Karolyna? Karolyna Jane?"
Wanita itu mendongak dan memandang Paige. Dia menunjuk ke arah Paige seperti dia juga mengenalinya.
"Paige Millie?"
"Karolyna! Wow! Tak sangka boleh jumpa kau di sini!" Paige merasa gembira lalu memeluk sahabat lama dari sekolah lamanya 15 tahun yang lalu.
"Betul lah kau, Paige! How are you!" Karolyna membalas pelukan Paige.
"Aku minta maaf berjalan tak pandang orang depan aku. Kau okey tak? Dah la baju kau mahal. Aku minta maaf! Aku akan ganti pakaian kau!"
ucap Karolyna dengan perasaan bersalahnya.
"Ish! Tak apalah, cuci je, settle!" jawab Paige dengan senyuman lebar sambil memandang keadaan Karolyna yang sedikit kekampungan itu,
memegang sebuah fail berwarna hitam.
"Kau nak pergi mana? Kau ada saudara kerja or belajar sini, ke?" soal Paige.
Karolyna geleng kepala. "Aku nak cari kerja." jawabnya dengan senyuman.
"Oh... Kerja, apa?"
"Hmm... Apa-apa saja yang berkenaan. Aku... erm. Kau buat apa sini? Kau belajar sini ke?" cuba menukar topik.
"Tak lah, aku pensyarah di sini." jawab Paige dengan senyuman.
"Wah! Bestnya aku ada kawan jadi pensyarah di universiti terkenal ni! Bestnya!" balas Karolyna dengan senyuman.
"Eh, aku nak masuk kelas ni. Tapi kau nak balik ke, atau sanggup tunggu aku? Aku nak keluar dengan kau. Tapi aku tak boleh skip kelas." ujar Paige lagi.
"Hmm... kalau urusan aku dah settle, aku tunggu kau. Kau berapa jam ada kelas?"
"Sejam lebih je. Kalau semua student aku cepat faham apa yang aku ajar, cepat lah kelas habis. Kau tunggu aku dekat kafeteria atau lobi. Dekat
library pun boleh. Sana ada minuman. Atau kau bagi aku nombor telefon kau. Aku call kau lepas habis kelas." ujar Paige dengan panjang lebar.
Dia sangat gembira berjumpa dengan Karolyna setelah sekian lama. Serta merta kenangan di sekolah menengah muncul di fikirannya.
"Okey boleh..." Karolyna mengambil telefon bimbit di tangan Paige dan menekan nombor telefonnya dan save bersama namanya.
"Kalau macam tu, aku call kau. Kau jangan balik tau!" ucap Paige lagi.
"No problem. Kau pergi lah masuk kelas. Aku nak pergi ke kaunter pertanyaan dulu."
"Okey, Karolyna. Good luck!" ucap Paige lagi, lalu pergi dari situ.
Karolyna senyum makna.
-
Paige dan Karolyna keluar bandar setelah siap menguruskan urusan masing-masing. Mereka berdua menjamu selera makan tengah hari di sebuah kedai makan Warung Nusantara.
"Wah, makanan sini favorite giler aku! Dulu aku pernah bekerja di area sini, boleh dikatakan hampir setiap hari makan di sini." ujar Karolyna dengan pilihan makanannya berupa fast food hidangan India.
"Seriuslah? Aku pun suka juga! Hahaha! Memang ada jodoh lagi kita nak bertemu. Rasanya dah lama giler tak berjumpa kan?" Paige menyuap
sesudu byrani di dalam mulutnya.
Karolyna angguk kepala sambil mengunyah. Mereka berdua ketawa kecil.
"Kau tinggal di mana sekarang?"
"Di kampung Lundu. Aku baru pulang dari sana." jawab Karolyna lagi.
"Kau buat apa di sana? Kerja, ke?"
"Lepas aku kahwin, aku duduk di kampung jadi suri rumah je." jawab Karolyna, menyedut air sirapnya.
"Oh... Patutlah tak lama tak terserempak dengan kau di sini. Kau seorang diri ke sini? Suami kau di mana?" Paige menyoal lagi.
"Hmm... Kami berdua dah bercerai." jawab Karolyna perlahan, dia meletak sudu di tepi pingan dan mengelap mulutnya dengan tisu.
"Oh.. aku minta maaf sebab tanya banyak, Karol. Aku ni penyibuk, kan?" Paige merasa bersalah melihat Karolyna sudah seperti tiada selera untuk meneruskan suapannya.
Karolyna senyum. Dia geleng kepala. "Nope, aku okey je. Aku pun nak balik semula ke sini. Aku rindu juga dengan kawasan ni."
Paige senyum. " Aku harap kau tabah. Sebab bukan kau saja yang alami perkara sebegitu, aku pun dah kahwin sebenarnya. Dah bercerai 4 tahun yang lalu."
"Serius? Kenapa?"
"Ermm... Dia curang dengan aku. Sekarang, aku dah terkenal dengan tittle Janda Menggoda. " jawab Paige lagi, diiringi dengan ketawa yang penuh dengan kepura-puraan. Dia seperti tidak kisah berkongsi pengalaman buruk kepada Karolyna.
Karolyna angguk kepala.
"Sabarlah ya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. So, sekarang, kau ada date dengan sesiapa, ke?"
Paige geleng kepala, kemudian mengeluh panjang. Dia mengambil tisu dan mengelap bibirnya yang berminyak.
"Aku pernah cuba. Tetapi semua lelaki memandang aku tidak serius. Mereka lebih... suka badan aku. Maaf lah Karol. Kau perlu dengar semua ni. Aku... rasa malu. Ibu aku cuba padankan aku dengan lelaki bujang. Tapi aku tak nak."
"Untunglah kau, ramai peminat. Ibu kau pun dah ada calon. Aku? Lepas cerai, takde siapa nakkan aku. Aku tak cantik dan kaya macam kau.
Kadang-kadang aku menyesal aku berhenti kerja selepas kahwin." ujar Karolyna pula.
"Ermm... Jangan fikir macam tu, Karol. Mungkin ada sebabnya perkara ini terjadi. Oh ya, tadi kau kata nak cari kerja. Dapat ke, tak?"
"Belum tahu lagi, Paige. Tunggu bos besar telefon."
"Siapa yang interiew kau?" soal Paige, menghabiskan minumannya.
"Encik Alan. Kau kenal, ke?"
"Oh, Alan ke? Kenal! Takpe, nanti aku jumpa dia. Kau jangan risau lah! Aku banyak kenalan kat sana."
"Kau kan popular. Mesti lah banyak kenalan, kan?" usik Karolyna, juga menghabiskan minumannya.
Paige tersengih. " Taklah, sebagai pensyarah, kita kena kenal banyak orang. Kau jangan risau, okey?"
Karolyna angguk kepala dengan senyuman.
-
Pada malam itu, Paige pulang ke rumah seperti biasa. Dia membawa jajan yang dibelinya di depan kedai universitinya itu. Dia ketahui bahawa Mark, tiada di rumah.
Trik trik trik... Bunyi sms masuk.
'Kau buat hidup aku merana, Paige Millie!. Aku akan pastikan kau juga terima apa yang aku rasakan!' - Private Number
Paige terkejut membaca pesanan ringkas berbaur ugutan itu. Jantungnya berdegup dengan kencang. Nombor yang tidak diketahui nombornya.
"Sial! Siapa ni?!"
Paige mencari nombor Karolyna dan menghantar mesej kepadanya. Namun Karolyna tidak membalas. Paige merasa mula takut. Dia bangun dari sofa meninjau keadaan di luar rumah yang gelap hanya ditemani lampu jalan yang malap. Dengan kunci gate yang rosak, dia merasa takut. Lalu dia menelefon Karolyna.
'Hello? Paige? Sorry aku mandi tadi. Ada apahal ni?' - Karolyna
'Kau... Kau sibuk ke sekarang? Kau di kampung ke?' - Paige
'Tak lah. Aku kat rumah sewa Desa Ilmu sini. Kenapa?' - Karolyna
'Tak jauh dari rumah aku. Rumah aku di Merdang.' - Paige
'Kau okey ke tak ni? Lain macam jak suara kau ni?' - Karolyna
'Kau baca mesej aku.' - Paige mematikan talian.
Tak lama kemudian, Karolyna membalas mesejnya.
'Hantar lokasi rumah kau. Aku pergi rumah kau.' - Karolyna
'Terima kasih, Karol. Sorry aku susahkan kau. (Hantar lokasi)' - Paige
'Sama-sama. Aku tak kisah. Kita kan kawan... Tunggu aku, jangan keluar ke mana-mana.' - Karolyna
Paige mula menarik nafas lega. Dia terus memikirkan Karolyna. Sepanjang hidup dia, dia jarang meminta tolong dengan sesiapa.
Bukannya dia tidak mempunyai kawan yang lain, cuma Paige susah hendak mempercayai orang lain. Mark pula, kadang-kadang ada dirumah.
Kadang-kadang Mark balik ke hostel jika datang shift kerja malam. Malam itu, Mark tidak balik ke rumah.
25 minit kemudian, bunyi sebuah enjin kereta lama berhenti di depan gate rumah Paige yang bernombor 45 itu. Paige mengintai dari dalam
dan melihat kelibat Karolyna keluar dari kereta kancil berwarna putih itu.
"Thanks God!" ucap Paige sendirian, lalu membuka pintu dan kunci gate pintu. Dia memakai selipar dan menuju ke arah Karolyna yang senyum memandangnya dalam kesamaran.
"Ada masalah ke, Paige?"
"Masuklah dulu. Seram!" ujar Paige, menarik tangan Karolyna dan membawanya masuk ke dalam rumah.
Paige terus mengunci gate pintu dan menutup pintu sebaiknya. Kelakuan cemas Paige membuat Karolyna hairan. Takkanlah dia begitu takut dengan ugutan sms itu.
"Orang tu ada mesej kau lagi ke?" soal Karolyna, duduk di atas sofa.
"Setakat ni, takde." jawab Paige, segera ke dapur dan menyediakan minuman kopi O panas untuk mereka berdua.
Kemudian dia duduk dan meletakkan secawan kopi panas di depan Karolyna.
"Minumlah, kalau kau minum kopi. Kalau aku, aku kena minum kopi malam-malam. Aku nak berjaga malam ni."
"Ish kau ni. Tak baik untuk kesihatan kalau tak cukup tidur. Mungkin sms tu salah hantar kot." ujar Karolyna lagi.
"Salah apa. Ke mana la mata kau, Karol. Kan terang-terang dalam sms tu sebut nama aku. Ish! Orang zaman sekarang, hantar sms ugutan pun berani. Tak takut azab ke?" bebel Paige lagi, menghirup sedikit kopinya, dan mengeluh.
"Jadi, sekarang kau nak buat apa? Kau seorang je ke dalam rumah ni?"
"Aku dengan Mark. Kau ingat dia kan? Tapi dia kat hostel tempat kerja sekarang ni. Shift petang. Aku belum baiki kunci gate depan rumah aku
tu. Dah sebulan rosak." jawab Paige lagi, sekali sekala dia melihat telefonnya.
Tv tidak terbuka. Keadaan dalam rumah Paige minimise. Tak banyak barang. Terdapat sebiji aircon di ruang tamu. Beberapa potret tergantung di dinding. Simple dan menyenangkan. Jadi, tak mudah untuk sesiapa menyorok di rumah itu.
"Kau nak aku teman kau malam ni, ke?" soal Karolyna lagi, juga menghirup sedikit kopi yang kian suam itu.
"Bingo!" Paige tersengih. Di dalam kerisauan, dia sempat senyum.
"Ala... Kau tak cakap awal-awal. Aku tak bawa pakaian la... Kau nak tunggu aku balik semula ambil barang aku?"
"Aduh! Sorry Karol! Aku tak terfikir pasal ni. Takpe, aku ada banyak pakaian dan barang keperluan yang kau nak. Pakaian, kasut, beg, makeup, semua yang aku ada, kau boleh pakai." jawab Paige lagi dengan senyuman gembiranya. Dia merasa lega punya teman pada malam itu.
"Aku segan la, Paige. Kau baik betul. Aku rasa nak menangis..." balas Karolyna dengan sayu. Dia merasa malu dengan diri sendiri.
"Ish kau ni! Kita dua kan dah lama berkawan sejak sekolah lagi. Aku percayakan kau. Lagipun, masa zaman sekolah, kau kan pelajar baik dan
terbaik. Takkan kau nak buat benda jahat, kan?" Paige menepuk belakang Karolyna dengan lembut.
"Thanks, Paige. You are the best. Kalau ada teman lelaki, mesti kau ajak dia, kan?" usik Karolyna dengan sengihan.
Paige ketawa besar.
"Siapalah yang nak aku..."
"Takkan takde satu pun tersangkut dengan kau. Kau kan cantik dan kaya, pintar lagi." puji Karolyna pula. Makin kembang hidung Paige. Pantang kena puji.
"Hehe.. ada lah. Tapi aku tak minat. Aku minat seorang lelaki ni. Tapi dia tak pernah layan aku." Paige mencapai telefonnya dan jarinya pantas
menekan skrin dan scroll beberapa kali.
"Nah, lelaki ni." Paige menunjuk profile Instagram seorang lelaki berkarisma kepada Karolyna.
Karolyna melihat skrin telefon itu. Gambar candid seorang lelaki sedang bekerja. Nampak mempersonakan.
"Chris Liam? Kau kenal dia ke?" soal Karolyna, agak lama dia merenung gambar instagram lelaki itu.
Paige angguk kepala.
"Sebelum aku berkahwin dengan bekas suami aku, aku memang dah lama kenal dia. Sebenarnya, dia minat aku, tapi mak aku tak suka dia sebab dia... Entahlah. Mak aku tak pernah beritahu aku kenapa. Aku rasa menyesal dan aku bodoh pilih bekas suami aku tu." terdapat suatu penyesalan di hujung katanya.
Karolyna angguk kepala memahami.
"Sekarang, macam mana? Kau pernah DM dia ke?"
"Pernah, tapi dia tak layan. Aku tak pernah tengok dia post bergambar dengan mana-mana
perempuan. Kalau dia single, takkan dia merajuk tak nak layan aku sebab aku tolak dia." ucap Paige dengan perasaaan sedih nya itu.
"Bila last kau DM dia?"
"Baru-baru ni juga. Aku tunjuk kat kau." Paige lincah menekan skrin telefon samsungnya dan menunjuk perbualannya dengan Chris Liam.
(7 days ago)
'Hai Liam. How are you?' - Paige
No reply
(3 days ago)
'Hello Liam, wanna meet?' - Paige
No reply
Karolyna geleng kepala membacanya.
"Macam aku merangkak balik dekat dia. Mesti dia gembira aku tak bahagia. Puihh! Dia ingat dia seorang je ke lelaki dalam dunia ni?" bebel
Paige dengan rungutan. Masam mukanya.
"Dah tahu bukan seekor je kumbang dalam dunia ni, kenapa kau nak sedih dia tak reply DM kau? Kau cari lelaki lain lah." balas Karolyna lagi, cuba
meneliti profile Chris Liam.
"Tahu... Tapi aku tak minat pun nak cari lelaki lain hehehe... Aku tiba-tiba crush dengan Liam. Kau tengok la semua gambar dia. Hensem kan?" puji Paige pula. Lain betul anggapannya terhadap lelaki itu. Sekejap bagus, sekejap tak bagus.
"Hensem. Dia kerja apa? Umurnya berapa? Nampak macam tua sikit dari kita."
"Tahun ni Liam dah 38 years old. Dia pemilik sebuah kilang perusahaan minyak wangi XFlower." jawab Paige.
Mulut Karolyna melopong.
"Are you fucking serious?!"
"Yeah! I'm serious baby! Asal? Kau ada pakai minyak wangi dia ke?"
"Yup! Aku suka giler minyak wangi dia tau! Sampaikan aku addict! Tapi tu zaman aku masih ada suami lah. Bekas suami aku pernah bagi aku
hadiah minyak wangi ni kat aku. Bila aku tanya mana dia beli, dia diam je. Aku cuma tahu nama brand je. Serius lah kau kenal dia!" Karolyna merasa teruja.
"Hahahha! Aku pun pernah beli perfume jenama XFlower ni. Memang wangi giler. Tahan lama 24 jam walaupun baju dah basuh, dah mandi. Tapi
itulah, dia dah tak nak layan aku." ujar Paige lagi, kali ini dengan keluhan. Macam berat keluhannya. Macam menyesal.
"Don't give up, Paige. Ada jodoh takkan ke mana. Selagi dia single, kau cuba je. Tapi jangan la DM. kau pergi la jumpa dia. Bagi suprise. Lelaki kan
suka suprise." Karolyna cuba memberi idea.
Paige angguk kepala.
"Aku pernah nak cuba tapi aku takut. Aku dah sampai depan kilang dia. Tapi aku tak masuk hehehe... But why not. Aku akan cuba. Sebab aku dah dapat sokongan dari kawan baik aku ni!" dia memeluk bahu Karolyna.
Karolyna ketawa kecil.
"Aku akan sokong kau. Aku akan tolong kau juga kalau kau perlukan pertolongan."
"Thank you so much, Karol!"
"You are welcome..." Karolyna senyum.
- Keesokan paginya...-
Paige bangun seawal jam 7 pagi. Tetapi nampaknya Karolyna lebih awal bangun daripadanya. Siap menyediakan sarapan berupa scramble egg, roti kahwin dan teh susu panas.
"Wow! Sedapnya bau! Susahkan kau je, Karol."
"Thanks... Aku kena lah buat sesuatu. Tak lah aku free tidur di sini semalam." jawab Karolyna dengan senyuman.
Paige tersengih, belum mandi lagi terus dia duduk di meja makan.
"Aku tak kisah pun. Kau nak tinggal dengan aku pun, no problem. Rumah dua tingkat aku ni, banyak bilik kosong." dia mencapai roti kahwin
dan menggigitnya setengah.
"Takpelah, Paige. Aku duduk bilik sewa pun takde masalah."
"Haa..? Bilik sewa? Mana tu? Kedai ke?"
Karolyna angguk kepala.
"Ya. Tak mahal pun. Rm400 sebulan. Sewa bilik dengan orang lain."
"Aduhai Karol! Mesti kau rasa tak selesa kan, sebab kena berkongsi dapur dan bilik mandi dengan orang! Aku faham sangat-sangat. Dulu aku masih single, aku macam kau lah ni. Dah la roomate pengotor. Bising. Belum kahwin tapi bawa lelaki masuk tidur. Ish! Kau tinggal dengan aku lah! Aku bagi kau bilik kosong dekat tingkat bawah ni." terus Paige memperlawa Karolyna tinggal di rumahnya.
"Eh kau ni. Aku seganlah. Lagipun aku belum bekerja. Macam mana aku nak bayar kau?"
"La... Kau bayarlah lepas dah dapat kerja. Yang semalam kau interview tu, macam mana? Aku pun lupa nak tanya kau."
"Entahlah. Takde jawapan sejak semalam. Mungkin perlu beberapa hari kot." ujar Karolyna, juga duduk bersarapan dengan Paige.
"Takde istilah tunggu beberapa hari. Kalau dah berkenan, semalam juga dia telefon terima kau. Siapa nama orang yang interview kau semalam?
Mana tahu aku kenal." ujar Paige lagi dengan sokongannya.
"Encik Alan. Dia bahagian HR... "
"Ohhh...! Alan in House! Hahaha! Lawak giler dia kalau berjumpa dengan aku! Dia suka aku dulu tau! Tapi aku tak suka dia sebab dia kurang
rambut." terus Paige bercakap tentang lelaki tegas itu.
"Kurang rambut? Botak lah kan." Karolyna ketawa mendengar ucapan sopan Paige itu.
"Sekejap eh. Aku call dia." terus Paige mencapai telefon bimbit yang setia di sisinya itu.
"Eh tak payah lah Paige, aku segan lah!"
"Syhhh! Diam. Hello Good Morning Alan in the House... Dah bangun, ke...?" lembut suara Paige memberi salam.
Perbualan telefon :
'Good morning, Paige. Rajinnya you call I pagi ni. Ingatkan mimpi bidadari panggi I. Rupanya you...' - Alan
'Ala you ni. Mengada betul lah. Mimpi bidadari, bermaksud you akan dapat durian runtuh hari ni.' - Paige tersengih
'Durian runtuh? Wow! Agak-agaknya apa lah ye? Mungkin keluar date dengan you kot...' - Alan
'Wah... cepatnya you dah ada idea pagi ni ye. Boleh je, Alan.' - Paige
'Serius ke you? I tak mimpi ni? Cakap lah dengan I yang I tak mimpi...' - Alan
'Ye Alan. You tak mimpi. Tapi you tolong I sikit, boleh tak?' - Paige
'Everything for you, darling. Apa yang you nak, I akan tunaikan...' - Alan
'I ada kawan nak kerja dekat universiti kita. You boleh tolong tengokkan ke?' - Paige
'Ala...boleh je. Suruh je dia datang isi borang dan interview dengan I.'- Alan
'Semalam dia dah interview dengan you. Nama dia Karolyna Jane.' - Paige
Apabila Paige menyebut nama itu, Karolyna memandang Paige yang masih berbual mesra, walaupun di sebaliknya, Paige merasa meluat. SANGAT MELUAT... Bukan apa, Alan ni agak terkenal dengan perangai gatalnya. Cuma dia tiada bukti menunjukkan Alan seorang lelaki yang tak guna. Sebab itulah, Paige cuba menjauhkan dirinya daripada lelaki itu. Tetapi demi menolong sahabatnya, mungkin dia kena buat sesuatu...
BERSAMBUNG...
Terima kasih sebab menunggu semua :) <3
Share this novel