BAB 10

Horror & Thriller Completed 4274

Namun bolehkah roh orang yang sudah meninggal kembali semula? Roh yang sudah meninggal dunia akan tetap di alam barzakh dan dia tidak dapat kembali ke alam dunia.

Allah berfirman, maksudnya: “Kesudahan golongan itu, apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia:
‘Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia), supaya aku mengerjakan amal-amal yang salih dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan.’

Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada Alam Barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula.” [al-Mukminun, ayat 99-100]

Apabila dikatakan terhidu dan terasa kehadiran orang yang meninggal dunia, maka terdapat dua kemungkinan. Pertama, ia hanya kesan psikologi kerana rindu kepada orang yang dikasihi yang telah pergi. Kedua, ia adalah salah satu strategi syaitan untuk merosakkan aqidah.

Apabila “terhidu dan terasa” kehadiran orang yang sudah meninggal dunia, akan timbul tanda tanya, kenapa sedemikian? Kepercayaan masyarakat, termasuk sebahagian para agamawan, akan menjawab: “Rohnya tergantung antara alam dunia dan alam barzakh! Kamu perlu melakukan amalan tertentu untuk membebaskannya.”

Maka mulalah kita melakukan zikir, selawat, yasin, korban dan pelbagai lagi untuk membebaskan roh yang disangka tergantung antara dua alam tersebut.

Akhirnya berjayalah syaitan untuk merosakkan aqidah umat Islam kerana kita melakukan ibadah bukan kerana Allah, tetapi kerana kepercayaan kurafat.

Ingat! Syaitan tidak menyesatkan manusia dengan mengajak kepada apa yang jelas diketahui salah. Tetapi ia mengajak kepada sesuatu yang disangkakan betul tetapi sebenarnya salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience