BAB 3

Horror & Thriller Completed 4274

Cara membezakan ialah mengukur pesanan orang yang ditemui dalam mimpi, adakah ia selari dengan al-Qur’an dan sunnah yang sahih atau menyelisihinya.

Jika orang yang ditemui berpesan kepadanya untuk bangun mendirikan Solat Witir, maka itu bukanlah syaitan. Sebaliknya jika dia berpesan untuk membaca surah al-Fatihah untuk 1000 kali, maka itu adalah syaitan. Di sini bukti syaitaniyah bukanlah pada membaca surah al-Fatihah, tetapi pada mengulanginya dengan jumlah tertentu.

Ukuran ini hendaklah dilakukan terus-menerus. Ini kerana syaitan amat bijak dalam menyusun strategi. Untuk beberapa mimpi yang pertama, ia berpesan kepada sesuatu yang selari dengan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Apabila ia melihat kita yakin bahawa yang ditemui selama ini dalam mimpi adalah orang salih, maka barulah ia berpesan kepada sesuatu yang menyelisihi al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Selain mimpi bertemu dengan orang yang telah meninggal, malah ada pula mimpi becakap dengan orang meninggal. Mimpi itu juga sebenarnya mempunyai makna yang tersembunyi di dalamnya iaitu sebagai pertanda bahawa semua yang diusahakan oleh orang tersebut akan sia-sia dan tidak berhasil.

Namun sebagai makhluk yang beriman, sebaiknya tidak langsung percaya dengan pertanda tersebut kerana makna yang terkandung dalam mimpi tersebut merupakan penafsiran dari manusia saja dan belum terbukti kebenarannya.

Mimpi tersebut dapat mendekati nilai kebenaran jika orang yang bermimpi berperilaku baik dan jujur dalam kehidupannya dan sebelum tidur selalu membersihkan diri terlebih dahulu dan mengambil air wuduk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience