HXS 2 : RAPAT

Drama Completed 54616

'Semalam dia dah interview dengan you. Nama dia Karolyna Jane.' - Paige

Apabila Paige menyebut nama itu, Karolyna memandang Paige yang masih berbual mesra, walaupun di sebalik takbir, Paige merasa meluat.
Setelah beberapa minit, akhirnya perbualan itu tamat dengan jayanya. Paige senyum.

"Dia akan call kau sekejap lagi." ujar Paige dengan senyuman, menyambung menghabiskan minumannya.

Kring...kring... telefon bimbit Huawei milik Karolyna berbunyi. Tertera nombor 082 di skrin utamanya. Karolyna merasa debaran di dadanya. Lantas dia menjawab dengan sopan. Tak lama kemudian, Karolyna menamatkan perbualan.

"So how?" soal Paige.

Karolyna tersenyum gembira. Paige menjerit keseronokan.
"Congratulation, darling!" ucapnya.

"Thanks, Paige. Aduh. Aku bersyukur sangat tapi aku takut orang cop aku pakai kabel pula."

"Peduli apa orang lain cakap! Dah namanya rezeki. Kau kena buat yang terbaik lah untuk impress Alan. Tapi aku tak tanya dia, kau apply kerja apa? Mana tau sama time masuk kerja ke, boleh kita sama-sama turun kerja."

"Pembantu Perpustakaan je, Paige. Aku tak dapat apply jawatan besar pun, setakat ada spm je."

"Aku dulu pun spm juga. Kau ingat aku jadi pensyarah kena ada PHD semua ke? Ini pun sebab aku banyak join public speaker bantuan bencana alam, iaitu UNICEF. Aku kena belajar sendiri beberapa bahasa asing selama beberapa tahun ni. Lepas tu, aku cuba apply jadi pensyarah part time public speaker untuk kelas bencana alam. Walaupun part time, tapi hasilnya lumayan. Sebab aku akan dihantar ke luar negara join UNICEF, mereka akan bayar aku. Sebab itulah aku mampu beli banglo ni. Cuma ramai orang fikir aku beli banglo ni guna duit tak halal. " jelas Paige dengan panjang lebar.

Karolyna merasa kagum dengan perjalanan usaha rakannya itu.
"Aku pun nak jadi macam kau. Tapi kena berusaha lebih. Sebab aku ni jenis pemalu sikit."

Paige ketawa.
"Aku dulu pun pemalu. Tapi disebabkan aku nak berusaha sendiri, aku nak merasa puas dengan hasil sendiri, aku buat semua ini lah. Aku tak nak
kerja duduk ofis, komitmen turun 8 pagi, balik 5 petang. Cuti setiap sabtu ahad, public holiday. Bukan apa, sebab masa macam ni, ramai orang
keluar, berebut parking lah, beli makanan lah, shopping lah. Aku ni jenis tak suka menunggu tau."

"Hahaha! Aku faham sangat. Tapi aku kena balik nanti. Nak ambil pakaian." ujar karolyna lagi.

"Kau jadi kan tinggal dengan aku?"

"La... Kau ajak aku, takkan aku nak tolak. Esok aku dah start kerja..."

"Yes! Jom aku ikut kau nanti."

"Aik, kau takde kelas hari ni?"

"Hari ni aku cuti. Aku bukan permanent pun mengajar. Esok aku kerja. Tunggu aku mandi dan bersiap. Kita turun sama-sama ambil barang kau."
terus Paige bangun dan naik ke tingkat atas.

Karolyna hanya angguk kepala sahaja lalu mengemas meja makan.

-

Perjalanan Merdang ke Desa Ilmu mengambil masa selama 15 minit sahaja jika keadaan traffic lancar. Waktu itu, Paige menumpang kereta Karolyna ke rumah sewanya.

"Ni kereta kau ke?" soal Paige. Nampak seperti dia tidak selesa dengan keadaan kereta lama dan kecil itu.

"A ah... Sebenarnya, kereta bekas suami aku. Dia bagi kat aku sebagai tanda terima kasih kononnya." balas Karolyna dengan pemanduan yang teliti dan cermat. Hanya sekadar membawa kelajuan 60 sahaja walaupun keadaan trafic lancar.

"Kau nak tahu, kereta macam ni sepatutnya dah masuk muzium. Kerajaan cuba nak menghapuskan kenderaan berusia 10 tahun ke atas." ujar Paige lagi. Sangat peka dengan isu hal semasa dan politik.

"Aku tahu. Sebab ianya akan mengakibatkan masalah kemalangan jalan raya, kerosakan di tengah jalan raya. Tapi ini jelah harta yang aku
dapat daripada bekas suami aku." ujar Karolyna lagi. Tenang memandu.

"Rumah di kampung? Rumah dia juga ke?"

Karolyna angguk kepala, menekan batang signal ke kanan dan masuk ke sebuah perumahan yang sempit dan banyak kenderaan di kiri kanan.
Terdapat beberapa ekor anjing berkeliaran di kawasan itu.

"Memang patut kau tinggal dengan aku. Ada ke anjing tu kejar kau nanti kalau kau buang sampah di luar." ucap Paige lagi. Karolyna ketawa.

"Semua anjing tu tak kejar aku. Kalau kau takut, baru diaorang akan kejar." Karolyna parking di depan sebuah rumah yang ditutup dengan pagar
yang sudah berkarat dan terlihat sebuah motosikal di dalam berenda rumah.

"Berani juga kau. Jangan-jangan kau sihir anjing tu supaya tak kejar kau eh?" usik Paige dengan ketawa mengilainya.

"Kalau betul, kau percaya tak aku buat macam tu?" Karolyna memberi senyuman.

Namun Paige tidak mengambil serius akan hal itu. Bahkan dia ketawa sahaja.

"Ada orang ke dalam rumah tu?" Paige memandang sekeliling. Keadaan rumah yang agak tidak terurus di bahagian luar. Rumput liar memanjang. Tahi kucing bergelimpangan. Paige menutup hidung dengan tangannya.

"Ada motosikal, maksudnya boyfriend roomate aku ada. Buat tak tahu je." nasihat Karolyna, membuka pintu dengan kunci di tangannya. Pintu
terbuka dan terserlahlah bau masam tidak menyenangkan.

"Memang macam ini ke hari-hari baunya?" Paige membebel.

Tiba-tiba...

PEK PEK PEK...!!!

Bunyi tak menyenangkan singgah di lubang telinga mereka berdua. Paige menutup mulut menahan ketawa.

"Ya ampun! Bunyi apa tu?" bisik Paige kepada Karolyna.

"Keterlaluan!" balas Karolyna dengan perlahan, apabila melalui sebuah bilik yang sedikit terbuka.

Paige yang agak nakal itu, mengintai bilik yang dihiasi dengan gambar artis korea BTS, sedikit terbuka, dia melihat seorang lelaki bogel berbadan kurus cengkung, gelap, memakai rantai black metal, sedang mendayung di atas seorang gadis yang agak berisi, putih kulitnya.

Gadis berkulit putih itu membuat riak wajah menahan sedap, sambil memaut lengan lelaki yang tiada otot itu sambil mengerang kecil.

"Yeah darling! Kuat sikit!" pinta gadis itu dengan suara serak-serak basah.

Lelaki kurus itu, apa lagi, merasa keseronokan melayan permintaan gadis itu. Mendayung dengan pantas sambil meramas buah dada yang tak semekar mana. Tetapi cukup memuaskan batin seorang lelaki.

Paige menutup mulut ketawa kecil. Karolyna geleng kepala lalu menarik tangan Paige masuk ke dalam biliknya.

Paige masih ketawa kecil. Karolyna senyum ketawa lalu menutup pintu. Paige menghela nafas yang lega sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik Karolyna yang bersih dan berbau wangi itu walaupun dinding bilik itu terdapat kesan kotor berwarna kuning dan siling yang berkarat akibat kebocoran air.

Dalam bilik itu, cuma ada tilam lipat, sebiji bantal dan selimut. Sebiji kipas siling dan beberapa alatan baldi dan mandian. Dia melihat Karolyna sedang mengemas pakaian masuk ke bagasi yang kelihatan agak lama dan usang itu.

Tiba-tiba Paige merasa sangat kasihan dengan diri Karolyna. Kalau dulu di sekolah, Karolyna inilah pelajar yang mendapat perhatian semua
pelajar dan cikgu. Setiap tahun naik atas pentas menerima hadiah kerana mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Entah kenapa Karolyna boleh berkahwin dengan lelaki yang 100% memusnahkan kehidupannya. Karolyna layak mendapat lebih daripada ini.

"Karol, aku nak tanya kau. Mak bapa kau di mana?" soalnya.

Karolyna terhenti mengemas pakaian. Dia diam seketika.

"Karol?" panggil Paige. Terdengar bunyi esakan daripada Karolyna. Lantas Paige mendekatinya.

"Kau okey ke?"

"Aku okey. Sorry aku tak pernah beritahu sesiapa, termasuk kau. Orang tua aku dah lama meninggal sejurus sahaja kita habis spm." ujar Karolyna dengan esakan kecilnya.

"Oh my God, Karol! I'm so sorry! Aku minta maaf banyak-banyak Karol sebab selama ini aku tak pernah cari kau. Aku minta maaf!" Paige memeluk
tubuh badan Karolyna yang agak kurus itu.

Karolyna geleng kepala.
"It's okey, Paige. Aku memang berniat untuk tidak beritahu sesiapa. Kecuali orang kampung memang tahu. Sebab itulah, aku kahwin muda. Bekas suami aku tu pun, anak kenalan kawan mak bapa aku. Tapi kami berkahwin atas dasar kasihan dengan aku, maklumlah aku takde adik beradik." luah Karolyna lagi. Dia menyekat air matanya dan tersenyum.

Paige menepuk belakang Karolyna dengan sayu dan simpatinya.
"Jangan risau, Karol. Aku akan tolong kau bangkit. Kita lupakan semua kenangan lalu, masa lalu. Keep moving forward. Kau kena berusaha untuk mencapai kehidupan yang kau layak dapat sebelum ini. Sebelum itu, kau kena berpindah dari sini, tempat berbau ini dan bunyi pek pek pek tu..."

Secara spontan Karolyna ketawa dalam tangisan mendengar nada lucu Paige itu. Dia angguk kepala.

Setelah hampir sejam berlalu, mereka pergi dari sana dan balik semula ke rumah banglo Paige. Karolyna masuk ke dalam bilik kosong yang hanya dilengkapi dengan kipas siling dan tilam katil. Walaupun hanya itu sahaja yang ada, dia tetap bersyukur dan merasa selesa. Bilik diketuk dan bunyi Paige memanggil.

"Jom kita keluar makan. Aku belanja." ujar Paige.

"Aku tukar baju dulu. Sekejap ya." Karolyna segera membuka bagasinya dan mencari baju yang sesuai. Tak lama kemudian, dia keluar memakai
cardigan lusuh berwarna kelabu dan seluar jeans berwarna hitam.

Paige memandangnya dari atas ke bawah. Dia geleng kepala.
"Sekejap, kau perlu tukar baju itu." terus dia naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik membuat Karolyna dalam kebingungan.

Beberapa minit, Paige turun membawa sehelai dress berbunga dan diberikan kepada Karolyna.
"Kau pakai ini sayang. Ini dress aku tak pakai. Main beli je. Pakailah. Tengok sesuai ke tak."

Karolyna rasa canggung. Tanpa cakap apa-apa, dia mengambil dress itu dan menukar pakaiannya sekali lagi. Kemudian, dia keluar dari bilik dan
Paige menepuk tangan tanda suka.

"Fulamak! Sesuai dengan kau! Aku hadiahkan dress ini untuk kau! So cute!" puji Paige melambung.

Karolyna hanya senyum, merasa pelik kerana selama itu, dia sudah lama tidak memakai dress bunga sebegitu.
-

Di kedai makan nasi ayam.

Sedang terlihat Paige memesan makanan, Karolyna sibuk mengatur sedikit dress di bahagian dadanya yang agak terdedah. Mungkin kerana dia mempunyai buah dada yang agak besar, menampakkan dress itu agak ketat baginya.

"Selesa tak kau?" soal Paige, mula perasan akan kelakuan rakannya itu.

"Aku dah lama tak pakai dress seksi macam ni." jawab Karolyna.

Belum sempat Paige menjawab, tiba-tiba datang seorang pekerja lelaki meletak sehelai jaket di belakang Karolyna. Paige memandang dengan
terkejut.

"Eh, apa ini?" Karolyna lagi lah terkejut lalu memandang ke arah lelaki yang meletakkan sehelai jaket hitam di tubuh badannya yang agak seksi itu.

"Kakak kenapa paksa dia pakai baju seksi dari china ni?" suara Mark kedengaran dengan nada yang tidak puas hati.

"Hah? Kakak?" Karolyna kebingungan.

"Sorry Karol, ni adik aku, Mark. Ish kau ni! Sibuk je lah. Dress ni sesuai dengan dia." balas Paige dengan sengihan.

"Hai, I'm Mark. You can call me, Mark." usik Mark dengan senyuman manis yang menampakkan lesung pipitnya.

"Eh kau ni. Ni kawan aku, Karolyna." ucap Paige pula.

Karolyna hanya senyum. Dah lama tak nampak adik lelaki Paige. Itu pun ketika Mark berusia 10 tahun.

"Kakak ni kenapa suruh dia pakai dress ni. Kan dia tak selesa. Awak pakai je jaket saya. Lagipun sini sejuk. Kakak saya ni, kadang-kadang tak
betul." bebel Mark pula. Memang dua adik beradik ni suka membebel.

"Sibuk je lah kau. Daripada aku buang dress cantik mahal ni, aku bagi dia pakai lah. Kau okey je kan, Karol?" soal Paige.

Karolyna angguk kepala dengan senyuman sahaja. Agak segan.

"Aku dari tadi tengok dia tak selesa. Takkan kakak tak perasan." Mark membebel lagi. Tetapi entah kenapa dia merasa sesuatu terhadap Karolyna.

"Amboi... Dari tadi kau intai dia lah ni. Berapa lama kau intai dia?"

Mark berdehem beberapa kali. Dia memandang Karolyna dan berkata, "Nak pesan apa, Karolyna?" dengan senyuman.

"Bertuah punya budak. Tukar topik la dia..." Paige mencelah.

"Cepatlah order. Supervisor tengah tengok tu." Mark menjeling ke arah kaunter di mana seorang supervisor perempuan melihat situasi itu dari jauh.

"Arrr... Yelah. Aku nak set A dan jus karot. Kau, Karol? Pesan je apa kau nak. Mark belanja." sindir Paige.

"Amboi kak. Melampau ni. Tak apalah, demi kawan kakak yang cantik ni, aku belanja." Mark senyum.

Karolyna segan mendengarnya. Pantang tengok perempuan cantik.

"Saya pun nak Set A dan Ice lemon tea." ujar Karolyna pula dengan senyuman.

"Baiklah! Order dah diambil. Kena tunggu ya cik kakak semua. I'll be right back!" ucap Mark dengan semangat lalu ke dapur membawa pesanan.

"Maafkanlah atas kelakuan adik lelaki aku itu. Dia memang perangai agak nakal sikit, tapi dia baik. Aku dah suruh dia cari girlfriend, tapi dia sibuk
sangat bekerja." ujar Paige lagi.

"Biarlah. Lelaki takpe membujang sampai tua. Orang tak bising. Kita perempuan ni, pantang orang nampak dara tua, asyik dipaksa kahwin."

"Betul cakap kau tu! Tapi aku tak peduli langsung. Aku ada duit. Aku tak kisah kalau tak berlaki." Paige yakin menjawab.

Keyakinan Paige menjawab itu, mula luntur apabila dia ternampak seseorang yang dia puja masuk ke dalam kedai makan.

"OH my God! Liam!" Paige mengambil sebuah buku menu lalu menutup separuh wajahnya sambil menjeling kelibat Chris Liam segak menawan masuk ke dalam kedai makan Kenny Rogers itu, dan duduk berdepanan dengan Paige. Wajah Paige serta merta merah padam. Karolyna sempat mengerling ke belakangnya dan melihat Chris Liam sedang melihat menu dengan gaya yang hebat.

Tanpa sedar, Chris Liam mengangkat kepalanya dan terpandang Karolyna yang menoleh ke arahnya. Mata mereka berdua bertentangan dan Paige menarik-narik tangan Karolyna agar tidak memandang Chris Liam lagi.

"Karol!" bisik Paige memanggilnya.

"La... Apa lagi, pergi lah. Ni peluang tau!" ucap Karolyna dengan kening yang terangkat.

"Ish! Malu lah aku! Jantung aku pun berdegup dengan kencang tengok dia. Aku takut kena reject pula." jawab Paige, masih menutup wajahnya dengan buku menu itu.

"Kau ni... Belum apa-apa lagi, pergi lah. Anggap je pertemuan dengan rakan lama. Macam kita bertemu. Haa... Releks, bertenang... Aku sokong
kau dari belakang."

"Tapi makanan kita belum sampai. Takpe ke kau duduk seorang sini?" soal Paige lagi, merasa bersalah.

Karolyna geleng kepala dengan senyuman.
"Pergilah..."

Paige menarik nafas dalam-dalam dan menghembus dengan panjang lagaknya seperti hendak pergi berperang. Dia menelan air liur beberapa kali.

Mencapai bedak muka dan meneliti wajahnya di dalam cermin, cuba memperbetulkan sedikit makeup di wajah bulatnya. Mencalit sedikit
lipstik Sephora berwarna merah di bibir nipisnya.

"Okey dah! Tunggu aku tau!" bisik Paige. Dia bangun dan memperbetulkan sedikit gaunnya biru gelapnya di bahagian punggung. Dengan high heels 3 inci, dia perlahan-lahan mendekati Chris Liam yang sudah selesai memesan makanan dengan seorang pelayan perempuan.

Karolyna menghela nafas dengan senyuman, sempat mengerling ke belakang, ke arah Paige dan Chris Liam. Kemudian dia kembali memandang mejanya dalam kesepian. Datang Mark membawa makanan yang dipesan.

"Aik, mana kakak ku?" soalnya.

Karolyna tak menjawab. Mark melihat sekeliling dan ternampak Paige duduk di belakang bersama seorang lelaki lengkap berpakaian korporat
berwarna kelabu. Mark geleng kepala. Dia meletakkan makanan pesanan Karolyna dan membawa makanan milik Paige ke meja Chris Liam. Sesudah itu, Mark kembali kepada Karolyna.

"Kau okey ke duduk seorang? Kakak aku tu, tak tahu malu langsung." bebel Mark, merasa kasihan melihat Karolyna duduk makan sendiri.

"Tak apa, aku okey." jawabnya sambil makan.

"Kalau ada apa-apa, tekan loceng atas meja tu." ujar Mark lagi, melihat Karolyna tunduk makan tanpa memperdulikannya.

Karolyna hanya angguk kepala dan membiarkan Mark pergi dari situ daripada mengganggunya makan.

Sejam kemudian, akhirnya mereka keluar daripada kedai makan Kenny rogers itu.

"So, macam mana? Berjalan lancar ke?" soal Karolyna, berjalan seiringan dengan Paige.

Paige tersenyum lebar sambil angguk kepala.
"Baru aku tahu kenapa dia tak reply chat aku. Sebab dia lupa password dan email."

"Tapi kan, dia boleh buat forgot password?"

"Memang, tapi dia tak ingat password email dia pula. Kalau dia buat forgot password email, akan send ke nombor lama. Nombor lama dia pun
dah tak aktif." jawab Paige lagi.

"Oh... Jadi, dia tak merajuk dengan kau la selama ni?" soal Karolyna lagi, melihat Paige melambai ke arah Chris Liam yang pergi dari situ.

"Nope. Dia pun ada cuba cari aku juga tapi dia lupa nombor telefon aku. Dan aku dah tak tinggal di tempat lama. Aku kan baru pindah ke banglo
tu setahun lepas. Salah aku juga. Masa pergi kilang dia, aku tak masuk. Ishh...Bodohnya aku." Paige memarahinya sendiri.

"Takpe Paige. Benda dah berlalu. Sekarang, nah! Kan dah menjadi. Doa aku menjadi akhirnya."

"Hehehe... Thank you so much, Karol. Kalau kau tak paksa aku, aku takkan dapat jawapan seumur hidup aku." Paige tersenyum gembira, seolah-olah menang jackpot.

"Bila kau akan date dengan dia?"

"Next week sabtu. Aku dah lah tak suka sabtu. Sebab ramai orang. Tapi dia hanya free sabtu depan. So, aku setuju je lah." ujar Paige lagi, mengeluarkan kunci keretanya dari beg tangan comelnya. Kali ini, mereka berdua keluar menaiki kereta Alza baru milik Paige.

Karolyna hanya angguk kepala dan memikirkan sesuatu dengan memandang ke arah Chris Liam pergi sudah tidak menampakkan bayang-bayangnya...

BERSAMBUNG...

Erra akan updated setiap Isnin-selasa, khamis-jumaat sahaja tau. Enjoy ><

Share this novel

DHIA AMIRA
2024-07-06 20:01:55 

now age dgn cable dh mmg stended huhuhu... klu dpt tu sauk je


NovelPlus Premium

The best ads free experience