BAB 2

Horror & Thriller Completed 4274

Di kalangan para ilmuan generasi Salaf (tokoh-tokoh umat Islam pada tiga kurun pertama), ada yang berpendapat ketika tidur, roh orang hidup boleh pergi bertemu roh orang yang sudah meninggal dunia di alam barzakh.

Setelah pertemuan, roh orang hidup dikembalikan sementara roh orang yang meninggal dunia kekal di tempatnya (alam barzakh). Ini semua berlaku dengan izin dan kurniaan Allah kepada roh orang yang hidup.

Dalilnya adalah firman Allah yang bermaksud:

“Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa (roh) dari badannya, jiwa (roh) orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa (roh) orang yang tidak mati dalam masa tidurnya. Kemudian Dia menahan jiwa (roh) orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa (roh) yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.” [az-Zumar, ayat 42]

**** Rujuk Tafsir Ibn Katsir, jld. 12, ms. 133-134 ketika mentafsirkan ayat di atas.

Walaubagaimana pun, apabila seseorang itu bermimpi menemui orang yang telah meninggal dunia, hendaklah dia bezakan sama ada yang ditemui adalah orang yang dimaksudkan atau syaitan yang menjelma sebagai orang yang dimaksudkan. Ini kerana lazim berlaku seseorang itu bermimpi menemui seseorang, khasnya orang salih, padahal ia hanyalah jelmaan syaitan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience